Jaga anak kita, Noah.











AKU dengar bunyi alunan yasin memenuhi ruangan bilik. Aku cuba membuka mata dan aku kini boleh melihat sekeliling bilik. Ada mama, papa, mummy, daddy, Airis, Haikal, Julia, Izzat dan semua kawan aku termasuk Lydia dan Hilman. Apa mereka buat dekat sini? Aku dah mati ke?

Aku menyentuh tangan Noah dan dia terkejut melihat aku yang sudah terjaga. "Noah, kenapa semua dekat sini?"

"Alissa sayang!" Jerit Noah dan memeluk tubuhku lalu menangis dengan kuat.

Jujur, kali pertama aku melihatnya menangis. Kenapa ni?

"Kenapa you nangis, Noah? Kan I dah beranak? Mana anak kita?" Aku ketawa kecil di hujung kata. Menutup resah. Padahal dalam hati dah berdebar.

"Anak kita..." Noah masih lagi menangis tersedu sedan. Dia tak mampu mahu meneruskan kata. Aku jadi pelik. Kenapa dengan semua ni?

Tiba tiba seorang jururawat masuk dan menolak baby strecher mendekati aku. Senyuman aku tak boleh disorokkan. Anak aku! Aku membetulkan duduk dan mendepakan tangan mahu menyambut anak aku.

Bila baby stretcher itu berhenti dihadapan aku, aku tergamam. Kenapa dia dibalut dengan kain putih. Tak! Tak mungkin. Aku merenung wajah Noah dan dia mengangguk kecil lalu menyela air matanya.

Aku merenung sekujur tubuh bayi dihadapan aku. Perlahan lahan aku mengangkat keluar dan aku memeluknya. Sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa. Anak aku dah meninggal. Sempit rasa dadaku melihat anak aku dan Noah terbaring kaku.

"Anak kita perempuan kan Noah?" Suaraku sudah mula serak menahan tangisan. Aku mencium dahi anak kecil itu lama. Anak mama tak sempat nak jumpa mama dan papa dia. Tak sempat nak melihat dunia.

"Cantik macam I kan?" Aku ketawa kecil. Cuba menutup resah hati padahal laju air mata turun ke pipi bagai air terjun.

Noah tersenyum pahit dan mengelus rambutku. "Ya sayang, dia cantik macam you."

"Mama dengan papa keluar dulu ya." Melihat aku dan Noah seperti mahu bercakap, semua orang habis bacaan yasin dan keluar dari wad aku.

Aku merenung wajah putih mulus dan bersih anakku. Anak aku. Anak aku dan Noah. Lambang cinta aku dan Noah. Anak mama tunggu mama dekat syurga ya?

"Anak kita meninggal sebab dia pramatang dab jantung dia tak ada degupan lepas dia keluar. Masa you pengsan tu, dia dah tak ada degupan jantung. I... I rasa bersalah." Noah menunduk menekur lantai.

"You dah azankan dia?" Suaraku perlahan.

Noah memgangguk dan itu membuatkan aku menangis lagi. Aku tak mampu nak bawa ujian ini di bahu aku. Ini terlalu berat untuk aku, ya allah.

"I nak namakan dia, Noell Amanda." Nama yang aku impikan bila aku ada anak perempuan.

"Boleh sayang." Jawab Noah dan memeluk aku ketat. Bersama anak kami, Noell.

Aku cium pipinya buat kali terakhir dan mengucap salam kepadanya. Harap nanti anak mama tunggu mama dan papa di syurga ya?












PINGGAN makanan didepanku masih penuh dengan makanan yang enak enak tapi, dengan keadaan aku sekarang ni, aku tak mampu nak telan apa apa.

Aku menunduk dan merenung perutku yang kembali leper. Tiada lagi bunyi degupan jantung dan rasa sepakan kaki si kecil. Tiada semua itu membuatkan aku rasa kosong. Aku rasa nak menangis lagi tapi aku penat. Lagi lagi dengan badanku yang masih lemah.

Klik! Bunyi pintu dibuka oleh Noah dari bilik air. Noah melintasi aku dan duduk disebelah aku. "Kenapa tak makan?"

"I tak ada selera." Suaraku mula serak kembali. Sebelum ni aku aku tak pernah faham akan perasaan orang yang hilang anaknya atau gugur. Ya aku sedih, tapi aku tak rasa apa apa pun. Sekarang perasaan ni memberi effect yang kuat kepada aku.

"Alissa... you kena makan. Nanti baru Noell gembira dengan mak dia. Eh?" Pujuk Noah.

Noell, dengar nama tu lagi membuatkan aku nak nangis. "Nantilah I makan, I tengah tak ada selera"

Noah mengangguk dan dia diam.

"Bila pengebumian dia?" Soalku.

"Kejap lagi, I nak pergilah ni." Jawab Noah keterpaksaan, nampak sangat dia tak mampu nak tahan.

"I nak ikut boleh?" Tanyaku berhati hati. Padahal tadi awal awal doktor cakap aku tak boleh ikut sebab keadaanku masih tak stabil.

"Tak boleh, sayang. Kan doktor tak bagi?"

"Please, Noah I nak ikut. Ni kali terakhir I tengok muka anak I." Rayuku.

"Anak you anak I juga, tolonglah Al, I faham dengan perasaan you tapi tolonglah berikan kerjasama. I sedih, you pun sedih, kan?" Pujuk Noah lagi.

Kemarahan aku mula memuncak. "Apa hak you tak bagi I pergi pengebumian anak I?" Jeritku.

Noah meramad rambutnya. "No Al! Bukannya I tak bagi you ikut, it's just that the doctor tak bagi you ikut, you nak I buat apa?"

Aku diam dan menentang mata Noah. "Oh sekarang ni you nak ikut cakap doktor tu? Ok, fine! You pergi, dan tak payah jumpa I lagi." Aku memusingkan badan kearah bertentangan dan tidak mempedulikan Noah.

Noah cuma menyentuh bahuku tapi aku menepis. "Al tolonglah faham."

"Tak, I totally get you. You taknak anak you jumpa mak dia yang tak mampu jaga dia dengan baik. Fine Noah! I faham I ni siapa, I silap! I tak jaga anak kita dengan betul, sebab apa? Sebab kalau dia ada dekat sini, mesti dia hidup lagi!" Jeritku kuat bergema. Lantaklah aku ni derhaka ke sebab aku jerit.

"Alissa, bukan macam tu, I..."

"Get out, Noah! Get out! Sebelum I panggil nurse halau you baik you keluar on your own." Kataku tanpa melihat mukanya. Malas nak bertekak lagi.

Noah mengeluh. "Ok Alissa. I ikut ca... cakap you. Apa apa nanti call I ya, i love you." Kata Noah sebelum keluar dari wad aku.

Aku memusingkan badan dan perlahan lahan air mata aku turun lagi. Aku menangis lagi.


















Hi guys sorry lama tak update 17 & Married. Sorry juga kalau chapter ni boring... or kalau rasa nak membenci, sila HAHAHAHAH. Please vote ya guys, kita dah nak sampai 2k votes dah. Anddd lagi 6-7 chap nak habis, i akan try habiskan cerita ni before habis 2019

Kalau boleh, bacalah cerita second I, Misi Memikat Hati Mr Pilot, hehe I selalu update cerita tu. soo go read and vote ya. Thank u!

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now