TT 10

6.6K 545 33
                                    

Triplets Troublemaker melangkah keluar daripada rumah dengan muka masam mencuka.

Tiga buah motor superbike yang sudah berada di hadapan pintu pagar rumah dipandang tajam.

Ayan, Aidan dan Amsyar tersengih-sengih memandang si gadis. Puan Khalisha memandang pelik ke arah anaknya lalu dia juga melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

"Sofea pergi dengan boyfriend ke?" usik Puan Khalisha.

Sofea mencebik. Satu jelingan dihadiahkan pada Ayan. Belum sempat dia menjawab, Ayan sudah mencelah.

"Haah, aunty saya boyfriend dia. Ermmm... aunty nampak cantik dan berseri-seri hari ini," puji Ayan dengan senyuman mesra.

Membulat mata Triplets Troublemaker. Puan Khalisha pula sudah menggelengkan kepalanya.

"Amboi, pandai ye nak ambil hati aunty. Panggil mama je mana tau betul-betul jadi menantu." Ramah Puan Khalisha membalas.

"Mama!" jerit si kembar dengan muka cemberut.

"Hehehhe, mama gurau je tapi kalau betul pun apa salahnya kan? Hahaha! Dah-dah pergi sekolah cepat nanti lambat," kata Puan Khalisha dengan tawanya.

"Mama nama saya Ayan tau. Yang ni Aidan dan yang ni pula Amsyar. Hehhehe." Ayan memperkenalkan dirinya dan rakan-rakannya kepada Puan Khalisha sambil tersengih.

"Iyelah, ni jaga anak mama elok-elok," kata Puan Khalisha seraya menitipkan pesanan buat jejaka itu.

The Royals mengangguk sambil membuat jari gaya okey 👌. Sofea mendengus geram. Mereka bertiga bersalaman dengan mama mereka sebelum pergi ke sekolah.

Dia berjalan keluar dari pagar rumah bersama adik kembarnya. Sebaik sampai di luar rumah telinga Ayan ditarik oleh Sofea.

"Aduh! Aduh! Sakitlah, sayang!" Ayan meringis kesakitan apabila telinganya ditarik.

"Apa sayang-sayang? Mengadalah lagi depan mama aku, padan muka. Kau buat lagi aku cari boyfriend lain. Huh!" ugut Sofea berbaur amaran.

"Alololo, sayang merajuk ke ni? Comel lah dia bila merajuk. Hahaha, okey-okey, I'm sorry. Jom kita pergi sekolah." Ayan memberikan helmet kepada Sofea sambil tersengih.

Safia, Safira, Aidan dan Amsyar hanya memerhati pergaduhan mereka berdua. Safia tersenyum mengejek.

"Dengar tu, aku cari boyfriend lain nanti," kata Safia.

"Beranilah buat. Dah jom kita pergi sekolah," kata Aidan dengan jelingan.

Triplets Troublemaker naik motor bersama The Royals dengan pasangan masing-masing. Superbike The Royals meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan si kembar.

                          ⭐⭐⭐

Safia dan Aidan pov

"Aidan, merajuk ke?" tanya Safia.

"Hermm." Ringkas sahaja ayat yang keluar daripada mulut Aidan.

Safia tersenyum. Nak gelak pun ada bila abang pengawas yang dingin pandai merajuk.

"Kanda jangan marah-marah nanti takut lekas tua, dinda setia orangnya takkan pernah mendua." Safia menyanyi sambil mencucuk-cucuk pipi Aidan.

"Safia aku tengah bawa motor ni, nanti bukan sampai sekolah tapi sampai kubur pula," tegur Aidan.

"Alaaa, merajuk lagi ke? Tak macho lah lelaki merajuk," ejek Safia.

"Mana ada, kau ni mengarutlah," nafi Aidan.

2 | Triplet Troublemakers ✔️Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ