" Aku.. Aku cuma..."

" Nak lari dari aku? " soal Joanne. Lama Joanne merenung mata Areum. Areum pula hanya mampu diam begitu juga Arin. Arin mengigit bibir. Ah, sepatutnya dia tidak patut masuk campur tadi. Lama mereka bertiga mendiamkan diri di tengah-tengah jalan yang sibuk itu.

" Tak apa Areum. Aku hormat apa sahaja keputusan kau. Aku cuma nak ajak kau dan yang lain lepak dengan aku. Lagipun aku ada cipta alatan baru sebab tu aku nak kamu semua yang tengok ciptaan aku dulu,hihihi.." kata Joanne lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Areum hanya menunduk. Sumpah, dia rasa bersalah yang amat kerana salah faham dengan rakan baiknya sendiri.

" Eh, Haera! Laura! " Arin melambai-lambai tangannya dengan gembira. Begitu juga Laura namun Haera hanya menundukkan kepalanya.

" Hai guys! Ini ha Haera tak beberapa sihat jadi aku hantarkan dia sampai sini. Aku ada hal yang aku perlu uruskan ni. Bye!" kata Laura lalu mula membuka langkah meninggalkan sekumpulan gadis itu.

" Ouh, terima kasih temankan Haera! Bye! " kata Joanne. Yang lain hanya senyum pada Laura sambil melambai tangan. Laura menoleh kepalanya ke belakang sedikit lalu melambai mereka perlahan.

Namun, suara dan jeritan yang muncul dalam suasana yang tenang itu membuatkan ramai orang terkejut dan geram. Dari jauh,kelihat sepuak manusia yang memakai pakaian all black berlari-lari dengan mulut yang bising.

 Dari jauh,kelihat sepuak manusia yang memakai pakaian all black berlari-lari dengan mulut yang bising

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ha sampai dah monyet-monyet tu." kata Areum lalu belakangnya di pukul laju oleh Arin. Joanne hanya mampu ketawa dengan ayat Areum dan Haera hanya tersenyum.

" Guys! "

" J-ae! " Arin memanggil nama salah seorang rakannya yang baru tiba itu dengan semangatnya. Mana taknya, dari semalam lagi dia tidak nampak J-ae. J-ae dan seorang lagi gadis yang mereka kenali berlari menuju ke arah mereka.

" Kau baru balik dari mana? " soal Areum.

" Training." sepatah sahaja J-ae menjawab yang lain pula mengangguk faham.

" Hai Akeira! " Joanne senyum melihat Akeira yang kembali mengikat rambutnya yang sudah serabut itu.

" Hai Joanne btw kau orang ada nampak tak Hara? " soal Akeira yang nampak seperti sedang mengejar sesuatu.

" Laura kami nampaklah." kata Joanne yang lain hanya mengangguk tanda setuju.

" Ya dia dah pergi dulu." kata Joanne sebelum sempat Akeira bertanya. Akeira memuncungkan bibirnya.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now