🔮Bab 44

8.5K 1K 172
                                    


Song: Inallaha ma'ana - Medina ft Ummi Pipik.

Digalakkan untuk dengar lagu ini sambil baca chapter ni.

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku"💍

Bella POV

"Amanda..." mataku terbuka perlahan-lahan saat terasa belaian lembut dipipiku.

"Mak tok..." bisikku perlahan saat melihat sosok mak tok yang tersenyum kepadaku sambil duduk di atas katil di sampingku.

"Bagunlah cik...tak guna kalau cik hanya menangis. Perabih ayaq mata untuk dia yang dah takdak. Bangun mengadu dan menangis untuk Allah adalah lebih baik. Tidak ada yang akan kekal di sisi kita melainkan hanya Dia, Allah. Belajar redha." nasihat mak tok lembut sambil menggenggam tanganku.

"Tapi sakit mak tok. Amanda cintakan dia...sayangkan dia. Sayang sangat. Amanda rasa macam nak mati ikut dia...Amanda rasa macam dah tak kuat lagi mak tok."

"Amanda...cik ada tanggungjawab lagi yang cik nak kena sempurnakan. Sebagai ibu." ujar mak tok lalu menyentuh lembut perutku yang sedang membonyot.

"Membesarkan anak ini dalam kenal kepada siapa Tuhannya. Mendidik dia untuk menjadi khalifah yang terbaik di atas muka bumi ni."

Air mataku mengalir perlahan-lahan.

"Redha itu seakan-akan sukar mak tok..."

"Ya cik...tapi ingat apa Allah kata dalam surah Ali-Imran ayat 139. Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."

"Makin banyak ujian yang cik hadap, makin tinggi darjat cik di sisi Allah. Kita hidup di alam dunia tak lama cik, sat saja. Perjalanan hidup kita di alam akhirat nu yang sebetuinya lagi lama, hidup kita yang sebetuinya dekat sana kalau cik nak bahagia kat sana, Sabaqlah cik, ujian tu memang perit sebab syurga tu maneh."

"Tolong Amanda mak tok. Amanda rindu sangat dekat mak tok, rindu nak baring atas riba mak tok sambil dengaq suara merdu mak tok mengaji tiap-tiap malam. Rindu nak dengar nasihat mak tok."

"Mak tok jauh sekarang ni. Amanda bangun la, Allah kan ada walaupun mak tok tak ada. Cukup Allah sebaik-baiknya tempat Amanda mengadu dan bergantung, Allah tidak pernah janji hidup di dunia akan beroleh bahagia sentiasa tetapi Allah memang janji selepas kita terseksa dan derita dalam luka ujian, Dia pasti akan hadirkan pula penawar dan pelangi indah untuk mengembalikan kembali seri kehidupan, kerana Allah itu Maha Adil cik..."

"Bangunlah cik...Allah pun rindu dekat cik jugak."

Aku terjaga daripada tidur, mimpi mak tok hadir dan berbual-bual kepadaku benar-benar terasa nyata. Seakan-akan jelas di pendengaran bisikan nasihat mak tok yang penuh kasih sayang dan kelembutan.

Allah pun rindu dekat cik jugak...

Kata-kata terakhir itu menjentik hatiku. Aku memegang pipi yang terasa basah. Menangis lagi...
Tangan yang memeluk baju baginda ini aku pandang sejenak. Sudah dua minggu sejak peristiwa di rumah permakaman itu, saat pulang ke istana aku hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Siapapun aku tidak mahu jumpa, termasuk Fateh yang cuba untuk bertemu denganku. Mungkin dia risau dengan keadaanku. Aku bahkan langsung tidak bercakap sepatahpun dengan suri-suriku. Makanan pun aku jarang bersentuh. Pesanan mak tok di dalam mimpi tadi benar-benar memberi sedikit kekuatan kepadaku untuk lebih bersemangat dalam menghadapi semua kenyataan ini.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now