Part 11

5.5K 143 4
                                    

" Huwghhh! " aku menguap sambil menutup mulut lalu mengeliat. Mataku terus melihat jam telefon. Jam menunjukan jam 5:00 pagi. Aku bangun daripada katil dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri, aku segera menunaikan solat subuh. Setelah selesai, aku terus ke almari dan memakai baju kurung berwarna kuning pucat dan mengenakan shawl coklat lembut. Lalu menyembur sedikit wangian dan mencalit sedikit lipstik pada bibir. Siap !

Aku mengambil beg dan telefonku. Aku turun ke ke dapur. Ibu sibuk menyediakan sarapan untuk kami seisi keluarga. Aku duduk di meja makan. Aku cuma menjamah sekeping roti bakar.

Setelah selesai, aku meminta izin untuk pergi ke college. Aku menyalam tangan mama dan mencium ke dua-dua pipinya.

--skip--

Jam menunjukkan jam 3 petang. Sudah waktunya untuk pulang . Aku terus menuju ke tempat biasanya Pak Rahmad menunggu kepulanganku . Namun bukan kelibat Pak Rahmad yang menunggu. Aku perlahan-lahan melangkah ke arah pemuda itu.

Kelihatan Rizky setia menungguku, dia segera menoleh ke arahku lalu melemparkan senyuman. Aku hanya membalas senyumannya. Dia terus menyapaku " Hi mia ! Sorry tak sempat bagitau Mia yang Rizky nak ambil Mia. Mama tetiba je suruh Rizky ambil Mia. " jelasnya sambil mengosok belakang tengkungnya.

" Oh ! It's okay . Tapi Mia terkejut sikit tadi bila nampak Rizky yang ambil Mia. Sebab selalunya Pak Rahmad yang ambil. Ni ? Kene suruh oleh mama ni takpa ke, Rizky tak buzy ke kat office? " aku membalas sambil tersengih disebabkan segan.

" HAHAHA ! Takpela. Lagipun, Rizky tengah free juga ni . So? Rizky ambil lah Mia . Tak salah kan? " selorohnya lagi.

" Oh, okeyla kalau macam tu. " Balasku.

" Jom lah balik. " ajaknya . Aku mengangguk lalu masuk ke dalam kereta Rizky.

Dalam perjalanan , Kami hanya membisu. Maklum lah masih berasa janggal lagi. Aku sempat melihat Rizky. Dia segak berkemeja lengan panjang berwarna hitam. Jatuh kesian juga Mia bila lihat Rizky penat menunggu Mia dalam cuaca panas.

" Lama ke Rizky tunggu Mia kat luar tadi? " soalku untuk kepastian. Kesian juga dia kalau tahu Rizky lama tunggu Mia kat luar.

Rizky menoleh ke arahku . " Hm, takdelah. Just in 5 minute maybe. " jawabnya . Aku lega bila dia kata hanya lima minit dia menunggu aku kat luar. Aku mengangguk.

" So ? How was your day ? Okay ? Macamana Mia kat College? " soal Rizky lalu melihat sekilas pada Mia.

" Okey je. Tapi penat sikit lah sebab dah last sem kan. Buzy sikit dengan assignment yang lecturer bagi. Dah lah banyak, susah pula nak buat. " Rizky tekun mendengar rungutanku.

" Biasalah tu. Budak collegelah katakan, Last sem pulak tu. Memang lah buzy . Dah nak gradute kan. " jelas Rizky sambil mengukir senyuman.

--skip--

Aku melemparkan badanku ke atas katil empuk dalam bilikku. Huh !? Sungguh selesa rasanya. Aku melihat jam di tangan, dah pukul 4 petang. Pantas aku menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat asar.

Selesai menunaikan kewajiban, aku turun ke ruang tamu untuk menonton television. Tiada sesiapa pun di ruang tamu. Aku mengambil remote control dan membuka siaran tv. Aku melihat drama korea dalam channel 393.

Aku kusyuk melihat drama tersebut . Dalam beberapa minit , aku terlelap di hadapan tv kerana terlalu penat seharian di college.

--skip--

Aku mengosok-gosok mataku. Aku melihat television telah pun ditutup. Mesti Mak Timah yang tutup tv tersebut. Aku melihat jam dinding lalu segera ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Sebelum bersihkan diri, aku sempat melihat telefon bimbit. Aku nampak ada chat whatapp dari seseorang. Dahiku mengerut kehairanan namun aku membiarkan dahulu chat tersebut. Aku mengambil tuala lalu segera masuk ke bilik mandi.

Selesai membersihkan diri, aku memakai baju tidur dan menyikat rambut di hadapan cermin. Baru aku teringat chat tadi lalu aku segera mengambil telefonku dan membaca chat tersebut.

Assalamualaikum, Mia. - unknown number, 4:50pm.

Mia, Apa khabar? Sihat? - unknown number - 4:50pm.

Ingat aku lagi tak? :)) - unknown number - 4:50pm.

Aku hairan memikirkan siapa orang yang chat aku ni. " Siapa ni ? Sudahlah unknown number. Macam dia kenal aku ja ni? " aku berkata sendiri . Tanpa berlengah, aku membalas chat tersebut.

Waalaikumsalam - sent,5:30pm.

Alhamdulillah, Saya sihat. - sent,5:30pm

Boleh saya tanya? Siapa ni? - sent,5:31pm.

Beberapa saat kemudian , oramg tersebut Online. Aku lihat dia menaip sesuatu.

Alhamdulillah . Kalau Mia sihat . Gembira saya dengar. :)) - unknown number,5:32pm.

Mia tak ingat saya ke? Sedihnya . Orang tu tak ingat saya dah. :'( - unknown number,5:32pm.

Aku membalas .

Eh,Sorry. Betul saya tak ingat siapa ni. Cakap aje lah. - Sent,5:33pm .

Huh! Kawan baik Mia sendiri pun Mia tak ingat dah :'( . Huhuks - unknown number,5:34pm.

Saya lah Tasyaa. Nur Natasya Farisha! - unknown number,4:55pm .

Bibirku terus mengukir senyuman apabila membaca nama pengirim tersebut . Ya Allah! Tak sangka diaa kawan baikku yang lama berpisah disebabkan masing-masing dapat college yang berlainan. Aku segera membalas.

Ya Allah ! Tasya ? Biar betul ? Beb ? kau apa khabar ? Tak sangka dah bertahun kita berpisah kau still ingat kat aku. Macam mana dapat no aku ni ? - sent,4:57pm

Alhamdulilah . Sehat je lah. Aku ingat lagi lah kau. Kau kan teman sehidup semati aku. Kau je tu yang dah tak ingat aku. Nak merajuk macam ni. Aku dah lama simpan nombor kau lah sayang. Kau je tak tau. Lagipun masing-masing sibuk. Takde masa aku nak chat kau . - Tasya,4:58pm .

E'eleh . Tak payah nak bajet merajuk sana . Aku still ingat kau lah,Tasya . Biasalah dah lama kan dah tak jumpa, mesti kau tambah lawa kan . Hahaha - sent,4:59pm

Yala. Nanti tak lama lagi aku gradute tau , aku nak balik KL. Dah lama aku tak balik sana weh. Asyik kat Terengganu je. kalau ada masa kita jumpa, nak? - Tasya,5:00pm

Okey ! Aku pun tak lama lagi dah nak gradute juga, lepas tu kita enjoy puas-puas. Aku pun banyak story nak share ni kat kau. - sent,5:01pm.

Baguslah . Okey beb. Nanti aku chat kau lagi. Bye, Mia. I Miss you! Assalamualaikum. - Tasya, 5:02pm .

Waalaikumsalam . Okey. Takecare . Miss you too darl. -sent,5:02pm

Aku meletakkan semula telefon bimbitku di meja kecil bersebelahn katil. Aku menghayunkan kakiku ke meja belajar. Aku membelek-belek buku pelajaran untuk mengulangkaji.

--Skip--

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now