" Abang ! Boleh tak sayang nak pergi masuk kedai tu. " kata Mia sambil menunjukkan jarinya ke arah kedai pakaian yang menjual baju untuk ibu-ibu mengandung . Rizky melihat ke arah kedai yang ditunjukkan Mia.
" Boleh je . Jom la. " ajak Rizky. Mereka mengatur langkah masuk ke dalam kedai tersebut. Mia membelek-belek pakaian di kedai tersebut. " Abang ! Mia nak beli baju kat sini , boleh ? Baju Mia dah tak muat la . " pinta Mia . Rizky hanya mengangguk . Rizky turut membelek pakaian yang ada di kedai tersebut. Rizky terlihat satu pakaian yang dilihatnya sesuai dengam Mia.
" Sayang, cuba ni . " ujar Rizky lalu dipadankan di badan Mia . Baju tersebut berganti tangan . Mia melangkah ke "Fitting Room " . Rizky cuma mengikuti Mia dari belakang . Mia sempat mengambil beberapa helai pakaian untuk dicuba.
Setelah beberapa minit , Mia keluar dengan memakai pakaian yang cadang oleh Rizky . Rizky memandang Mia . " Cantik " detik hati Rizky . " Okey tak , bang ? " tanya Mia sambil melihat penampilannya di cermin .
" Sayang pakai apa pun lawa la . Dont worry ! " puji Rizky sambil mengukir senyuman . Mia malu dipuji sedikian rupa . Mia menjelirkan lidahnya lalu masuk ke dalam " Fitting Room " semula.
Kemudian , Mia keluar semula dengan pakaiannya yang asal . " Macamana , sayang ? Ada tak yang sayang nak beli ? " tanya Rizky . Mia menoleh lalu memandang pakaian yang dibawanya bersama .
" Ada . Sayang nak yang tiga helai ni . " kata Mia lalu menunjukkan pakaian yang diinginkan kepada Rizky termasuklah pakaian yang Rizky cadangkan tadi . Rizky hanya tersenyum . Mereka ke kaunter pembayaran untuk membayar .
Cashier kedai tersebut melemparkan senyuman ke arah Rizky serta Mia . Mereka membalas senyuman tersebut . " Dah berapa bulan kandungan akak ni ? " sapa Juruwang tersebut .
" Hmm , dah nak masuk 5 bulan dah. " jawab Mia sambil mengusap perutnya . Rizky focus pada telefon bimbitnya . " Ohh . dah tak lama lagi tu kak . Comel je perut akak walau besar nii . Haha . Mesti baby akak pun comel . " pujinya lagi sambil menyerahkan beg plastik yang berisi pakaian tadi . Mia hanya tersengih .
Rizky memberikan wang kertas not 100 dan 50 . " Terima Kasih . Sila datang lagi . " ucap juruwang tersebut sebelum kami beredar .
" Thank you, abang . Belanja Mia . " ucap Mia sambil melihat Rizky. " Okey . No problem laa. " ucap Rizky kembali. " Okey la. Jom pergi makan . Abang dah lapar ni . Kata nak makan sushikan ? Jom ! " ajak Rizky lalu menarik lembut tangan Mia menuju ke Sushi King .
Shira keluar daripada Kedai Sukan Adidas untuk membeli kasut sukannya bagi kegunaannya bersenam . Beg kertas yang berisi kasut Adidas tersebut dibimbit berserta beg kertas yang berisi pakaian daripada kedai pakaian jenama Sprite .
Langkahnya terbantut seketika . " Lapar la pula . Pergi Starbuck la . " cadangnya lalu memulakan langkahnya ke Starbucks. Sedang dia menapak ke Starbuck, akalnya terpikir sesuatu apabila melihat Rizky dan Mia sedang makan di Sushi King .
Shira memasuki ke Sushi King bertujuan menyapa pasangan suami isteri tersebut . Langkahnya dilengokkan . Senyuman senget dihias pada wajah .
" Hai Rizky ! " sapa Shira bernada sedikit gedik . Rizky berhenti makan lalu mengenal pasti empunya suara yang menyapanya . Rizky menoleh ke arah Shira . Kemudian , riak mukanya berubah merah .
" Apa kau buat kat sini !? Apa lagi kau nak ?! " tengking Rizky lalu mengangkat punggungnya yang terasa panas . Mia tersentak melihat Rizky yang tiba-tiba berang . Shira buat tak tahu saja malah makin mendekati Rizky .
" Wuu, makin garang sayang sekarang. Jangan la marah-marah macam ni . Nanti tak hensom la . " Lagak gediknya bertambah dengan tangannya sibuk bermain dengan kolar baju Rizky . Terbeliak mata Mia melihat adegan tersebut lalu berdiri dan menepis tangan Shira daripada bermain dengan kolar baju suaminya itu .
Mata tajam Shira merenung ke arah Mia . " Eh, maaf. Kau siapa nak mengedik dengan suami aku arh ?! " bentak Mia . " Eleh, Kau ni siapa pulak ? Oh yaa, ini la Nur Miasarah. Isteri tercinta Rizky ? Nice to meet you . " sapa Shira sambil menghulurkan tangannya ke arah Mia .
" Dah lah ! Jangan layan dia ni sangat . Pompuan ni gila sebenarnya . Dah , jom . Hilang selera makan aku nampak muka dia ni . Semak ! " ucap Rizky sambil mendapatkan tangan Mia untuk meninggalkan Restoran tersebut .
Mia terpinga-pinga apabila tangannya ditarik oleh Rizky . Shira mengukir senyuman senget . " Uh ? Takpa Rizky . Sekarang kau boleh buat aku macam ni . Kau boleh benci aku , hina aku . Tapi tunggu je , aku akan pastikan kau akan melutut semula di kaki aku ! Aku janji ! . " Shira bermonolog sebelum keluar meninggalkan Restoran tersebut .
Kenderaan kepunyaan Rizky pantas membelah lebuh raya tanpa arah tuju yang jelas . Rizky meraup mukanya . Saat ini hatinya kusut teringatkan peristiwa hitam yang menimpa dirinya dulu . Mia hanya membatu tanpa sepatah perkataan .
Mia menoleh ke arah Rizky yang sedang memandu dengan perasaan kesal di hati . " Abang ? Kalau abang nak , abang berhenti dulu la . Tenangkan hati abang dulu . " pesan Mia risau melihat keadaan Rizky yang tidak stabil .
Rizky tidak mengendahkan kata-kata Mia tersebut . Perasaannya dikuasai dengan kemarahan yang membuak-buak terhadap Shira yang menghancurkan harapannya dahulu .
" Abang ? Sebenarnya siapa perempuan tadi tu ? Mia pernah jumpa ke ? " soal Mia kembali . Persoalannya tergantung tanpa jawapan seperti nasihatnya tadi . Rizky tidak menjawab malah melayan perasaannya sendiri
Mia semakin geram apabila Rizky tidak menghiraukan kata-katanya . Mia menahan geram . " Abang ! Abang dengar tak ? Jawab la soalan Mia ni . Siapa perempuan tadi tu ?! " nada Mia naik seoktaf .
Rizky tersentak . Perasaan marah Rizky semakin meningkat . " Stop , Mia ! Stop ! " jerit Rizky lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan . Mia tersentak akibat dibentak . " Abang nak Mia stop tanya siapa perempuan tak guna tu ! Abang tak nak dengar apa-apa soalan tentang dia . Faham ! " bentak Rizky sambil merenung tajam kearah Mia.
Mia hanya tertunduk kaku . Takut dengan keadaan suaminya itu . Dia hanya mengangguk . Matanya mula berkaca kerana sebak dibentak sedemikian rupa oleh kerana hal yang tak pasti.
Rizky meraup kasar wajahnya . Otaknya serabut . Dia menarik nafas dan menyambung semula perjalanan yang tergendala tadi . Mia hanya membuang pandangan ke luar tingkap sepanjang perjalanan untuk menyembunyikan perasaan sebaknya.
YOU ARE READING
Dia JodohKu
Romance"Dia Jodohku" Miasarah akur akan kehendak keluarganya untuk menjodohkan dia dengan anak sahabat kepada papanya . Lelaki yang dia sendiri tidak mengenal siapa dirinya sebenar . Dia tidak pernah menemui gerangan empunya badan . Namun dia hanya berhara...