TT 1

10.9K 731 87
                                    

Note.

Ehem nak cakap sikit sini.

📌 Awal-awal bab mungkin bosan tapi bila dah masuk bab 5, dah okey sikit. Bab 2 & 3 boleh skip kalau malas. Maafkan saya kalau ada kekurangan.

______________________________________

"Sofea Qarina!" jerit cikgu mata pelajaran Sains itu apabila dia ternampak ada anak muridnya yang sedang lena dibuai mimpi.

Safia dan Safira menahan gelak apabila kakak kembar mereka kena marah.

Sofea pula terpisat-pisat bangun daripada tidur. 'Ish, kacau daun pisang betul lah!' Gerutu hati Sofea, geram.

"Cikgu saya mengantuk ni, kalau saya tidur dalam kelas pun tetap dapat A kan? Jadi apa masalahnya?" balas Sofea selamba.

Cikgu itu menjengilkan matanya. Mukanya memerah menahan marah apabila mendengar jawapan selamba daripada anak muridnya.

"Menjawab! itu je kerja kamu," marah cikgu itu dengan wajah bengis.

"Relakslah cikgu, macam tak biasa pula saya tidur. Kalau ye pun sakit hati sebab jatuh depan bilik guru tadi tak payahlah lepaskan dekat saya," sindir Sofea. Mukanya tiada langsung perasaan takut.

Akhirnya, terlepas jua tawa rakan sekelasnya. Masing-masing tidak mampu menahan lagi daripada ketawa.

"Hahahahaha!"

Riak wajah terkejut ditayangkan oleh guru itu. 'Macam mana budak ni nampak?' Cikgu itu merenungnya tajam.

Bam!

Meja guru itu ditepuk kuat.

Sofea, Safia dan Safira tersenyum sinis, nampaknya mak singa dah nak mengamuk.

"Ouh, maknanya kamu yang letak minyak depan bilik guru ye? Berani kan kamu?"

cikgu itu bercekak pinggang dengan wajahnya yang membengis. Amarahnya meluap-meluap ingin keluar.

Sofea, Safia dan Safira tersenyum mengejek. Senyuman manis bak gula ditayang membuatkan cikgu mereka bertambah berang.

"Cikgu yang cari pasal gagalkan kertas Sains kami bertiga, siapa suruh? Well, what you do, you will get back, right?" Sinis Safia berkata.

Merah padam muka cikgu sains mereka. Bibirnya diketap menahan geram dengan tindakan biadab anak muridnya itu.

"Pergi berdiri di luar sekarang!" arah cikgu itu dengan suara lantang. Haihh sakit telinga author.

"Jangan jeritlah cikgu, sudahlah suara kalah langsuir. Sakit telinga." Safira membebel perlahan sambil menutup telinganya.

Sofea, Safia dan Safira keluar dari kelas dengan gembiranya. 'Yeaaa ponteng kelas! Eh, mana ada ponteng, kitaorang baik okey! Cikgu yang halau.'

Bak kata orang rezeki tak payah belajar jangan ditolak, maut nak jawab exam jangan dicari! Betul tak readers ku semua?

"Weii kita prank cikgu tu lagi nak?" tanya Safira dengan bibirnya mengherot senyuman penuh makna.

Sofea dan Safia tersenyum sinis. Masing-masing berpandangan. Di dalam kepala masing-masing sudah penuh dengan idea-idea nakal.

"Nakal adik kitaorang ni," sindir Sofea dan Safira serentak.

"Well... Like sister right?" balas Safira dengan senyuman bangga.

"Jomlah pergi kantin, lapar dohh," rengek Sofea sambil menggosok perutnya dengan mulut yang sudah terjuih ke depan.

"Kau memang, makanan dengan kau berpisah tiada," sindir Safia dengan jelingan.

"Dah diam. Aku yang keluar dulu. So... ikut je," balas Sofea.

Safia dan Safira mencebik. Cara cakap si kakak macam beza tiga tahun padahal beza tiga minit je pun! Masing-masing mengikuti langkah Sofea.

Tiada perasaan bersalah atau malu kerana buat begitu lagipun mereka troublemaker yang bermaruah tau. Mereka ada prinsip tersendiri.

'kau tak kacau aku, aku tak kacau kau'
                            

Mereka bertiga berjalan menuju ke kantin lalu berdiri di hadapan kaunter sambil tersengih

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Mereka bertiga berjalan menuju ke kantin lalu berdiri di hadapan kaunter sambil tersengih.

"Mak Timah oh Mak Timah! Hehehehe, macam biasa ye nasi lemak dengan lauk telur sambal, tiga," kata Sofea dengan nada ceria.

Mak Timah tersenyum, sudah biasa dengan perangai si kembar ini. Ni kalau pergi kantin sebelum waktu rehat mesti kena denda. Tiga pinggan nasi lemak lauk telur sambal diberikan pada Sofea.

"Terima kasih. Sayang... Mak Timah, muah," ucap Sofea dengan meleret sambil membuat gaya flying kiss.

"Ada, ada jelah kamu ni dah pergi makan sana," arah Mak Timah sambil tersipu-sipu malu apabila diusik.

Sofea tersengih lalu membawa makanan ke meja yang telah ditunggu oleh dua orang kembarnya.

"Nah, makanan siap." Hulur Sofea.

"Lagi dua hari birthday kita kan? Hermm, kalaulah mama dan papa masih ada mesti best," kata Safira dengan senyuman kelat.

Sofea dan Safia memandang antara satu sama lain kemudian mereka berdua mengeluh. Haihh... lah adik kembar mereka ni, manja betul maklumlah bongsulah katakan.

"Kita kan ada Ummi, dia selalu celebrate sama-sama dengan kita? Tak maulah sedih-sedih nanti tak lawa dah," pujuk Safia lembut. Senyuman manis terukir di bibirnya.

Ok readers, Ummi tu macam pengetua sekolah asrama nilah, diorang memang rapat.

"Yelah tapi tak sama," balas Safira dengan muka sedihnya.

"Safira, kita sepatutnya bersyukur sebab ada juga yang nak ambil peduli pasal birthday kita, so please, jangan merungut," kata Sofea dengan nada tegas.

"Yelah, yelah sorry," kata Safira dengan muka sedih. 'Hiks kena marah pulak titewww.'

"Good girl, aku nak korang berdua tau yang aku sayang korang lebih dari nyawa aku," kata Sofea sebak.

'Ish kenapa aku beremosi pulak ni? Nak bendera merah agaknya, hahaha.'

"Yeah we too, love you my annoying sister," ucap Safia dan Safira lalu memeluk Sofea dengan erat.

Dari jauh Ummi tersenyum melihat kemesraan si kembar.

"Just 2 days left girls, then you will get the true happiness," gumam dia perlahan dan berlalu pergi.

Done bab 1 🌈

So, macam mana? Adakah anda berpuas hati dengan Bab 1 ?

Hehehhe don't forget to vote my new story 😋

Bye ✨

2 | Triplet Troublemakers ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang