Part 43

3.2K 68 2
                                    

" ABANGGGGGGGGGG ! " jerit Mia . " Abang , Cepat abang . " jerit Mia semula yang berada di dalam tandas . Rizky yang berada diluar rumah sedang khusyuk bermain telefon bimbitnya terkejut terdengar jeritan isterinya.

Dia bergegas ke dalam rumah lalu mencari keberadaan Mia. Dia terus meluru ke atas dan menuju ke bilik mereka . Pintu bilik dikuak kuat. Kelihatan Mia sedang menahan sakit di dalam tandas . Tangannya menahan dirinya daripada jatuh di singki tandas.

Rizky cemas melihat isterinya . Lalu mendapatkan Mia . Tubuh Mia yang sedikit lemah disambut . " Mia . Kenapa ni ? " soal Rizky cemas . " Abang , darah . " Mia menjawab dengan lemah sambil menunjukkan sedikit darah yang mengalir di pehanya.

" Ya Allah, Mia . Apa yang jadi ni ? " Rizky panik melihat darah tersebut. Pelbagai kemungkinan yang terlintas di fikirannya. Dengan segera, Rizky mengangkat tubuh Mia lalu melangkah ke kenderaannya . Dia sempat mengambil dompet, telefon bimbit serta kunci kereta. Pintu rumah dikunci lalu dia mulai memandu menuju ke hospital berdekatan.

" Nurse ! Nurse ! Tolong isteri saya . " jerit Rizky apabila memasuki pintu masuk Bilik Kecemasan. Kelihatan seorang nurse bertindak mengambil kerusi sorong dan menuju ke arah mereka .

Dengan segera, Rizky meletakkan Mia ke kerusi tersbut lalu nurse tersebut membawa isterinya ke satu bilik pemeriksaan. Rizky tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut.

Hati Rizky tidak keruan memikirkan keadaan isterinya serta kandungannya. Rizky ke hulu ke hilir tidak tenang hatinya. Dia duduk di kerusi menunggu yang disediakan lalu menutup mukanya. Hatinya sangat kerisauan. " Ya Allah, Kau selamatkan isteriku serta kandungannya. Hanya engkau tempat aku memohon . " Rizky sempat berdoa untuk isterinya serta anaknya.

Setelah setengah jam Mia berada di dalam bilik tersebut, Rizky dipanggil oleh doktor yang memeriksa keadaan isterinya. Rizky cuba berasa tenang . Seorang doktor wanita memperlawa Rizky untuk duduk di kerusi berhadapannya. " Macam mana keadaan isteri saya ? " soal Rizky sejurus sahaja duduk di kerusi.

Doktor yang tekun menulis sesuatu di sehelai kertas menoleh ke arah Rizky . " Alhamdulillah , beliau selamat . " jawabnya ringkas . " Keadaan kandungannya bagaimana pula , dok ? " tambah Rizky . Doktor tersenyum . " Alhamdulillah , Kandungannya pun selamat . " jawab doktor itu lagi .

" Alhamdulillah . Kenapa isteri saya mengalami pendarahan ? " soal Rizky meminta kepastian. " Isteri Encik cuma keletihan disebabkan melakukan banyak kerja-kerja berat . Saya cadangkan Encik melarang isteri Encik lakukan kerja-kerja berat seperti kerja rumah sementara waktu demi keselamatan kandungan isteri Encik. Nasib baiklah Encik cepat bertindak untuk membawa isteri Encik ke hospital. " jelas doktor tersebut.

Rizky mengangguk. " Baiklah. Boleh saya bawa isteri saya balik ? " soal Rizky . " Boleh. Tapi ingat kurangkan isteri Encik lakukan kerja-kerja berat serta banyakkan makan sayuran dan buahan yang baik untuk baby. " jelas doktor mengingatkan Rizky semula. " Baiklah dok . Terima kasih. Kami balik dulu . Assalamualaikum . " Rizky beredar untuk mendapatkan isterinya yang sedang duduk di katil pesakit .

Rizky mendekati isterinya yang masih lemah akibat pendarahan tadi . Nasib baikla cepat bertindak . Fuhhh ! " Jom Balik sayang . Perlahan-lahan jalan tau . " pesan Rizky sambil memimpin tangan Mia . " Jap ! Abang ? Kenapa ada darah tadi tu ? Baby macam mana ? " soal Mia .

Rizky mengusap lembut kepala Mia lalu melemparkan senyuman ke arah Mia . " Mia jangan risau . Mia cuma penat je tu . Baby ? Alhamdulillah , dia selamat . Mulai saat ni , abang tak nak Mia buat kerja -kerja rumah tau termasuk memasak. " pesan Rizky .

Mia mengerutkan dahi . " Alhamdulilla. Tapi kalau bukan Mia yang kemas rumah . Siapa lagi yang nak buat semua tu ? " soal Mia sambil merenung tepat ke arah mata Rizky.

" Tu , Mia jangan risau . Nanti abang fikirkan macam mana . Yang penting , kita balik dulu. " ajak Rizky . Mia mengangguk sahaja .

Dalam perjalanan, suasana dalam kereta hanya ditemani dengan bunyi alunan lagu dari radio kereta. Mia memandang ke arah luar tingkap kereta. Rizky pula focus dengan pemanduannya.

" Abang ! Jom makan . Mia lapar lah . " Mia bersuara memecah kesunyian dalam kereta tersebut . " Hmm , Mia nak makan apa-apa ke ? " soal Rizky sambil menoleh ke arah Mia . Mia meletakkan jari telunjuknya di dagu menandakan sedang berfikir .

Setelah beberapa saat , Mia memetik jarinya . " Arh ? Mia tau nak makan apa . Mia teringin la pula nak makan sushi . Heee . " cadang Mia . Rizky berfikir sejenak . " Hmm , bagus juga idea tu . Okey , Jom . " ajak Rizky lalu meneruskan perjalanannya .

" Hmm . Bosannyaa . Nak buat apa hari ni erk ? Takkan terperuk dalam rumah je . Aish , Rimas la . " rungut Shira sambil membelek telefon bimbit miliknya . Television dihadapannya dibiar berbuka .

Kenalan di telefonnya dibelek satu persatu . " Bawa sesiapa la keluar . Bosan kat rumah . " ujarnya lalu menekan nombor telefon seseorang lalu membuat panggilan . " Aish , mana dorang semua ni . Sorang pun tak dapat call ! " rungutnya apabila panggilannya tidak disambut walaupun seorang .

" Okey ! Kalau macam ni , terpaksa la aku keluar sorang . " ujar Shira lalu jam dinding dipandang . Jam 1 petang . " Baik aku pergi bersiap then keluar cari makan . Lagipun aku sendiri pun belum lunch . " bisiknya lalu melangkah ke dalam bilik untuk bersiap.

Setelah memakirkan kereta , Rizky dan Mia jalan beriringan memasuki ke Shopping Mall. Mata Mia melilau ke arah semua kedai yang ada di sana. Rizky hanya membontoti isterinya.

Mia memasuki ke sebuah kedai yang menjual barangan dan pakaian bayi disertai dengan Rizky. Rambang mata Mia melihat kesemua barangan Mia yang comel-comel . Tangannya sibuk membelek-belek pakaian bayi yang dijual oleh kedai tersebut .

Rizky hanya melihat kerenah isterinya . " Kalau ada yang Mia berkenan nak beli, beli je lah . Abang belanja. " tawar Rizky . Mia melihat suaminya . Kena belanja oleh sang somi . hee .

" Eh, ye ke ? Tapi nanti-nantilah , lagipun kita belum tau kan jantina baby ni . " kata Mia sambil mengusap perutnya . " Betul juga kan ? Hmm , suka hati Mia la. " ujar Rizky .

Tekun Mia membelek barang-barang keperluan bayi yang ada. Setelah puas , Mia mengajak Rizky keluar dari kedai tersebut .

Shira memasuki Shopping Mall yang dipenuhi oleh orang ramai . Almaklumlah , hari sabtu . Masing-masing sibuk nak meluangkan masa dengan keluarga, bersama kawan tak kurang juga dengan pasangan kekasih .

" Bukan macam aku ni . Hari-hari sendiri . " detik hatinya. Dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Fikirannya asyik memikirkan apa yang dia ingin lakukan di sini.

Matanya tertarik pada kedai pakaian jenama H&M yang bersebelahan dengan kedai pakaian bayi. Langkahnya diatur . Namun langkahnya terbantut apabila matanya tertacap pada pasangan suami isteri yang baru sahaja keluar dari kedai pakaian bayi tersebut.

Matanya dijengilkan, meluat melihat kemesraan dan kebahagian Rizky bersama Mia. Bibirnya melukis senyuman senget . " Takpe, Mia . Ini masa kau untuk bahagia . Aku bagi peluang kat kau untuk merasa kasih sayang Rizky yang indah . But peluang itu tidak lama lagi aku ambil, Mia . So ? Get ready . " senyuman sinis makin kelihatan diwajah Shira yang dihiasi make-up yang tebal .

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now