Part 36

3.6K 97 2
                                    

Sesampai tiba di supermarket berdekatan , Rizky beriringan dengan Mia memasuki supermarket tersebut. Mia memautkan tangannya dicelah lengan Rizky sementara Rizky menolak troli memasuki supermarket.

Mata Mia ligat melilau melihat barang-barang yang berada di sana. Otak Mia sibuk memikirkan menu yang dia akan masak malam ini untuk Tasya. " Abang . Abang rasa abang nak Mia masak apa ? " tanya Mia.

" Erm , abang ikut Mia je . Mia rasa nak masak apa ? " soal Rizky kembali sambil melihat Mia yang kebingungan . " Hmm ? " Mia berfikir sambil memegang dagunya.

Mia terlihat Mee spagetii sewaktu melintasi zon bahan kering untuk masakan. Dia terfikir untuk masak spagetii Bolognese . Mia memetik jarinya . " Ah ! Get it . Mia tahu nak masak apa. " jerit Mia lalu menarik Rizky untuk mengambil bahan-bahan yang diperlukan. Rizky hanya menurut sahaja tanpa bantahan .

Mia ligat mencari bahan yang diperlukan . Dia mengambil sebungkus Mee Spageti dan sos bolognese dalam tin. Selepas itu , mereka beralih ke bahagian bahan mentah . Mia mengambil bebola daging serta turut mengambil sebungkus buah epal untuk membuat apple crumble sebagai pencuci mulut.

Mia turut mengambil sebungkus cendawan untuk membuat sup cendawan sebagai pembuka selera. Kebetulan semua menu itu adalah makanan kegemaran Natasya.

Selepas selesai mengambil bahan-bahan untuk makan malam ini, Mia mengambil bahan-bahan dapur yang telah disenaraikan oleh Mia termasuklah barang peribadi mereka berdua.

" Okey, dah ambil semua barang . Abang nak beli apa-apa lagi tak ? " tanya Mia . Rizky berfikir . " Hmm , ada . Jom . " Rizky pula menarik Mia ke bahagian makanan ringan .

" Makanan ringan ? " Mia hairan . Rizky sibuk memilih makanan ringan lalu diletakkan ke troli . Tak ketinggalan beberapa bungkus biskut . " Okey , dah . Jom . " ajak Rizky .

Terkejut Mia melihat makanan yang diambil suaminya . " Ya Allah , ni makanan untuk setahun ke ni , bang ? Banyak sangat. " jerit Mia sambil mencengkak pinggang.
" Hehe , takdela . Saja je ambil banyak . Tak payah keluar balik-balik nak beli barang. Lagipun kita boleh tengok television sambil makan kan . " terang Rizky sambil tersengih . Mia akurr .

Mereka terus berbaris di kaunter pembayaran untuk membayar barang-barang yang di beli tadii . Setelah itu , mereka menuju ke parking kenderaan untuk pulang semula ke rumah .

Sewaktu Mia memasuki perut kereta kepunyaa Rizky, secara tiba-tiba tekak Mia terasa mual . Mia keluar semua lalu muntah di longkang berdekatan .

Rizky yang sedang meletakkan barang-barang yang dibeli tadi ke dalam bonet keretanya ternampak Mia muntah terus menghampirinya lalu mengosok perlahan belakang Mia.

" wueghhh ! wueghh ! " perit dirasanya . " Ya allah , sayang . Mia okey tak ni . " Rizky cemas melihat Mia muntah secara tiba-tiba . "Hmm , Mia okey je . Tak tau tiba-tiba rasa mual tadi . " terang Mia sambil mengosok tekaknya .

" Mia nak abang hantar ke hospital tak . Jom la kita ke hospital . Risau abang nampak Mia macam ni . " ajak Rizky untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital . " Eh , tak payah la . Mia okey la . Jom la balik . Mia nak masak lagi ni . " ucap Mia sambil masuk kembali ke dalam kereta Rizky . Rizky hanya menurut .

Tok ! Tok !

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Mia yang sedang sibuk memasak di dapur . Mia bergegas ke pintu untuk membuka pintu . Pintu terbuka. Terlihat Natasya berdiri di luar rumah .

" Natasyaaa !!!! " jerit Mia kegirangan lalu menarik Natasya ke pelukkannya. Natasya membalas pelukannya Mia kembali. " Ya Allah ! Miaaa ! I miss you soo much babe ! " jerit Natasya sambil meleraikan pelukkan.

Mereka saling merindui disebabkan sekian lama tidak berjumpa. " I miss you too. " Mia mengajak Natasya masuk lalu menjemputnya untuk duduk di ruang tamu. " Kau apa khabar ? Sorry tau aku tak sempat lawat kau kat hospital haritu. Aku tak tau pun kau excident. " nada Natasya serba salah.

" Alhamdulillah, dah semakin baik . Eh , takpe-takpe la. Aku faham. " Mia mengukir senyuman . " Kau apa khabar ? Mana surprise yang kau nak bagitau tu ? " Mia teruja . " Alhamulillah , baik . Hmm , nanti la aku bagitauu . Aku lapar ni . Bau wangi semancam je . Apa kau masak? " kata Natasya sambil melihat ke arah dapur.

" Ish kau ni, aku excited dah nak tau apa surprise kau nak bagitau tu . A'ah . Aku masak makanan favourite kau malam ni . Jom la pergi dapur. " ajak Mia sambil menarik Natasya masuk ke dapur.

" Wuuu , tak sabar rasanya aku nak test masakan kau la . Eh ? Mana laki kau ? Aku tak nampak pun ? " tanya Natasya sambil melangkah ke dapur. " Hmm , adaa . Dia ada kat dalam bilik . Tadi solat katanya. Kejap lagi turun lah tu. " terang Mia .

" Wahh , spaghetti bolognese laa . Sup cendawan pun adaa Tak sabarnyaa . " Natasya teruja melihat masakan Mia lalu duduk di kerusi. " Biasa je. Jom la angkat ni pergi meja makan. " ajak Mia .

Mereka berdua menghidangkan kesemua makanan tersebut ke atas meja. " Kau duduk la dulu. Aku panggil Rizky jap kat atas. " kata Mia lalu naik ke bilik.

Pintu bilik dikuak sedikit . Rizky tak ada dalam bilik. Dia melangkah ke bilik bacaan suaminya. Mesti ada ni . Sekali lagi pintu bilik bacaan dibuka.

" Di sini rupanyaa! " Mia menegur Rizky yang sedang leka membuat kerjanya. Rizky mengukir senyuman. " Buat apa tu ? Sibuk nampak? " tanya Mia mendekati Rizky.

" Hmm , ada kerja sikit ni . Dah nak siap dah pun. " jawab Rizky . " Baguslah . Jom la turun makan. Natasya dah sampai dah . " ajak Mia . " Jom. " Rizky mengemas sedikit meja bacaannya yang berselerak dengan kertas kerja nya lalu turun ke bawah.

Natasya menarik senyuman kepada Mia dan Rizky. Rizky membuntuti isterinya lalu mengambil tempat di sebelah Mia . " Hai , Natasya. Lama sampai ? " Rizky menegur Natasya.

" Hai. Lama lah juga . " jawab Natasya ringkas. " Oh , sorrylah . Saya sibuk sikit kat atas tadi . " Rizky membalas . Mia sedang sibuk menghidangkan sup cendawan ke dalam mangkuk lalu di letakkan di hadapan Natasya dan juga Rizky.

" Eh , takpe . Saya tak kesah . " jawab Natasya kembali  . Selepas Mia menghidangkan makanan , Rizky membaca doa makan lalu menjemput Natasya untuk menjamu selera.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now