Aku termalu sendiri.

"Sorry. Waalaikum mussalam,"

Dia panggil apa tadi? Sayang? Aku dah cair melebur dah ni. Suami siapa ni? Lebih-lebih bila mendengar ketawa kecilnya.

"Penat ke jalan-jalan harini?" soalnya.

"Penat." rengekku. Bibir dicebik, peduli apa walaupun tahu yang Hamidi tak nampak aku cebik bibir.

"Mana tak penatnya kalau dari tengahari sampai ke maghrib berjalannya, Puan Aisya oi."

Aku mencebik.

"Phone pun dibuat silent mode. Isteri siapa entah." sambungnya lagi. Aku gigit bibir bawah.

"Sorry, Kitorang keluar tadi, semuanya pakat tukar silent mode. Kononnya tak nak ada gangguan, tak sangka pula boleh buat orang lain risau..." balasku perlahan. Diakhir ayat, semakin perlahan suaraku.

"La Baksa, lain kali jangan buat lagi." balasnya.

Tang mana aku ada sebut bakso nya?

"Bakso? Saya ada sebut bakso ke tadi?"

Aku dengar dia ketawa kecil.

"Bukanlah..."

"Habistu?"

"Tak ada apa, lupakan je."

Sunyi menemani buat seketika sebelum Hamidi memecahkan kesunyian dengan menanyakan aku soalan.

"Aisya dah solat isyak, belum?"

"Belum, terlelap tadi lepas maghrib." jawabku.

"Kesian dia, penat ye jalan-jalan?" lembut sahaja suaranya bertutur, seolah-olah bercakap dengan kanak-kanak berusia 5tahun.

"Penat." jawabku sambil mengangguk, macamlah Hamidi boleh nampak.

"Tak apalah, Aisya pergi solat dulu. Lepastu tidur, esok nak bangun solat subuh pula." katanya. Aku mengemam bibir. Hendak diluah malu, jika dipendam melepas.

"Aisya?" panggilnya sebaik aku tidak membalas kata-katanya.

"Hmm,"

"Kenapa ni?"

"Tak ada apa-apa, saya nak pergi solat Isyak dulu."

"Okay, Assalamualaikum.."

"Hmm..."

"Jawab salam Aisya." mendatar suaranya.

Aku diam.

"Isteri saya okay tak ni?" soalnya.

"Waalaikumussalam."

Sebaik menjawab salam. Aku mematikan panggilan. Baru semalam merasa tidur sebilik. Malam ni sudah perlu berpisah tempat tidur dengan jarak yang bukanlah dekat.

Malas melayan perasaan, aku bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'.

Fardu Isyak ditunaikan tanpa imam. Macam tak biasa pula kau, Ecca. Usai menunaikan kewajipan yang satu itu. Aku keluar bilik sambil memegang telefon mummy. Nak pulangkan balik phone dia.

Bilik mummy ditujui. Pintu diketuk. Tidak lama kemudian terjengul wajah mummy.

"Yes?"

"Your phone." ucapkan lalu menghulurkan phone milik mummy.

"Phone Ecca mana? Lepas Isyak tadi dia call you tak dapat-dapat."

"Tengah charge."

"Yelah, mummy nak pesan yang sekarang jumlah manusia yang risaukan you semakin bertambah. Ingat, jangan lewa dalam setiap perkara."

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now