TT 14

6.1K 472 42
                                    

Sofea mengeluh perlahan. Safia dan Safira menepuk lembut bahu Sofea apabila melihat wajah gusar kakak kembar mereka.

"Jangan risau, aku yakin kau akan okey," pujuk Safia dengan senyuman nipis.

"Yup! Betul tu. Tak naklah tengok muka muram kau ni, mana perginya Sofea yang dingin?" kata Safira pula.

"Ye, aku taulah adik ku sayang. Dah, jom kita masuk kelas."

Senyuman kecil terukir di bibirnya. Mereka bertiga berjalan menuju ke kelas.

Sebaik sampai di depan pintu kelas, Sofea menarik nafas sebelum meneruskan langkahnya.

Dia tersenyum lega apabila kelibat lelaki yang dia tidak mahu jumpa belum sampai tetapi senyumannya mengendur apabila wajah Ayan pula yang menyapa pandangan matanya.

"Hai sweetie, awal hari ini datang," tegur Ayan walaupun ianya lebih kepada menyindir.

"Diamlah kau, babun! Elok-elok kau tengah duduk atas kerusi sekarang ni, aku campak juga kau masuk dalam kolam ikan dekat bawah tu nanti," ugut Sofea dengan jelingan.

"Macamlah kuat," balas Ayan.

"Awal hari ini kau datang Safia?"tanya Aidan.

"Tak fahamlah aku dengan kau ni, lambat salah, awal pun salah. Lagipun aku malas nak hadap muka penjaga pintu sekolah ni, dahlah tak handsome," kutuk Safia dengan nada selamba.

"Hahahhaha! Padan muka kau! Tapi memang kau tak handsome pun," sokong Amsyar dengan tawanya.

"Kau pun samalah!" jerkah Sofea, Safia dan Safira.

Amsyar yang sedang ketawa dan tersenyum riang terus terdiam dan wajahnya berubah kepada masam mencuka.

"Sampainya hati kamu semua, hiks I want to cry," kata Amsyar dengan air mata palsunya.

"Bodoh eh? Tak makan ubat ke pagi tadi? Geli aku tengok, kau ni kembar sajat agaknya." Bidas Safira dengan senyuman sinis.

"Kau ni..." kata-kata Amsyar dipotong oleh ketua kelas mereka.

"Selamat pagi cikgu Tan."

Amsyar mendengus geram. Bibirnya diketap menahan rasa di hati. Wajah ketua kelas mereka dipandang tajam.

"Waktu nilah kau nak bersuara, potong jugak kau punya lidah tu baru tau," kata Amsyar di dalam hati.

"Baiklah kamu semua boleh duduk. Ouh, sebelum tu saya nak memperkenalkan dua orang pelajar baru kepada kamu semua. Yang dekat luar tu boleh masuk," kata cikgu perempuan berbangsa cina itu seraya memanggil masuk pelajar baru.

Wajah Sofea berubah pucat. Air liur ditelan kasar sebaik matanya dapat menangkap figura lelaki yang amat dia kenali.

Sebaik lelaki itu memandang ke arah pelajar yang berada di dalam kelas itu dirinya juga terkejut bila ternampak seorang gadis yang dia kenal pada suatu masa dulu. Mereka bertentangan mata sebelum gadis itu melarikan pandangannya.

"Korang berdua boleh perkenalkan diri masing-masing," arah cikgu Tan dengan senyuman.

"Aku, Amar Adrian."

"Hai! Aku Amar Aqasha, adik kembar Amar Adrian." Ceria sahaja si adik memperkenalkan diri. Lain benar kalau nak dibandingkan dengan abangnya.

"Baiklah, kamu berdua boleh duduk di tempat duduk bahagian kiri sebelah Sofea. Sofea sila angkat tangan kamu," arah cikgu Tan.

Sofea mengeluh perlahan. Perlahan-lahan tangannya diangkat. Amar Adrian dan Amar Aqasha berjalan menuju ke arah tempat duduk mereka.

Amar Adrian duduk di sebelah dalam bersebelahan dengan tingkap manakala Amar Aqasha duduk di sebelah luar.

2 | Triplet Troublemakers ✔️Where stories live. Discover now