Part 28

9K 524 20
                                    

Rabu

Aku dan Azleen turun ke dapur setelah habis mandi. Terlihat Syahir sedang makan nasi goreng.

"Mana abang Id?"Tanyaku.

"Die dah keluar dulu, katanya ada mesyuarat"Terang Syahir.

"Adam?"Tanya Azleen manakala aku dan Syahir tersengih ke arah Azleen.

Suka betul die dengan kembar aku tu.

"Morning..."Suara Adam kedengaran di tangga.

Kami memandang ke arah Adam yang menguap kecil sambil menutup mulutnya menggunakan tangan kanan.

"Kau masuk sukan ape?"Tanyaku.

"Id cakap basketball"Kata Adam.

"Oh okey. Abang Add, Tyra bawak bekal je la. Bye-bye~"Kataku, sudah mahu beredar keluar.

"Tunggu la aku. Aku dah la tak tahu selok-belok sekolah kau"Kata Adam.

"Hish kau ni, cepat la"Adam mengambil bekalnya lalu beredar bersama aku dan Azleen.

Skip

Akhirnya kami sampai di sekolah.

"Kau pergi la dulu, aku nak teman budak ni gi kelas"Kataku sambil tunjuk ke arah Adam.

"Okay then, bye"Kata Azleen sebelum beredar pergi. Aku dan Adam terus beredar untuk mencari Syaqir.

Semua murid perempuan sudah mula berbisik-bisik sesama sendiri semasa kami berjalan di koridor. Akhirnya kami jumpa Syaqir yang baru sahaja mahu membuka pintu kelas.

"Cikgu Syaqir, Adam masuk kelas ape?"Tanyaku setelah berdiri di hadapan Syaqir.

"Kelas kita. Tyra masuk la dulu"Aku hanya akur lalu masuk ke dalam kelas.

Setelah aku masuk, Syaqir pula masuk diikuti Adam.

"Baik semua, harini kita akan ade rakan baru. Sila perkenalkan diri"Liyana dan pengikutnya sudah bermain dengan rambut mereka manakala aku menggulingkan bebola mataku.

"Assalamualaikum semua, nama aku Adam Syazmin. Selamat berkenalan"Kata Adam sambil melambaikan tangan kepada kami semua.

"Baik Adam, kamu boleh duduk di sebelah Athirah"Adam akur lalu duduk di sebelahku. Azleen pindah ke hadapan kerana kami ditangkap berbual ketika Syaqir sedang mengajar di hadapan.

Terasa seperti Zarif sedang menjeling ke arah tempat Adam.

"Just ignore him"Bisikku manakala Adam menganggukkan kepalanya secara perlahan.

"Baiklah, mari kita mulakan pembelajaran"Kata Syaqir sebelum menulis sesuatu di papan putih diikuti kami.

Rehat

"Weh Tyra, kau bawak bekal kan? Nak sikit"Minta El sambil tersengih.

"Ye², Am lak minta kat Alin"Ameira hanya akur.

"Hi Adam, jom rehat sama² nak?"Tanya seorang gerangan. Sudah tentulah manusia tersebut merupakan Liyana.

"Takpelah, aku nak rehat dalam kelas"Kata Adam, tidak memandang Liyana.

"You bawak bekal? Nak rasa sikit"Kata Liyana, sudah mengambil sudu Adam.

Baru sahaja Liyana mahu mencedok nasi Adam, aku menepis tangannya menyebabkan nasi jatuh semula ke dalam bekas.

"Dia tak kata pon kau boleh makan bekal die kan? Yang kau terus rembat macam gangster pahal?"Tanyaku dingin.

"Eh dia bagi, kan Adam?"Tanya Liyana dengan gediknya.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now