Part 46

1.4K 32 2
                                    

Bunyi loceng membuat Mia yang lena dibuai mimpi ternganggu lantas mematikannya. Matanya digosok untuk menghapus rasa mengantuk yang tersisa. Badannya yang terasa lenguh direnggangkan, almaklumlah semenjak berbadan dua mudah berasa lenguh.

Mia memusingkan badannya ke arah sosok tubuh yang masih lena dibuai mimpi. Terukir senyuman dibibir Mia melihat wajah bersih sang suami disisinya. Tangannya mengelus pipi halus Rizky. Pikirannya teringat kejadian kelmarin yang membuat Rizky seolah-olah berubah menjadi orang lain.

Namun Mia cepat membuang pikiran tersebut kerana enggan membuat dirinya makin tertanya-tanya terhadap suaminya itu.

Badan Rizky digoncang lembut untuk membangunkan sang suami. Rizky harus ke pejabat pagi ini. " Sayanggg." Mia memanggil lembut Rizky agar suaminya terbangun.

Rizky tergerak apabila merasa dirinya digoncang lembut lalu membuka mata. Mia tersenyum disebelahnya. Rizky membalas senyuman. " Good morning, sayang! " ucap Rizky lalu mengucup dahi Mia.

Rizky bangun lalu membuat regangan ringan. Tuala diambil lantas masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Mia pula menjalankan tugas hariannya iaitu mengosok baju kerja untuk suami tercinta.

Selesai mandi, Rizky bersiap untuk menunaikan solat. Mia masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil wuduk apabila terlihat sang suami membentangkan sejadah untuk menunaikan solat berjemaah.

Usai mengaminkan doa, Rizky berpaling kearah Mia untuk bersalaman dengannya. Tangan Rizky disambut lembut. Dahi Mia dikucup dengan penuh kasih. Sungguh Mia berdoa agar rumahtangga mereka berkekalan dan sentiasa dirahmati Allah.

Rizky mengelus perut Mia yang semakin membesar. Wajahnya didekatkan ke perut Mia. " Assalamualaikum, anak papa. Anak papa sihat? Jangan nakal-nakal dekat dalam tu. Jangan susahkan mama tau." bisik Rizky sambil memandang Mia.

Mia tersenyum melihat aksi suaminya itu. " Waalaikumsalam papa. Anak papa ni sihat. Alhamdulillah. Dia tak nakal la papa. " balas Mia untuk mewakilkan anak yang dia kandung. Alang bahagianya mereka berdua yang tidak sabar menanti kedatangan bakal penyeri hidup mereka.

Selesai melipat telekung, Mia turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan sementara Rizky bersiap untuk ke pejabat. Mia menyiapkan roti bakar bersalut coklat dan tidak lupa juga Hot Chocolate. Minuman wajib bagi Rizky tiap pagi sebelum kerja.

Rizky menuruni anak tangga sambil tangannya ralit memakai jam tangan. Mia melihat Rizky lalu mendekati suaminya itu. " Mia, tolong pakaikan tali leher ni." rayu Rizky.

Mia mengambil tali leher yang disangkut di tengkuk Rizky lantas diikat kemas di leher suaminya itu. Tangannya mengusap lembut dada suaminya menandakan tugasnya selesai. Kolar Rizky dikemaskan.

" Dah. Jom sarapan. " ajak Mia.

Hot chocolate dihirup lembut, beberapa keping roti bakar selamat dijamah Rizky. Sebelum berangkat, beliau tidak lupa bersalaman dengan Mia dan mengucup dahi serta janin yang dikandung Mia.

" Lunch nanti abang balik tau. Abang makan dengan sayang." pesan Rizky sebelum melangkah keluar rumah. Mia melambai tangan sehingga kereta Camry Rizky hilang dari pandangannya.

-------

Perasaan bosan menyelubungi diri Shira. Otaknya ligat berfikir aktiviti yang boleh dia lakukan selain terperuk di apartment nya itu. Tangannya bergerak laju membelek telefon pintar kepunyaanya.

Shira membuka aplikasi whatapp untuk mencari nombor mangsa yang boleh dia manfaatkan hari ini. Matanya ralit meneliti satu persatu nombor ada. Perhatiannya tertumpu pada satu nombor yang sangat dua kenali.

Dia JodohKuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora