Part 17

4.9K 152 3
                                    

Aku menolong tetamu yang sibuk membuat dulang hantaran. Banyak yang sudah siap dihias. Semua barang tersebut, aku dan Rizky yang pilih sendiri.

Majlis pernikahanku akan berlangsung esok pagi. Rumahku telah dipenuhi dengan sepupu-sepapat serta saudara-mara mama dan papa. Nasib baiklah rumah ni ada bilik extra.

Aku masuk ke bilik. Bilikku turut dihias indah dan perabotnya pun telah diubah. Semua perabot baru dibeli beberapa hari lalu.

Jam menunjukkan sudah jam 11 malam. " Patutlah aku mengantuk" rungutku. Aku berasa penat sangat kerana seharian membuat persediaan untuk majlis esok. Aku membuka tudung dan segera ke katil untuk tidur. Aku membaca doa terlebih dahulu lalu terlelap.

--Skip--

Majlis pernikahanku akan berlangsung dalam beberapa jam lagi. Aku mengerling ke arah jam dinding bilikku. Jam menunjukkan sudah jam 9 pagi.

Rizal tiba seawal jam 8 pagi lagi bersama-sama baju pernikahanku. Wajahku juga didandan oleh Rizal. Nasib baiklah wajah ku tidak timbul jerawat. Mudah saja Rizal mencalit make-up ke wajahku. Mama berpesan kepadaku untuk mengambil air wuduk terlebih dahulu.

Setelah setengah jam, Rizal selesai mendandanku, aku sempat melihat wajahku di cermin. Aku tersenyum menandakan aku berpuas hati. Tanpa membuang masa, aku menukar pakaianku lalu kepalaku dililit dengan shawl yang dihias dengan manik-manik.

" Dah selesai ke? " tanya mama yang hanya kelihatan kepalanya disebalik pintu bilik itu.

Aku mengangguk . " Dah! " kataku sambil melihat mama lalu tersenyum tipis.

" Wahh . Lawanya anak mama hari ni. " mama memuji lalu masuk ke bilik. Matanya berkaca melihatku.

Mama mendekatiku. Rasa sebak menyelubungi hatiku secara tiba-tiba. Mama memelukku . " Anak mama dah nak jadi isteri orang dah. Takde dah yang nak bermanja dengan mama lepasni " kata mama sambil melihatku.

Aku tersenyum . Aku turut menitiskan air mata. Drama air mata sedang berlangsung . " Ingat Mia. Mia kena hormat Rizky lepas ni sebab syurga Mia di bawah kaki suami. Mama harap Mia boleh jadi isteri yang baik kepada Rizky. Terima Rizky walaupun mama dan papa yang jodohkan dia dengan Mia. " jelas mama sambil memegang erat tanganku.

" Baiklah, Ma. Insha allah, Mia akan terima Rizky dan jadi isteri yang baik. " aku berjanji dengan mama.

" Eh, Tak nak nangis dah. Tengok make-up Mia dah luntur. Pengantin lelaki dah sampai. Jom turun. dorang dah tunggu tu. " jelas mama sambil mengesat air mataku.

Rizal mengambil beberapa saat untuk membetulkan make-up diwajahku. Aku membetulkan tudungku.

Aku menuruni tangga rumah. Tiba-tiba aku berasa nervous. Aku memegang erat tangan mama. Aku melihat semua tetamu sedang tekun melihatku. Keluarga Rizky semuanya hadir meraihkan majlis pernikahan kami. Aku turun dengan berhati-hati.

Aku melihat Rizky segak berpakaian baju melayu. Rizky melemparkan senyuman kepadaku. Aku membalas senyumannya. Dia duduk berhadapan dengan Papa. Papa sudah sedia untuk menikahkanku .

Aku duduk bersimpuh di bantal yang telah disediakan. Aku melihat wajah Mummy, mama, papa, daddy dan juga tetamu yang datang. Semuanya sudah bersedia melihat saat aku dinikahkan.

" Baiklah . Semua sudah bersedia ? " papa bertanya untuk memulakan majlis . Papa melihatku sekilas. Aku mengangguk sedikit.

Aku menarik nafas untuk menghilangkan sedikit perasaan gementar. Aku melihat wajah suci mama disebelahku. Aku masih memegang tangannya.

Papa menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Rizky. Selepas itu , papa memanggil nama Rizky lalu dia pun menyahut.

" Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku, Nur Miasarah Aisyah binti Borhan dengan mas kawinnya 300 ringgit tunai. " papa menghayun sedikit tangannya .

" Aku terima nikahnya Nur Miasarah Aisyah binti Borhan dengan mas kawinnya 300 ringgit tunai. " Rizky melafazkan akad nikah tersebut.

" Sah? " Papa mengerling ke kiri dan kanan.

" Sah ! " kata saksi serta tetamu.

Jelas kelihatan kelegaan pada wajah Rizky . Aku mengalirkan air mata kegembiraan lalu mama memelukku." Alhamdulillah! " aku bersyukur. Kini , aku sah menjadi Isteri Rizky dengan sekali lafaz sahaja. Doa dibacakan.

Kemudian, Rizky mendekatiku untuk upacara pembatalan air sembahyang . " Assalamualikum. " dia berbisik memberi salam sambil memberi senyuman. Aku menjawab dengan nada yang perlahan namun masih boleh didengari oleh Rizky.

Rizky mengambil tanganku. Jariku disarungkan dengan cincin yang ditatahkan berlian dan aku mencium tangannya. Dia memegang ubun-ubunku untuk membaca doa lalu dahiku dikucup dengan penuh shahdu.

Kami berdua bersalaman dengan mama dan papaku, mummy dan daddy Rizky . Aku memeluk mama dan papa sambil mengalirkan air mata.

Selepas itu , baru kami bersalaman dengan ahli keluarga dan tetamu yang lain. Ramai yang memberi ucapan tahniah kepada kami berdua.

Setelah selesai bersalaman, Rizky meminta diri untuk menunaikan Solat syukur.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now