Part 19

5K 158 1
                                    

Aku terasa seperti ada tangan yang membangunkanku . Dia turut memanggil namaku. Aku membuka mata lalu terlihat Rizky sedang duduk di birai katil. Aku terus mengosok mukaku .

" Mia. Bangun ! Jom solat subuh. " ajak Rizky.

" Ehmm ? Dah pukul berapa ni ? " soalku.

" Dah 5:34 pagi, dah jom solat subuh. " katanya sambil menarik tanganku agar aku bangun.

" Jap. Mia pegi ambil wuduk dulu . " ujarku lalu mengatur langkah untuk ke bilik mandi.

Setelah selesai mengambil wuduk, aku menyarungkan telekung yang disediakan oleh pihak hotel. Buat pertama kalinya , aku berimamkan Rizky.

Selesai sahaja Rizky mengaminkan doa, aku menyambut tangan Rizky untuk bersalaman dengannya lalu kucium. Setelah itu , dia pula mengucup ubun-ubunku .

Aku mengukir senyuman kearahnya. Dia pun melakukan hal yang sama. Selesai aku melipat sejadah dan meletakkannya di almari, kami pun menyambung tidur yang tergendala tadi.

--skip--

Tepat jam 10 pagi, aku terbangun dari tidur . Kelihatan Rizky masih terlelap. Aku berpaling kearah Rizky .

" Thankyou sudi terima saya dalam hidup awak. " aku bermonolog sendiri.

Aku merenung wajah suamiku itu. Aku meneliti setiap sudut wajahnya. Aku tidak menyangkal bahawa dia memiliki wajah yang tampan.

" Ya allah , lembutkanlah hatiku untuk mencintai Rizky. Kau bukakan hatiku untuk menerima Rizky dalam hidupku. Dia adalah suamiku yang sah. Aku berharap dia boleh mencintaiku dan menerimaku seadanya dan dia dapat memimpinku dan membimbingku ke jalanmu. Insha allah, aku berjanji akan menjadi isteri yang solehah untuk dirinya dan belajar untuk mencintai awak. " aku berdoa di dalam hati sambil mengusap pipi Rizky.

Aku bangun dari katil lalu memesan sarapan dari pihak hotel. Aku membangunkan Rizky. Aku mengarahkan dia untuk mandi sementara menunggu sarapan sampai.

--skip--

Jam 1:34 petang, kami tiba di rumah Papa. Kami disambut oleh papa dan mama. Sungguh gembira wajah mama melihat kami berdua selamat sampai ke rumah.

Rizky mengangkat beg pakaian kepunyaannya serta hadiah perkahwinan kami ke bilikku. Aku pun turut membantu Rizky mengangkat hadiah-hadiah yang diberikan. Kami sempat singgah ke rumah Daddy kerana ingin mengambil beg pakaian Rizky untuk dibawa ke rumah papa.  Aku menunjukkan bilik dimana tempat kami berdua beradu. Rizky meletakkan begnya.

"Letak je kat sana. Nanti saya simpan dalam almari. " arahku.

Rizky mengangguk. Kamu berdua turut ke bawah semula. Mama memanggil kami untuk makan tengahari. Papa dan mama menunggu di meja makan. Aku mengambil pinggan Rizky lalu menyenduk nasi dan meletakkan semula di hadapan Rizky.

Mama menghidangkan makanan kegemaranku iaitu ayam masak kicap , ikan stem halia dan kangkung tumis. Aku makan dengan berselera sekali . Begitu juga Rizky. Pertama kali merasakan air tangan ibu mertua lah kononnya.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now