002 ; layan

439 71 53
                                    

+sorin's pov

Malam ni aku bosan gila. Biasanya waktu nilah aku berbual dengan omma , appa kat ruang tamu. Masa nilah kitaorang gelak tawa sama sama tapi , aku sunyi.

Duduk dibilik seorang diri , tak tahu nak buat apa. Kerja sekolah semua sudah disiapkan. Kemas rumah ? Eum aku tak rasa rumah aku kotor. Bilik juga kemas saja. Aku tak tahu nak buat apa.

Bosan.

Ia , itu lah rutin seharian aku yang wajib ada dalam sehari.

Dilihat jam digital yang berada di atas meja bersebelahan katil aku. Baru pukul 9 malam. Masih awal untuk tidur dan mata masih segar. Aku rasa penjaga aku semuanya sudah tidur.

Senyap semacam. Tapi , menumpang rumah orang mestilah kena senyap. Ke diaorang takut keluar bilik ? Eum , aku bosan. Terus aku bangun dari baring di atas katil.

Diselak selimut aku ketepi dan mengesot turun dari katil. Aku pun terus melangkah ke pintu bilik untuk keluar dari bilik kesayangan aku ini.

Lincah kaki menuruni tangga sambil menyanyikan irama lagu 'Grow Up'. Sebelum menjejaki tingkat bawah , aku menjenguk dulu dari atas. Tiada orang di bawah ? Anggapan aku saja.

Tapi bila jejak saja , kedengaran suara dari televisyen menarik aku untuk mengetahui siapa yang melihatnya. Berani dia sentuh remote dan tv aku !

Aku pun menjenguk kepala dahulu untuk melihatnya. Tersentak aku apabila dia terus memusingkan kepalanya menghadap ke arah aku. Melulu saja perbuatan dia. Nasib baik tak terkena serangan jantung.

" Eo , Sorin ", tegurnya dengan satu senyuman sehingga menampakkan eye smiles-nya. Senyuman dia cantik dan aku hampir jatuh hati.

Aduh , kenapa omma bagi penjaga yang hensem hensem ni ? Boleh sakit jiwa aku.

'Siapa suruh sentuh tv aku', desis hati aku tanpa tonjolkan apa apa riak muka. Sabar je lah.

" Maaflah , Hyunjin bosan jadi Hyunjin tengok lah tv ", katanya sambil memandang aku.

Aku pun menhenyekkan punggung di atas sofa bersebelahan sofa yang didudukinya. Aku terus membalas senyuman dia. Sebenarnya , aku tak tahu nak cakap apa.

Kalau boleh nak je marah dia. Berani sentuh barang kesayangan aku.

" Kenapa Sorin turun bawah ? ", tanya dia.

Eish dia ni. Biarlah aku nak ke bawah ke , kemana sekali pun. Menyibuk pula hal perempuan. Jap , turun ke bawah hal perempuan juga kan ?

" Saja. Sorin bosan ", jawab aku pendek.

" Bosan , bosan. Tak de kerja lain ke ", bisiknya perlahan tapi masih aku dapat dengari.

" Hyunjin cakap apa ? ", tipu aku seakan tidak dengar akan bisikannya.

" Manada cakap apa apa ", jawabnya.

Aku baling budak ni pergi jauh jauh jugak kan. Tolong kutip Hyunjin ya ?

" Sorin ", panggilnya sebaik saja aku berdiri untuk ke dapur. Aku haus. Terus aku menjawab panggilannya dengan bertanyakan kenapa.

" Tolong bawakan aku jus oren ",

Fish. Dia ingat dia siapa ? Kalau bukan tetamu untuk harini , memang tak lah aku nak bawa. Takpe , takpe ni hari pertama kau. Kau boleh suruh aku. Layan saja Sorin , layan.

" Okay ", jawab aku paksa.

+++

Segelas jus oren aku letakkan di atas meja dihadapan Hyunjin. Dia asyik saja layan televisyen. Aku cepuk dia hilang bibir tebal baru tahu. Sabar je lah.

" Terima kasih ", aku pun terus pergi sebaik saja menjawab balasan terima kasihnya.

" Eo Sorin ", panggilnya lagi.

Nak apa lagi ha !? Aku pun hanya toleh sajalah memandang dia. Aku menunjukkan muka menyampah aku kepada dia. Banyak songeh lah.

" Boleh tak...tolong basuhkan baju sekolah aku. Aku lupa nak basuh ", arah si Hyunjin.

Dia ingat dia siapa nak suruh aku macam macam ni ? Tadi nak air , aku bagi. Dengan layanan yang agak baik jugalah aku hidangkan air tu. Ni nak suruh basuh baju dia ? Hell no !

Dia kudung ke ? Tak boleh basuh sendiri ?

" Kau ada tangan kan ? ",

" Iya tapi ,aku tetamu untuk harini. Please eh ? ", dia smirk ke arah aku.

Aku bagi penampar terhebat Sorin dekat dia baru tahu.

" Lagipun aku tak pandai basuh baju ni. Dahlah esok nak kena pakai ", sambungnya lagi.

Apa yang dia pandai ? Arahkan orang ?

" Yang lain tu ? ",

" Tu biarlah diorang , ni aku nak kau tolong basuhkan ", katanya.

" Kat mana baju kau ? ", tanya aku. Nasib baik mood aku tengah baik. Senanglah nak berbuat baik dengan orang kalau tidak , aku halau saja dia keluar dari rumah ni. Kisah apa aku.

" Dekat atas katil ",

+++

Si Hyunjin tu dia berkongsi bilik dengan orang lain ke tidak ? Aku rasa dia duduk seorang. Itu yang bosan turun ke bawah dan arah aku macam macam. Sabar Sorin sabar.

Sampai saja dihadapan biliknya , aku terus memulaskan tombol pintu biliknya. Pintu biliknya dikuak perlahan lahan. Ye lah , takut ada orang lain dalam tu. Naya aku nanti.

" Mana baju dia ? ", bicara aku sendirian apabila tiada baju uniform sekolah di atas katilnya itu. Penat aku langkah masuk ke sini. Berapa kali jantung aku pam untuk masuk ke sini ? Mana pula dia letak baju dia.

Aku melihat sekitar biliknya dan terjumpa satu bakul. Mungkin bakul baju kotornya. Di lihat ke dalam bakul itu dan ya , memang. Baju dia di dalam bakul.

Baru saja aku mahu mengambil baju itu terus terdengar sesuatu. Seperti , pintu ditutup. Lantas aku lihat pintu bilik. Masih terbuka. Habistu, pintu apa yang tertutup ? Pintu hati aku ? Okay.

" Hyunjin-ah ~ ", suara seseorang kedengaran. Lantas aku mendonggakkan kepala dan ---

seseorang sedang keluar dari bilik air dengan tuala yang dililit pada pinggangnya sehingga paras luntut. Dengan badan yang terdedah , aku .... aku tak tahan.

" AHHHHHHHHHHHGGGG !! ",

『  T O B E C O N T I N U E D  』


nine - days + skzWhere stories live. Discover now