TT 27

4.7K 347 20
                                    

"Hahahahha serius lah kak? Ish tak romantik betul!"

Terkekeh-kekeh Safia, Safira, Amsyar dan Aidan ketawa. Sofea juga turut tertawa kecil apabila melihat wajah cemberut Ayan.

"Biarlah, sekurang-kurangnya aku beranilah jugak. Huh!"

Ayan membela dirinya sambil menguis cadar katil Sofea. Rona wajahnya sedikit merah kerana malu.

"Sayang ni jahatlah! Suka bocor rahsia," omel Ayan geram.

"Hhaahha aku gurau je. Safia dengan Safira yang ejek bukan aku," kata Sofea sambil tersengih.

"Takde, kau pun sama. Dua kali lima je dengan empat ekor babun tu," bebel Ayan.

Membulat mata Safia dan yang lain. Safira pula sudah bercekak pinggang sambil matanya merenung Ayan.

"Jangan main-main, aku tak restu nanti baru tau," kata Safira dengan nada bongkak.

Ayan mencebik.

"Tak kisah, mama dah bagi restu. Restu kau tak laku," balas Ayan selamba.

"Bengong punya abang ipar," bengang Safira.

Krek!

"Amboi, amboi! Seronok betul berbual ye sampai tak ingat dunia. Dari luar boleh dengar suara kamu berenam."

Tersentak mereka semua apabila mendengar suara Puan Khalisha. Masing-masing tersengih seperti kerang busuk.

"Apa yang restu-restunya? Gatal ye, tunggu lepas SPM dulu baru fikir pasal kahwin semua. Ini tak, bercinta je, buku dah baca?" soal Ummi dengan nada tegas.

Sofea meneguk air liur. The Royals menggosok belakang tengkuk masing-masing. Malu kerana ditegur sedemikian.

"Belum, Ummi," jawab mereka serentak.

"Hari ni je boleh pergi dating lepastu Ummi nak semua belajar. SPM dah nak dekat. Kamu bertiga kalau tak dapat result yang baik jangan harap nak kahwin dengan anak dara Ummi," ugut wanita itu.

"Saya sokong tu. Kamu jangan main-main." Puan Khalisha memberikan renungan tajam.

"Baik Ummi! Demi buah hati yang tersayang, jawab soalan matematik seratus kali pun kami sanggup," kata The Royals serentak.

Triplets Troublemaker sudah memutarkan mata sambil mengangkat tangan letak di bahu. Menyampah!

"Poyo," sindir Sofea.

"Sofea barang semua dah kemas? Hari ni kamu keluar kan?" tanya Ummi.

"Haah Ummi, dah kemas dah," jawab Sofea.

"Ni Ayan, boleh kamu dengan kawan kamu hantar anak dara mama? Mama dengan Ummi ada hal sikit. Bukan hal apa, nak borak-borak je," tanya Puan Khalisha.

"Kitaorang free je mama, errrr... kalau nak bawa diorang jalan-jalan boleh kan?" soal Ayan sambil tersengih.

"Sebelum Maghrib balik," balas Puan Khalisha.

"Baik bos!"

                           ⭐⭐⭐



The Royals dengan Triplets Troublemaker berjalan di shopping complex bersama pasangan masing-masing.

Ayan setia berjalan di sisi Sofea. Kerana tembakan itu, perutnya masih lagi belum boleh renyah. Terpaksalah dia jalan perlahan-lahan.

"Kau okey tak? Kalau tak okey kita balik spend time dekat rumah je," kata Ayan dengan nada risau.

2 | Triplet Troublemakers ✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora