TT 21

4.6K 368 33
                                    

Suasana di tempat perkumpulan agak tegang dan sunyi. Masing-masing termenung memikirkan cara untuk mencari Sofea yang menghilang secara tiba-tiba.

Ayan merengus kasar. Batu-batu di sekitar situ ditendang sekuat hati. Dia berjalan ke kulur dan ke hilir. Dirinya risau akan gadis itu.

Dalam keadaan malam begini, macam-macam boleh berlaku. Rambutnya pula dikusutkan. Argghh, stress!

Pap!

Badan Ayan ditepuk kuat oleh Safia. Ayan yang tengah serabut mengerang kesakitan apabila badannya dapat habuan yang berbisa.

"Kau kenapa? Sakit tau tak!" tengking Ayan dengan muka geram.

"Relakslah bro, kau ni kenapa nak marah-marah?" tanya Aidan.

"Awek kau tulah pukul aku. Dahlah sakit," jawab Ayan sambil menjeling ke arah Safia.

"Padan muka! Kau tau tak perangai kau tu annoying? Erghhh, tak taulah nak cakap macam mana," marah Safia sambil berpeluk tubuh.

Ayan mengetap bibirnya. Dia menjauhkan dirinya daripada Safia kerana takut dirinya tidak dapat dikawal nanti. Tak pasal-pasal ada yang muka lebam.

Kedatangan Abang Far ke arah mereka membuatkan Ayan meluru laju ke arah lelaki itu.

"Abang, macam mana dengan kawan saya? Ada apa-apa perkembangan ke?" tanya Ayan dengan nada risau.

"Ye betul tu abang, macam mana dengan kakak kembar kami?" tanya Safia dan Safira.

Abang Far mengeluh perlahan. Kepalanya digeleng perlahan. Dia memegang bahu Ayan perlahan.

"Maafkan saya tapi takde apa-apa berita. Kita tiada jalan lain selain tunggu pagi esok. Jangan risau, esok bomba akan datang untuk mencari kawan awak," jawab abang Far.

Ayan tertunduk lesu. Di dalam kepalanya hanya satu iaitu Sofea. Satu-satunya perempuan yang bertahta di dalam hatinya.

Ayan duduk di atas padang rumput itu setelah penat berdiri. Tangannya menongkat dagu sambil matanya melihat para pelajar yang berkumpul sama sepertinya juga.

Amsyar menggelengkan kepalanya apabila dia melihat kawannya itu tidak ubah seperti kucing hilang anak. Perlahan dia mendekati lelaki itu sebelum bahu ayan ditepuk lembut.

"Janganlah risau sangat, insyaallah Sofea akan okey," pujuk Amsyar seraya tersenyum segaris.

"Entahlah Am, aku bukan apa aku cuma risau. Aku takut aku hilang dia. Memanglah kitaorang baru je in relationship tapi aku sayang gila dekat dia. Aku... Aku tak nak hilang dia," luah Ayan dengan nada sayu.

"Aku minta maaf kalau aku pukul kau kuat sangat tadi. Aku cuma rasa yang kau ni annoying. Bukan kau sorang yang risau. Bukan kau sorang yang tengah sedih sekarang ni," celah Safia dengan pandangan dingin.

Ayan tertunduk memandang bawah. Betul apa yang Sofea katakan tu. Bibirnya mengeluarkan satu keluhan berat.

"Aku minta maaf," pinta Ayan perlahan.

"Sokay, yang penting kita semua bekerjasama," kata Safia.

Tiba-tiba kedatangan Abang Farhan dengan Kak Aira mengundang pertanyaan di benak fikiran mereka berlima.

"Kenapa ni Abang Far, kak Aira?" tanya Aidan.

"Maaf mengganggu, abang nak tanya apa yang berlaku sebenarnya tadi?" tanya Abang Far.

"Kitaorang kena kacau dengan pocong, itu yang kitaorang lari macam tak cukup tanah," jawab Ayan selaku ketua kumpulan.

"Hah, pocong? Kalau tak silap abang, dalam aktiviti ni takde pula yang kena menyamar jadi pocong. Kebanyakannya menyorak di sebalik pokok-pokok je," kata Abang Far berserta penjelasan.

2 | Triplet Troublemakers ✔️Where stories live. Discover now