010 ; dia hilang

298 57 50
                                    

" Kau jangan sampai tuan kita tahu. Habis kalau dia tahu Sorin tak ada dengan kita ", Chan mula berjalan mundar - mandir di ruang tamu.

Bercakap dengan Hyunjin dan Changbin , dimana mereka berdua yang bercadang untuk sengaja menghiraukan Sorin pada ketika itu. Bukannya niat tapi sebagai balasan untuk Sorin. Siapa suruh dia salahlan Hyunjin ?

" Hyung , Hyunjin tak - tapi Hyunjin tak terfikir pun benda akan jadi maca- ",

" Puas hati lah sekarang ? ", Jeongin yang dari tadi asyik memandang saja riak wajah Hyunjin , sudah mula melontar suara. Mukanya bengang sejak dia terdengar yang punca Sorin masih tidak pulang adalah Hyunjin.

Mangsa keadaan dan dalang sebalik segalanya.

Hyunjin hanya mampu kelu. Mendengar balasan suara Jeongin yang agak menyindir. Dia menoleh ke arah Jeongin dan jelas Jeongin menonjolkan rasa kesal.

Serba salah menyelebungi dirinya. Dia masih tertanya , kenapa semuanya jadi begini ? Kenapa Sorin bertindak seperti bukan Sorin ? Biasanya dia tidak kesah akan semua benda , mahu mahu lagi tentang bodyguards-nya.

" Hyunjin keluar jap ", dia mula memusingkan badan , melangkah ke pintu keluar sebaik saja tidak tahan menerima sindiran dan amarah orang lain.

" Eh , kau nak pergi mana ? ", Changbin mula bangun dari sofa lalu segera mengejar Hyunjin yang sudah pun pergi dari perkarangan rumah itu. Agak risau kalau kalau Hyunjin cuba lakukan perkara luar jangkaan. Dan sebaiknya , ada rakan yang sedia untuk menenangkannya.

Malah , Chan yang berada di rumah masih risau akan keadaan Sorin. Di telefon , tidak angkat angkat. Hanya sekadar meninggalkan pesanan suara sahaja dan ia bertambah risau.

" Hyung , cuba lah duduk dulu. Just think positive ya ? Sorin will be fine. ", Felix cuba menenangkan kegelisahan Chan dengan menarik tangan Chan untuk terus duduk di sofa.

" Janganlah terlalu risau. Sorin pandai jaga dir- ",

" Pandai jaga diri ? Kalau macam tu .. takkan omma dan appa dia upah kita untuk jaga dia. ", Chan memotong kata Seungmin dan gelak sinis mendengarnya.

Wajah Seungmin terus berubah. Niatnya hanya untuk tenangkan Chan saja tapi , ia lain.

" Kalau hyung ada rasa risau , pergilah cari Sorin sana. Buat apa duduk dan cuma fikirkan keadaan dia ", Seungmin terus bangun dari situ dan melangkah pergi ke biliknya.

Terkelu Chan dibuatnya. Apa yang Seungmin cakap betul. Kenapa dia hanya duduk dan fikirkan keadaan Sorin sedangkan dia perlu mencari Sorin. Sebab benda ni , fikiran semua orang menjadi buntu.

+++

+hyunjin's pov

Terus aku menekan button end call. Asyik tinggalkan pesanan suara saja dari tadi. Mesti bateri telefon dia habis. Itu tak dapat call. Tolonglah jangan buat aku serba salah Sorin.

" Mana lagi kita nak cari dia ", tanya Changbin yang asyik memandang sekeliling mencari Sorin dan aku pula hanya fokus pada telefon saja. Cuba untuk menelefon Sorin.

" Tak tahu lah hyung. Rasa makin risau pula ", aku terus matikan telefonnya lalu dimasukkan kedalam poket. Hari makin malam dan sejuk. Rasa menyesal aku tak ambil dulu jaket.

" Hyunjin - tu Sorin ke ? ", Changbin menepuk nepuk bahu aku menyebabkan aku pantas menoleh ke arah jarinya yang sedang menunding.

Sorin ?

『 T O B E C O N T I U E D 』

nine - days + skzWhere stories live. Discover now