TT 12

6.1K 513 34
                                    

Perhatian! Bab ini terdapat flashback jadi janganlah keliru ye
👉👈

Hope all of you enjoy this chapter ❤️

                                                                 

Safia dan Safira memandang wajah dingin Sofea. Sofea yang tengah sarapan di meja makan memandang adik kembarnya dengan pandangan pelik.

"Kenapa pandang aku macam tu?" tanya Sofea.

"Kau marah lagi ke dekat Ayan?" jawab Safia beserta soalan.

"Bukan urusan kau," jawab Sofea dengan nada dinginnya.

"Hermm, okey," balas Sofea dan Safia serentak dengan suara perlahan.

"Korang berdua pergilah dulu, aku ada benda nak kena buat," kata Sofea.

Safia dan Safira mengangguk. Mereka berdua tidak berani untuk bertanya lagi.

Setelah selesai sarapan, mereka bertiga menaiki kereta masing-masing dengan hala tuju yang berbeza.

                          ⭐⭐⭐

Sofea pov

Sofea memberhentikan kereta Audi R8 miliknya di hadapan sebuah taman rekreasi.

Dia turun dari kereta lalu berjalan mendekati bangku yang berdekatan dan duduk di situ.

Rambutnya diselitkan ke belakang telinga apabila angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambutnya berterbangan sedikit.

Tasik yang berada di hadapan matanya menjadi tatapan. Satu keluhan berat dilepaskan apabila otaknya mengingati memori lama yang tidak mahu dia ingat.

Flashback

Buk!

Seorang pelajar perempuan jatuh terduduk apabila dirinya dilanggar oleh seorang jejaka yang tinggi lampai.

"Buta ke?!" jerkah Sofea.

"Tolong sikit eh, kau yang lari tak tengok orang sekeliling lepastu nak marah-marah," bidas si jejaka.

Sofea memandang jejaka di hadapannya dengan pandangan tajam. Tapi bila difikirkan balik betul juga. Lama kelamaan dia tersengih sendiri.

"Maaf, sebenarnya aku dah lambat nak pergi kelas. By the way, murid baru ke?" kata Sofea dengan soalan.

"Boleh dikatakan macam tulah, mama aku jadi cikgu sementara dekat sini. Aku Amar Adrian," balas jejaka itu sambil memperkenalkan dirinya.

Sofea tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Dirinya teruja apabila lelaki itu memperkenalkan namanya yang sedap ditambah pula lelaki itu memiliki rupa paras yang kacak.

Amar terkedu melihat senyuman manis gadis itu. Perasaan apakah ini?

"Janganlah senyum, cair tau. Kau nak tak jadi girlfriend aku?" tanya Amar dengan kenyitan mata.

"Ish, mengarutlah. Ermm sebenarnya aku dah lambat ni. Byee." Sofea terus berlari meninggalkan lelaki itu. Pipinya yang memerah ditekup malu.

"Hey, nama kau apa?" jerit Amar.

"Sofea!" balas Sofea.

End of Flashback

2 | Triplet Troublemakers ✔️Where stories live. Discover now