Part 10

6K 162 6
                                    

Hari Ahad amat membosankan bagiku. Tiada aktiviti menarik perhatianku. Aku hanya duduk dibalkoni rumah.

Aku tekun melihat suasana hijau di luar kawasan rumah. Aku kagum melihat kuasa Allah yang mencipta dunia ini. Aku berasa amat segar ketika menghirup udara di luar dan hatiku berasa tenang.

Beginilah rutinku apabila tibanya hari Ahad, aku lebih gemar duduk di rumah untuk membaca novel di balkoni rumah. Aku adalah salah satu pembaca tegar novel-novel di Malaysia.

Setiap minggu, aku akan meluangkan masa untuk pergi ke Kedai Buku yang berdekatan untuk membeli novel baru. Aku mempunyai banyak koleksi novel terutamanya novel cinta. Aku dan novel tak dapat dipisahkan.

Sedang kusyuk membaca novel, Papa duduk di kerusi berdekatan denganku. Aku terus menyambung membaca novel dengan tekun tanpa menghiraukan kehadiran papa.

" Mia ? " Papa membuka bicara sambil memandangku.

" Ye , pa ?" jawabku perlahan.

" Kamu tak bosan ke menghadap 24 jam novel Mia tu je?" soal ayah.

" Eh ? Takdelah . Seronok lah baca novel ni. Macamana nak bosan? Dah favourite Mia. " jelas Mia.

" Yela. Lupa papa nak bagitau, Mama ada goreng cucur udang tu di dapur." Kata papa.

" Oh ! Patutlah ada bau udanggggg ! " bisik Mia dalam hati . Aku terus menghilangkan diri ke dapur untuk menolong mamanyaa.

" Amboii ! Kalau pasal makan , nombor satu kau ye Mia !?" kata papa tersengih-sengih melihat gelagat anak tunggalnya itu.

Mia berlari ke dapur diikuti papanya. Papa Mia mengelengkan kepalanya melihat anaknya tak sabar-sabar untuk makan cucur udang buatan mamanya.

" Haih ? Macamanalah kalau kau dah kawin ni nanti. Takkan nak suruh mama kau juga masakkan semua ni untuk kau? " kata ayah.

" Biarlah. Apa salahnya kan, ma ? " mia bernada memujuk.

" Hmm . Yelah tu . Mana boleh dah nak manja dengan mama dan papa kalau Mia dah kawin nanti . Mia bermanja lah sama suami Mia. " jelas Mama .

" Eh, Tak nak ! Mia nak manja dengan papa dan mama jugak ! " kata Mia sambil menyuapkan seketul cucur udang ke dalam mulutnya.

" Kalau Mia dah kawin nanti, Mia yang bertanggungjawab jaga makan minum suami Mia tau. Mia kena cuci baju suami mia. Mia kena gosok baju suami . " nasihat mama sambil mengukir senyuman nipis.

Aku hanya mengangguk tanda paham. Aku terus mendengar ceramah percuma yang diberikan oleh papa dan mama. Semuanya berkaitan kawin dan tanggungjawab seorang isteri. Layankan jela.

------


Kringgggggggggg ! Bunyi telefon rumah mememecah keheningan sunyi di rumah kepunyaan Encik Borhan.

Mama Mia menyambut panggilan telefon tersebut . Jelas senyuman terukir saat mama menyambut panggilan tersebut .

Tekun sangat mama berborak melalui telefon. Aku tertanya-tanya siapa yang menelefon rumah waktu begini.

Selang beberapa minit, mama selesai berbual lalu diletakkan kembali gangga telefon itu . Aku terus menuju ke arah mama untuk bertanya.

" Siapa yang telefon, ma ? " aku tertanya- tanya.

" Puan Faridah, Mummy Rizky. " jawab mama.

Mataku membulat saat nama tersebut disebut. Jantungku terus berdegup dengan laju.

" Kenapa mummy call ?" tanyaku lagi.
" Takde , just dorang jemput kita ke rumah dorang untuk dinner je." jelas mama.

" Oh, Bila? " aku bertanya.

" Hari Rabu ni. Nak bincang soal perkawinan koranglah, Mia. Mia ada class ke hari rabu ni ? " soal mama.

" Oh. Rasanya, takde. " jawabku ringkas.

" Baguslah. Nanti bolehlah kita pergi sama-sama dinner Rumah Rizky. " kata mama .

Aku hanya angguk sambil tersenyum. Jauh di sudut hatiku berdoa agar Rizky dapat menerimanya seadanya. Agar Rizky dapat mencintainya dan menyayanginya. Amin.

----

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now