Part 16

4.7K 128 0
                                    

"Rizky ?! " aku bersuara.

" Hmmm ? "

" Rizky dah makan tengahari ke ? " soalku.

" Belum lagi. Kenapa? " soalnya kembali.

" Oh. Jom pergi makan. Mia laparlah. Mama tak masak tengahari. " jelasku sambil tersengih-sengih.

" Oh, Mia lapar rupanya. Jomlah. Kita makan kat Restoran Tom Yam, nak ? " ajak Rizky.

" Nak . Fav Mia tu." sorakku kegembiraan.

" Oh, Samalah. Rizky pun sama. " jelasnya lagi.

Mataku bersinar-sinar. Aku mengangguk sambil tersenyum riang. Tak sabar rasanya nak makan ! seperti dah tak makan setahun ><

--Skip--


Rizky memesan Tom Yam Ayam serta dua pinggan nasi. Aku hanya memesan Jus Tembikai manakala Rizky memesan Hot Chocolate.

Baru aku tahu, rupanya Rizky ni alahan dengan kopi juga, sama seperti aku. Itu sebabnya papa tak akan minum kopi jika ada aku di rumah.

Sewaktu makan, Kami saling bertanya soal hati budi dan diri masing-masing. Almaklumlah , tak pernah berkesempatan bertanya panjang lebar soal diri masing-masing.

Banyak yang aku tau tentang diri Rizky. Ini adalah kali pertama aku keluar makan dengan Rizky, selama ni tak kesempatan . Sibuk dengan hal masing- masing.

Selesai makan , Rizky memanggil pelayan untuk membayar bil. Aku menawarkan diri untuk membayar bil namun Rizky menolak . Aku hanya menurut katanya.

--skip--


Sampai di butik, kami disambut oleh pekerja butik lalu membawa ke meja khas untuk pelanggan.

" Selamat petang . Encik hendak tempah baju ke? " soalnya .

Rizky mengeleng " Sebenarnya kami ada appointment dengan Rizal . Kami nak buat final fitting ." terang Rizky kepada pekerja tersebut.

" Kejap ye . Saya panggilkan. " pekerja itu berlalu pergi untuk memanggil Rizal.

Beberapa minit kemudian, Rizal muncul dengan membawa baju pengantin kami. Kami di bawa ke bilik persalinan . Kami mencuba dahulu baju untuk reseption di hotel . Kami menempah gaun yang berwarna kebiruan.

Sesudah memakai gaun pengantinku, aku keluar . Rizky sudah berada di luar bilik persalinan . Apabila Rizky melihatku keluar, dia memandangku dari bawah ke atas tanpa berkelip mata.

Aku berasa malu dipandang namun aku gagahkan diri berjalan ke arahnya untuk melihat cermin. Rizky tak putus-putus memandangku dari tadi.

Aku membelek-belek gaun tersebut . Rizal sibuk membetulkan saiz gaun tersebut. " Cantik tak gaun ni ? Rizky rasa , sesuai tak dengan saya ? " soalku. Rizky hanya mengangguk sambil senyum ke arahku. Aku membalas senyumannya.

Takku sangkal, dia kelihatan amat segak berpakaian kemeja putih berlengan panjang berserta toxedo hitam. Dengan rupanya yang seiras-iras Fattah Amin. Senyumannya yang boleh mencairkan semua wanita. Namun , hatiku keras untuk mencintai Rizky.

Selepas itu , kami mencuba baju kurung untuk majlis nikah di masjid . Baju kurung itu pun direka khas oleh Rizal sendiri. Aku hanya inginkan baju berwarna white pearl untuk majlis pernikahan nanti.

Kesemua baju pengantinku telah disediakan sehelai shawl setiap satu. Shawl tersebut dihiasi dengan mutiara serta manik-manik.

Aku berpuas hati dengan rekaan Rizal terhadap baju-baju pengantin kami. Semuanya menepati cita rasa aku dan Rizky. Selepas 3 jam berada di butik , kami meminta diri untuk pulang. Rizky menghantarku pulang.


Dia JodohKuWhere stories live. Discover now