Part 28

4K 128 0
                                    

Keesokan pagi , aku bangun apabila mendengar alunan azan subuh yang sangat merdu. Aku segera membangunkan Rizky yang sedang lena lalu masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Selepas selesai mengambil wuduk, aku membentangkan sejadah dan memakai telekung. Aku duduk bersimpuh sementara menunggu Rizky selesai mengambil wuduk untuk mengimamkan solat.

Usai mengaminkan doa , aku bersalaman dengan Rizky. Jiwaku berasa sangat tenang buat pertama kalinya aku mendapat merasakan kasih sayang seorang suami.

Aku mengukir senyuman apabila teringatkan peristiwa waktu makan malam semalam . " I love you until Jannah sayang . " Rizky mengukir senyuman lalu mengucup tangan Mia . " I love you too until jannah , abang. " Mia membalas .

Rizky mencium ubun-ubunku lama serta-merta membuatkan aku kembali ke alam nyata. " Pikirkan apa tu ? Senyum sorang-sorang nampak ? " Rizky mengusik .

Aku hanya memandang Rizky . Tiba-tiba sesuatu perasaan yang membuatkan aku sebak. Aku mengalirkan air mata . " Eh , Kenapa ni sayang ? Mia okey ke ni ? " Rizky cemas melihat mata aku mulai berkaca.

Aku cepat mengelengkan kepala . " So ? Kenapa menangis ni ? " soalnya lagi sambil mengangkat mukaku kearahnya . " Thanks terima Mia seadanya. Mia tau Mia banyak kekurangan. Mia janji Mia cuba jadi yang terbaik di mata abang. " ucapku . Rizky tersenyum melihat gelagatku .

" Mia dah jadi yang terbaik pun di mata abang. Mialah orang yang paling sempurna dia mata abang . Mia tak perlu lagi nak buktikan apa-apa, sayang . " ucap Rizky sambil menarikku ke dalam dakapannya untuk menenangkanku. Aku mengukir senyuman lalu membalas pelukan tersebut . Aku berasa sangat selamat apabila berada di dalam dakapannya . " Sensatif rupanya Mia ni . " desis Rizky.

Setibanya di KLIA, Mereka terus pulang ke rumah disebabkan kepenatan. Nasib baik lah kereta Rizky ada dihantar oleh pemandu Papa Mia.

Rizky memandu pulang dan Mia terlelap di sebelahnya. Mia terlelap sehingga tiba di perkarangan rumah . Rizky melihat isterinya nyenyak tidur sehingga tidak sampai hati ingin membangunkan Mia.

Rizky mengambil keputusan untuk mengangkat Mia untuk masuk ke dalam bilik . Dia tahu isterinya tidak dapat tidur sewaktu dalam kapal terbang. Dia membaringkan Mia di atas katil . Dia menatap wajah isterinya itu , jelas terpancar kepenatan di wajahnya. Rizky tersenyum melihat Mia . " Comel bila dia tidur tapi tambah comel lagi bila dia buka mata. Thanks sayang sentiasa ada di sisi abang " Rizky bermonolog sambil mengusap rambut serta pipi Mia . Dia mengucup ubun-ubun isterinya lalu melangkah ke bilik air.

" Abang ! Abang ! " Mia menjerit . Rizky terkejut lalu segera keluar dari bilik air . Rizky terlihat Mia menjerit . Dia segera mendekati Mia . " Mia . Mia . Abang di sini , sayang . Kenapa ni ? " Rizky cuba membangunkan Mia . Mia masih meracau . Dia cuba membangunkan isterinya .

Mia membuka matanya lalu mendakap Rizky sambil menangis . " Abang ! " Mia tersedu-sedu menangis . Rizky segera menenangkan Mia. " Kenapa ni Mia ? Mia mimpi buruk ke ? " Rizky bertanya . Mia mengangguk .

Rizky mengukir senyuman . " Istigfar, Mia . Takde apa-apa tu . Mainan tidur je tu . Dah , bangun. Pergi ambil wuduk kita solat isyak sama-sama . " Rizky mengajaknya untuk solat jemaah. Mia pun hanya menurut . Mia segera masuk ke bilik air untuk mencuci muka dan mengambil wuduk.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now