TT 22

4.6K 333 17
                                    

Sofea memalingkan wajahnya ke arah lain. Tidak sanggup untuk melihat muka si pengkhianat. Benci!

Orang yang pernah dia sayang. Orang yang pernah tinggalkan luka yang dalam di hatinya kini merupakan penyebab dia berada di sini.

"Sofea, aku..."

Jeda.

Dia tidak menyambung kata-katanya tetapi duduk berhadapan dengan Sofea. Sofea dapat rasakan yang lelaki itu memandangnya dengan mata yang tidak berkelip.

Sofea buat-buat tak nampak. Kalau boleh telinga dia tak nak dengar satu pun penjelasan.

"Keluar." Satu perkataan. Cukup untuk membuatkan dia mengeluh berat. 'Ahh, kesah apa aku!'

"Sofea, aku tau aku salah. Aku minta maaf. Aku terpaksa. Kalau aku cerita pun bukannya kau faham."

Dia menjauhkan sedikit kedudukannya dengan Sofea. Sekali lagi bibirnya mengeluh berat. Takkan dah menyesal.

"Sudahlah Amar. Lebih baik kau keluar sebelum kasut aku masuk dalam mulut kau. Tangan aku je yang berikat tapi kaki aku tak." Sofea menghalau sambil mengugut.

Sakit matanya melihat muka lelaki itu. Harap muka je kacak tapi otak letak dekat lutut!

Amar Adrian membuka langkah mendekati Sofea sebelum tangan gadis itu ditarik lembut.

"Ish, apa ni?" Sofea menjerit geram.

Amar tidak menghiraukan amarah Sofea malah dia membuka ikatan pada tangan Sofea. Dia terpaksa bersubahat dengan ayahnya. Bukan kehendaknya pun lagipun rasa cinta pada gadis itu tidak pernah pudar.

Sofea terkedu. Apa sebenarnya yang ada dalam kepala Amar Adrian ni? Atau lelaki itu berlakon jadi jahat kerana cuba untuk selamatkan dia? Kalau betul, dia nak minta maaf sebab bertindak kasar tadi kalau tidak, boleh tak nak lempang?

"Aku mungkin tak boleh bebaskan kau tapi... kalau nak lepaskan ikatan dekat tangan kau bolehlah," kata Amar perlahan.

"Aku benci kau! Dulu kau tinggalkan aku macam tu je dan sekarang kau culik aku pulak? Apa salah aku Amar? Kalau kau nak balas dendam, aku yang sepatutnya buat. Eeee, kalau aku tau plan kau dah lama aku culik kau jual dekat Siam!" Sofea sempat lagi membebel. Tak sedar diri betul yang dirinya diculik!

Amar tertawa kecil. Lucu mungkin dengan keletah Sofea. Dalam masa yang sama Sofea terpegun. Sudah lama dia tidak lihat lelaki itu ketawa. Lama sangat. Sebab dirinya ke? Tapi tidak mungkin sebab lelaki itu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dirinya.

"Kau tak pernah berubah. Nak tahu sesuatu? Aku rasa keputusan untuk tinggalkan kau dulu sebenarnya bagus sebab kalau tak mesti kau akan lagi terluka. Ak... aku pun sakit tengok kau sedih," tuturnya perlahan.

Sofea memandang Amar dengan pandangan jengkel. Sudahlah, lelaki semua sama! Masa bercinta bukan main manis bila nak berpisah tinggalkan macam tu je.

Kepada readers lelaki, anda jangan kecam saya pula 😌 saya tau kadang-kadang perempuan pun salah.

Sofea merengus kasar. Bengang pula bila lelaki itu tidak keluar-keluar dari tadi. Kenapa lelaki itu sibuk nak jaga dia sedangkan lelaki itu yang menculiknya?

"Keluarlah Amar. Aku tak nak tengok muka kau. Aku benci." Muka Sofea dikalihkan ke arah lain.

"Betul kau nak aku keluar?" tanya dia perlahan.

Sofea menggigit hujung bibirnya perlahan. Dia terkaku apabila melihat ada air hangat di tubir mata Amar.

"Kenapa kau nangis?" Soalan itu akhirnya keluar daripada bibir Sofea.

2 | Triplet Troublemakers ✔️Where stories live. Discover now