Part 33

3.7K 109 8
                                    

Hari ni adalah hari untuk Mia keluar dari hospital, Rizky sedang sibuk menolong isterinya mengemas beg pakaian sementara Mia menukar baju seragam pesakit kepada pakaian biasa yang selalu dipakainya sehari-hari.

Jelas terpancar wajah gembira di wajah Rizky melihat isterinya sudah pun baik seperti sediakala namun masih memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan disebabkan keretakkan tulang kaki sebelah kirinya masih belum sembuh.

Mia membuka pintu tandas dan Rizky mengukir senyuman kepadanya . Mia membalas senyuman tersebut .“ Mia dah siap ? ”soal Rizky sambil memasukkan lebihan pakaian yang tinggal ke dalam beg.

“ Dah , bang . ” Mia mengangguk . Dia melangkah ke sebelah Rizky untuk menolong suaminya mengemas barangan kepunyaannya sewaktu di wad tersebut.

“Okeylah. Jom lah kita balik . ” ajak Rizky sambil menarik zip beg pakaian Mia lalu mengangkat beg tersebut . “ Okey, jom. Mia pun dah tak sabar nak balik ni. ” jawab Mia semangat lalu melangkah bersama tongkatnya dengan berhati–hati sambil dibimbing oleh Rizky.

Mia melangkah masuk ke dalam rumah yang amat dia rindui sambil dipimpin oleh Rizky. Mia duduk di sofa yang berada di ruang tamu . “ Alhamdulillah , sampai pun rumah. Ya allah, rindunya dengan rumah ni. ” kata Mia sambil mendepakan tangannya lalu berbaring di sofa.

“ Ehem, rindu dengan rumah je ke ? ” Rizky menyampuk  lalu duduk di sebelah Mia. “ eh, ada lagi ke yang nak dirindukan selain rumah ni. ” Mia buat–buat tak tau sambil memegang dagunya . “ Eh, adalah. ” Rizky menjawab.

“ Apa dia ? Mia menyoal kembali . “ Tuan rumah ni takkan tak rindu kot ? ” Rizky mengukir senyuman sumbing. “ Oh . HAHAHAHAHA . TAK ! ” Mia sengaja .  Jelas riak wajah Rizky berubah selepas mendengar jawapan Mia . Rizky mengangkat punggungnya namun tangannya di tarik oleh sesuatu .

Rizky menoleh . Mia tersenyum lalu menarik Rizky duduk kembali di sebelahnya . Mia tersenyum melihat suaminya yang sangat mudah terasa hati . “ Pandai merajuk rupanya laki aku ni . ” bisik Mia.

“ Of course la, Mia rindu tuan rumah ni tapi dia kan selalu ada di sisi Mia.” Mia menjawab sambil memegang kedua belah pipi suaminya. Rizky mengalihkan badannya kearah Mia . “ Betul ni ? ” Rizky meminta kepastian. Mia mengangguk sambil mengukir senyuman.

“ Betul la. Dia kan yang jaga Mia waktu Mia sakit di hospital. Dia la yang jaga makan minum Mia, dia la yang jaga Mia waktu Mia koma, dia la selalu doakan Mia supaya Mia cepat sedar dari koma dan dialah orang yang pertama Mia nampak sewaktu Mia baru sedar dari koma. ” jelas Mia sambil mengusap lembut pipi suaminya.

Rizky mengukir senyuman lalu menarik Mia ke dalam dakapannya. Dia sangat bersyukur mendapat isteri yang menghargai dirinya. Mia selesa berada di dalam dakapan hangat suaminya. Mia membalas pelukan suaminya itu. Sudah lama dia tidak berada di dalam dakapan suaminya itu.

Rizky membuka matanya yang terlelap seketika. Dia melihat jam di tangannya. Jam telah pun berganjak ke waktu 4.36 petang. Terasa berat di dadanya lalu dia terlihat isterinya sedang lena di dadanya.

Dia mengalihkan Mia dari dadanya. Dia mengambil beg pakaian isterinya lalu naik ke bilik untuk meletakkan beg tersebut .
Kemudian, turun semula ke bawah untuk mengangkat Mia ke dalam bilik tidur.

Rizky mengendong Mia dengan berhati–hati kerana takut akan membangunkan isterinya itu naik ke bilik. Rizky meletakkan Mia di atas katil dan menyelimutkannya hingga paras dada.

Rizky merenung wajah mulus Mia. Dia mengusap pipi halus Mia sambil teringat akan kenyataan yang dinyatakan oleh Mia. Mia amat menghargainya yang sanggup mengambil cuti beberapa hari hanya untuk menjaga isterinya yang sakit di hospital.

Rizky mengucup lembut dahi Mia. Dia berdoa agar jodohnya bersama Mia akan berkekalan dan perkhawinannya dirahmati Allah .

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now