Part 33

8K 494 13
                                    

Ahad

Aku terbangun daripada mimpiku setelah terdengar bunyi jam loceng. Setelah aku menutup loceng, aku masuk ke dalam bilik mandi. Setelah mandi, aku mengenakan baju putih berlengan panjang, seluar adidas hitam dan tudung bawal hitam.

Aku turun ke bawah dan terlihat Adam sedang mengulangkaji lagi tetapi kali ini dia mengulangkaji tentang fizik. Aku ke arahnya sebelum meminum kopinya.

"Oi, mintak la dulu kalau ye pon"Marah Adam manakala aku tersengih.

"Sedap la kau buat kopi. Kau masih study ke?"Tanyaku.

"Ha'ah, aku pilih yang mana aku lemah aje. Kau tu?"Aku memuncungkan bibir.

"Aku addmath dengan kimia memang fail. Ajar la aku"Pujukku.

"Kau ni, meh la aku ajar"Aku tersengih lalu belajar bersama Adam.

Baru sahaja lima minit, aku sudah membaringkan kepalaku di atas meja.

"Penatnya!"Kataku.

"Kau baru belajar 5 minit dah penat"Marah Adam seperti seorang guru.

"Kau tu dari dulu lagi pelajar cemerlang"Kataku.

"Kau tu je yang malas sangat"Aku menjeling Adam.

"Dah la, aku nak buat breakfast"Kataku sebelum ke arah dapur.

Skip

Setelah beberapa minit, makanan telah dihidangkan. Syahir dan Syaqir akhirnya turun ke dapur dan duduk di meja makan bersama Adam.

"Sorry Qis sebab Qis terpaksa buat breakfast. Lagipon harini abang cuti"Kata Syahir sebelum menguap.

"Takpe, lagipon abang Add kan penat bekerja. Nanti Qis keluar tau?"Mintaku sebelum mengambil roti bakar dan memasukkannya ke dalam mulut.

"Qis nak ke mana?"Tanya Syaqir.

"Nak gi mall, nak beli buku"Syaqir hanya akur.

"Balik sebelum pukul empat"Aku hanya akur sebelum ke arah pintu dan memakai kasut Air Nike milikku. Aku ke arah motor Ninja hitamku lalu keluar daripada perkarangan rumah.

Sampai sahaja di pusat membeli-belah, aku naik ke tingkat 5 di mana terletaknya Popular Book. Setelah membeli 5 komik, aku ke arah Sushi King pula dan membeli beberapa sushi kesukaanku. Di tangga, aku ternampak kedai haiwan. Aku masuk ke dalam untuk mencuci mata.

Tiba-tiba aku tertarik dengan seekor anak kucing yang mukanya serupa seperti garfiel, cuma warna bulunya sahaja tidak sama.

"Kak, umur anak kucing ni berapa dan berapa harganya?"Tanyaku.

"Oh, anak kucing ni baru umur 9 bulan dan harganya RM50 kalau seekor"Kata wanita tersebut.

Mataku sudah bersinar.

"Betul ke kak?! Okey saya beli" Kataku sebelum mengeluarkan wang sebanyak lima puluh ringgit lalu diberikan kepada wanita tersebut.

Tiba-tiba sahaja dia memberikan aku sebuah beg plastik setelah dia memberikan anak kucing kepadaku.

"Kenapa bagi saya makanan kucing ni sekali?"Tanyaku pelik.

"Sebab Tyra ni adik Syahir right?"Eh cemane dia boleh kenal aku dengan abang Add? Dia guna kuasa baca minda ke?

"Cemana akak boleh kenal saya dengan abang Add?"Tanyaku pelik.

"Kitorang kawan sejak tadika lagi, cuma jarang jumpa. By the way, nama akak Myssa"Kata Myssa manakala aku hanya menganggukkan kepalaku.

Target locked. Mission completed to find another sister-in-law.

"Oh okay, nanti saya bagitau abang Add yang akak kirim salam. Saya balik dulu"Kataku sambil tersenyum ke arahnya sebelum beredar ke tingkat 2.

Sedang aku berjalan ke arah motorsikalku, boleh pula aku terserempak dengan Zarid. Aku hanya buat bodoh sahaja lalu berjalan ke arah motorsikal milikku.

Tiba-tiba seseorang menarikku daripada belakang.

"Lepas la mangkok!"Marahku sambil menepis tangan Zarid.

"Ira please, kita kapel semula"Aku tergelak. Dia nak buat lawak apa dekat tengah-tengah parkir ni?

"Seingat aku, kita tak pernah ada hubungan. And, trash can't be recycle if you don't know" Kataku sinis.

"Ira please"Zarid mendesakku sebelum memegang lenganku.

"Aku kata taknak kan? Kau tak faham bahasa ke?!"Marahku lagi.

"Let her go!"

Kami melihat gerangan tersebut. Aku sudah tersenyum. Thank god Adam ada.

Adam menarikku untuk menyorok di belakangnya.

"Kau pahal tarik dia?!"Marah Zarid.

"And you are?"Tanya Adam dingin.

"Aku pakwe dia"Kata Zarid dengan sombongnya. Orang lain yang dengar pon mau terjun daripada bangunan.

"Hell no!"Kataku keras sambil menjeling Zarid daripada bahu Adam.

"Kau lak sape nak pegang² dia?!"Tanya Zarid, tidak menghiraukanku.

"Aku abang dia, pahal?"Zarid terdiam. Ha tu la, sape suruh tak datang sekolah masa kitorang buat pengakuan macam tadi?

"Aku taknak kau sentuh or rapat dengan adik aku lagi sebelum kau kena tumbuk dengan aku. Go!"Zarid beredar sambil mendengus geram.

"Ingat Ira! Tak lama lagi kau akan ada dalam genggaman aku!"Aku menjelirkan lidah ke arah Zarid.

Zarid akhirnya menghilangkan diri daripada penglihatanku.

"I thought you were studying?"Tanyaku.

"Add suruh aku beli kek dekat McD. Yang kau pegang tu apa?"Tanya Adam pelik sambil melihat kotak di tangan kananku.

"Oh aku beli lima komik, sushi and anak kucing. Comel bhaii"Kataku sebelum tunjuk anak kucing yang berada di dalam kotak yang berlubang agar anak kucing tersebut mudah untuk bernafas.

Adam hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Dah jom balik, geng² kite dah ada dekat rumah"Terang Adam.

"Kena belajar lagi!"Adam tergelak kecil sebelum kami beredar ke rumah.



Sorry if it's a little bit short. Please vote, comment and follow. See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now