Part 45

4.2K 90 14
                                    

Kereta milik Rizky tiba di perkarangan rumah mereka . Mia terus membuka pintu kereta sejurus enjin kereta dimatikan. Hatinya remuk dibentak oleh Rizky. Kunci pintu rumah dibuka lalu langkahnya menuju ke bilik tanpa menghiraukan suaminya.

Pintu bilik dikuak lalu ditutup semula tanpa di kunci . Mia meletakkan beg tangan serta beg pakaian ditepi lalu membuka tudung yang melindungi rambutnya yang ikal lalu badannya dibuang ke katil. Bantal kecil diraih lalu perasaan sebak yang ditahannya dari tadi dilepaskan. Hatinya sangat sebak dibentak oleh Rizky. Dia ingin menangis sepuas-puasnya . Dia kecewa dimarahi disebabkan perempuan yang tidak dikenali asal-usulnya.

Rizky memasuki rumah lalu duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Nafasnya ditarik lalu wajahnya diraup. Sungguh dia tidak percaya orang yang sangat dia tidak ingin muncul kembali dalam hidupnya kembali semula.

Otaknya mencerna apa yang berlaku tadi . Kepalanya dibaringkan . Tekaknya terasa ingin dibasahkan . Namun niatnya terbatal apabila teringatkan isterinya . " Ya allah ! Mia . " ujarnya lalu mengangkat kepalanya semula . Baru dia teringat yang dia terbentak isterinya tadi . " Astagfirullah . Apa aku buat ni ? " monolog Rizky sambil meragut rambutnya .

Matanya meliar mencari kelibat isterinya . Langkahnya diatur ke atas menuju ke bilik . Hatinya kecewa apabila terdengar isterinya menangis tersedu-sedu di dalam bilik . Pasti hatinya kecewa dibentak . Wajahnya diraup . Dia kecewa pada dirinya sendiri kerana memarahi wanita yang dia sangat cintai oleh sebab wanita tak guna tu .

Rizky berdiri di hadapan pintu bilik . Niatnya ingin meminta maaf kepada Mia . " Bismilahiramanirahim . " ucap Rizky . Pintu bilik diketuk lembut . Mata Rizky terus mencari kelibat isterinya .

Kelihatan Mia berbaring membelakangi Rizky sambil memeluk bantal kecil . Hati Rizky terus hancur berkecai apabila melihat wanita yang sangat dia cintai menangis teresak-esak  . Rizky cuba mendekati isterinya .

Mia menyedari kehadiran suaminya itu namun diabaikan . Mia terus menangis . Hatinya masih sakit ditengking . Rizky melutut di tepi katil berhadapan dengan Mia .

" Mia . " sayu suara Rizky memanggil nama isterinya itu namun diabaikan . Rizky cuba menarik nafas . Tangannya cuba mengusap rambut Mia namun ditepis oleh Mia .

Rizky cuba mengukir senyuman tipis . Dia menundukkan wajahnya . Dia kecewa dengan dirinya . Matanya berkaca .

" Mia . Abang minta maaf . Abang tak sengaja tengkik Mia . Abang tahu abang salah . Abang tak dapat nak kawal perasaan marah abang . Abang jahat Mia . Abang jahat . " Rizky merayu . Tangis Rizky didengari oleh Mia .

Air mata Rizky laju bercucuran di pipinyaa .Jelas dia kecewa . Mia yang terdengar tangisan suaminya itu terus melihat Rizky yang menangis di lantai .

" Abang . " nipis saja nada Mia memanggil Rizky . Mia bangun dari katil. Rizky terdengar suara isterinya itu terus mengangkat wajahnya .

Rizky mendekati isterinya itu . Wajah isterinya diusap . Ada senyuman di wajah Mia . " Mia . Abang minta maaf , Abang tak sengaja tengking Mia sampai begitu sekali. Abang tau abang sa.... " kata-kata Rizky terbatal . " Dahlah la tu abang.  Mia dah maafkan abang dah.  Mia yang salah sebab Mia tanya soalan yang tak patut kat abang.  Mia minta maaf. " Mia mengukir senyuman nipis. 

Tangan Rizky mengelus lembut pipi Mia yang basah oleh air mata . Rizky mengukir senyuman.  " Takpe la sayang.  Abang yang salah.  Mia tak salah pun.  Abang tak patut tengking Mia.  " Rizky memujuk.  " Dah. Taknak sedih-sedih.  " Mia mengelus pipi suaminya itu.  Mia tersenyum. Tak disangka hati sekeras Rizky boleh mengalirkan air mata disebabkan Mia. 

" Dah , jom.  "ajak Mia.  Rizky mengerutkan dahinya.  " Jom? Nak pegi mana ni,  sayang? " soal Rizky.  Mia tersengih melihat telatah suaminya . " Turun bawah la.  Cari makanan.  Mia lapar lagi ni.  Eh, bukan.  Baby ni yang lapar. " Mia menunjuk-nunjuk ke perut comelnya sambil tersengih.

Rizky tersenyum.  Comel detik hatinya.  Mia makin lama makin comel apabila berbadan dua." Yelah,  Jom.  " Rizky menurut saja.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now