Part 51

5.6K 292 18
                                    

Selasa

Aku dan Irfan berdiri di hadapan sebuah rumah banglo berkembar.

"Waktu ni gak la Add ajak bercuti sama²"Kataku sebelum mengeluh.

"Yo!"Kami melihat belakang.

Semua rakan-rakanku sudah berada di belakang.

"Aik, asal korang kat sini?"Tanyaku pelik.

"Add call ajak kitorang bercuti sekali"Aku hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Ceh, baru fikir nak bersweet dengan isteri aku"Aku menjeling Irfan.

"Ha sampai pon korang"Kami memandang ke arah muka pintu dan terlihat Syahir dan Syaqir bersama isteri mereka.

Kami ke arah mereka.

"So asal tetiba buang tabiat ajak kitorang bercuti sekali ni?"Tanya Ameira pelik.

"Salah ke? Besides korang dah macam keluarga kitorang so tak salah kalau nak ajak korang"Kata Syaqir sinis.

"Anak korang mana?"Tanya Syaraf.

"Dalam rumah, tengah main"Kami hanya menganggukkan kepala kami sahaja.

Kami masuk ke dalam rumah dan aku diserang oleh anak-anak buahku.

"Mak su!"Jerit mereka bertiga.

"Cutenya dorang~"Mereka memandang ke arah rakan-rakanku sebelum mereka menyorok di belakangku.

"Mak su, sape ni?"Tanya Iman.

"Kawan² mak su la sape lagi"Kataku.

"La, takkan dah tak kenal dorang lepas perkahwinan pak su dengan mak su?"Tanya Irfan sinis.

"Eh pak su!"Iman dan Adriel pula menyerang Irfan manakala Maya masih lagi memeluk kakiku.

"Maya, salam la kawan² mak su tu. Dorang bukannya makan orang pon"Maya dengan malunya ke arah rakan-rakanku sebelum menyalami yang wanita sahaja.

"Maya walaupon kecik lagi dah pandai jaga batas antara perempuan dengan lelaki"Trang Moon.

"Dia pakai tudung pon cute"Maya dengan malunya berlari ke arahku manakala rakan-rakanku tergelak kecil.

"So, bilik kitorang yang mana?"Tanyaku.

"Sebab rumah ni berkembar, lelaki dan perempuan diasingkan"Terang Syahir.

"Eh, yang dah kawin pon kena ke?"Tanya Irfan, memandang ke arah Syahir.

"Jangan pandang aku, Myssa yang cadangkan. Aku pon taknak jauh dari isteri aku"Syahir mengeluh manakala aku dan Myssa tergelak kecil.

"Kesian la dekat yang single ni, bukan selalu dapat tidur sama²"Rakan-rakanku yang belum lagi berkahwin sudah menganggukkan kepala mereka.

"Sape suruh tak kawin lagi, jodoh pon dah depan mata je"Semua menjeling ke arah Syaqir yang hanya buat-buat tidak nampak sahaja.

"Pastu anak kita?"Tanya Syahir.

"Maya tidur dengan kami la, takkan la nak tidur dengan papa dia? Maya pon sorang je perempuan"Syahir mencebikkan mulutnya manakala Myssa hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Kalau camtu jom sayang, kita tidur hotel je"Irfan menarikku manakala aku memukul bahunya dengan lembut.

"Eh² jangan nak menggedik, kita semua kena tidur sini"Kata Azleen setelah menarikku.

"Alin, nak tak aku potong gaji kau?"Mata Azleen membuntang luas manakala aku tergelak kecil.

"Dah², jom akak tunjuk bilik kita"Kami hanya akur lalu mengikuti Mia daripada belakang manakala para lelaki mengikuti Syaqir.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now