Part 21

5.1K 220 2
                                    

Hari ni , Rizky mengajak aku untuk keluar disebabkan dia berasa bosan di rumah . Nasib baiklah Rizky ada kereta kepunyaannya sendiri. Mudahlah kami untuk bergerak.

Rizky mengajak aku untuk menonton wayang. Rizky ni seorang kaki wayang. Dia gemar datang ke panggung untuk menonton movie yang baru dilancarkan. Dahulu dia datang dengan kawan-kawannya namun kini dia datang bersama isterinya. Cewahh ! Isteri lagi tu.

Setibanya kami di kompleks membeli belah tersebut, kami naik ke tingkat atas dimana terletaknya panggung wayang yang sering Rizky pergi. Rizky memegang erat tanganku. Aku membiarkan sahaja tangannya berpaut dengan tanganku.

Kami pergi ke kaunter tiket. Kami terpaksa berbaris kerana ramai orang di kaunter tersebut . " Nak tengok movie apa ni ? " soal Rizky. Aku melilau ke semua poster movie yang dilekatkan namun tiada satu pun yang menarik bagiku.

" Taktau . Takde yang best la. " aku melihat wajah Rizky. Rizky tekun melihat poster tersebut. " Kita tengok wayang annabelle lah. Nak ? " Rizky mencadang . Aku mengerutkan kening. " Ehhh ! Tak nak lah. Mia takut nak tengok cerita hantu ni
" rungutku. Rizky mengelengkan kepala . " Apa nak ditakutkan , Rizky kan ada. " pujuknya lagi. " Yelah. Mia ikut Rizky je lah . " aku akur.

Rizky menempah couple seat untuk movie Annabelle. Selepas itu , Rizky membeli makanan serta minuman untuk kami berdua. Aku memeluk tangan Rizky kerana takut hilang disebabkan ramai orang di panggung wayang tersebut.

Tiba sahaja di ruang yang ditetapkan, kami mengambil tempat yang ditempah oleh Rizky. Rizky memberi tempatku di hujung bersebelahan dinding.

Lagi 5 minit, movie tersebut akan dimainkan. Aku hanya berdiam diri sambil minum air yang dibeli oleh Rizky tadi. Rizky sibuk melayan telefon bimbitnya.

Sewaktu cerita annabelle dimainkan, aku langsung tidak melihat ke hadapan malahan aku memeluk tangan Rizky sambil menyembunyilan wajahku dengan tangannya.

Rizky seronok melayan movie tersebut . Rizky tersedar aku mengigil kesejukan plus ketakutan. Nasib baik Rizky ada bawa jaket lalu disarungkan ke badanku .

Rizky mengambil tanganku lalu digenggam. Dia memahami keadaanku yang ketakutan sebab movie tersebut amat menakutkan dengan suara latarnya yang menyeramkan.

Aku memang seorang yang amat penakut dan mudah mengigil. Aku terasa amat selesa lalu terlelap dibahu Rizky .

" Amboii ! Sedapnya dia tidur. " detik hati Rizky melihat isterinya terlelap dibahunya.

Jelas kelihatan wajah comelnya ketika tidur membuatkan Rizky tidak sampai hati ingin membangunkan isterinya namun terpaksa.

" Mia . Bangun Mia . Wayang dah habis. " bisik Rizky untuk membangunkan Mia. Tubuh kecilnya digoncang lembut. Matanya tergerak menandakan Mia tersedar dari tidurnya. Nasib baik lah Mia ni jenis senang nak dikejutkan.

Mia tersedar lalu membetulkan keadaan tudungnya yang sedikit selekeh. Tangan Mia berpaut dengan tangan Rizky sambil beriringan keluar dari panggung. Rizky memimpinnya ke kereta dan bergerak untuk pulang.

Sebelum memulakan perjalanan pulang,Rizky menurunkan kerusi agar Mia berbaring dengan selesa. Takut nanti lehernya terkehel disebabkan posisi tidur yang salah . Rizky menyelimutkan Mia dengan jaket tadi berharap Mia tidak kesejukan.

" Thanks. " ucap Mia. Matanya tertutup rapat. Aku mengukir senyum. Kepala Mia diusap. Enjin dihidupkan. Perhatiannya beralih ke jalan raya menuju ke rumah mereka.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now