TT 25

4.6K 365 38
                                    

Sofea tersedar daripada lenanya apabila cahaya matahari memancar ke arah matanya. Kesan silau itu membuatkan dia pantas menutup mata.

Terkebil-kebil mata dia apabila ada bantal di bawah kepalanya. Siapa yang letak? Pasti Amar Adrian, takkanlah hantu bangunan lama ni pulak.

Dia menggerak-gerakkan badannya sedikit supaya tidak berasa lenguh dan kejang.

Dahinya berkerut apabila telinganya dapat menangkap suara orang bercakap.

"Papa kata cuma nak culik dia je bukannya jadikan dia pelacur kan? Kenapa tiba-tiba papa buat keputusan macam ni?" bentak seseorang.

Sofea pasti yang itu suara Amar Adrian. Pelacur? Menggigil seluruh tubuh badannya apabila mendengar perkataan itu.

Perlahan-lahan dia berundur beberapa tapak ke belakang.

"Sebab duitlah bengap. Kau dengar sini Ad, kalau kau cuba rosakkan rancangan aku, aku tak akan teragak-agak untuk buat kau merana. Ingat tu." 

Itu sahaja yang dirinya dengar sebelum dia duduk dan memeluk tubuhnya. Matanya berkaca-kaca. Perasaan takut menguasai diri Sofea.

Bukan ini yang dia nak. Bukan kehidupan macam ni yang dia inginkan. Kepalanya digeleng beberapa kali sambil bahunya terhinjut-hinjut kerana menangis.

Klak!

Bunyi pintu terbuka menarik perhatiannya. Kelibat Amar Adrian menyapa pandangan. Sofea berundur ke belakang sambil matanya memandang bawah.

Amar Adrian memandang pelik ke arah Sofea. Kenapa gadis itu kelihatan takut? Atau... Sofea sudah dengar segalanya. Dia berjalan mendekati Sofea.

"Sofea kau ok..." Belum sempat dia habia cakap, Sofea sudah terlebih dahulu memotong.

"Pergi! Jangan dekat!" jerkah Sofea.

Amar Adrian terkesima. Dia tetap mendekati gadis itu dan mencangkung di hadapan gadis itu. Kasihan dia melihat wajah Sofea yang takut itu.

"Shhh... jangan risau. Aku ada, aku akan tolong kau," pujuk Ayan sebelum dia menarik gadis itu ke dalam dakapan. Bukan mengambil kesempatan tetapi sekadar untuk menenangkan gadis itu.

Dia dapat rasakan yang dadanya sudah basah lecun dengan air mata Sofea. Perlahan-lahan belakang gadis itu diusap.

"Aku takut Amar, aku takut. Aku dengar tadi. Semuanya," luah Sofea.

"I'm sorry sayang. I'm sorry. Aku janji aku akan bawa kau keluar daripada tempat neraka ni. Sikit je lagi kau kena tunggu, okey?" pujuk Amar Adrian lembut.

Sofea menolak perlahan badan Amar Adrian sambil mengangguk. Dia tidak memandang ke arah Amar Adrian kerana pipinya yang memerah.

"Janji?" tanya Sofea.

"Ye, janji," jawab Amar Adrian.

"Tipu! Dulu pun kau pernah janji tapi kau mungkir," kata Sofea.

"Jadi, janji ini ialah sebagai gantinya," kata Amar sambil tersenyum.

"Aku dah ada rancangan. Kau ikut je dan kau akan selamat, faham?" tanya Amar Adrian.

Sofea pantas mengangguk. Tidak sanggup dia mahu jadi pelacur pada usia yang muda. Gila ke!

                         ⭐⭐⭐

Ayan, Amsyar dan Aidan masuk ke dalam bangunan lama itu. Ianya kelihatan usang dan agak menyeramkan. Ayan menggenggam kemas beg yang berisi duit itu.

"Kau pasti ke tiada hantu? Aku takut ada hantu betina terpikat dengan aku yang handsome lagikan kacak ni," kata Amsyar sambil meneguk air liur kesat.

2 | Triplet Troublemakers ✔️Where stories live. Discover now