Part 35

8K 500 26
                                    

Irfan Pov

"Assalamualaikum"Kataku sambil membuka kasut.

"Waalaikumussalam, ha panjang umur kau. Cepat sikit mandi tu, nanti tak sempat solat maghrib terus azab kau"Kata Izran sambil memegang sudip. Aku tengok mamat ni dah serupa macam makcik.

"Ajal aku ada kat tangan kau ke? Takkan. Dah aku nak gi naik atas. Makan malam jangan lupa panggil aku"Izran hanya akur.

Aku naik ke atas dan masuk ke dalam bilikku sebelum mandi setelah meletakkan kesemua barangku di dalam bilik bacaan. Setelah itu, aku solat maghrib.

Skip

Sedang aku membuat kerja, Ira datang ke arahku.

"Rif, dah jumpa kerja untuk aku tak?"Tanya Ira.

"Dah, kerja klinik haiwan dekat sebelah kedai buku favourite Ira" Kataku, tidak memandangnya.

"Ira kerja dengan siapa?"Tanya Ira

"Ingat tak Tyra yang jiran kita dulu?"Tanyaku sambil memandang Ira yang menganggukkan kepalanya.

"Ingat, kenapa dengan dia?"Tanya Ira .

"Dia la bos Ira"Mata Ira bersinar.

"Yes! Jumpa kak Tyra esok!"Kata Ira gembira manakala aku hanya menggelengkan kepala sahaja melihat telatah adikku yang sudah berumur 15 tahun.

Irdam masuk pula setelah Ira habis melompat seperti katak.

"Ira, Rif, makan malam dah siap" Kami hanya akur.

Kami keluar daripada bilik bacaan dan turun ke dapur untuk makan makanan yang telah dihidangkan.

Selasa (8.00 pagi) *Athirah POV*

Aku memakai baju hitam lengan panjang, seluar berwarna tan dan shawl berwarna beige. Aku keluar daripada rumah setelah memakai kasut Adidas berwarna putih. Aku pergi ke arah klinik milikku dengan menaiki kereta Toyota Civic.

Setelah sampai di hadapan pintu klinik, aku mengeluarkan kunci. Aku terasa seseorang menepuk bahuku lalu memandang belakang. Kelihatan seorang perempuan sedang tersengih sambil memandangku.

"Ira right?"Tanyaku sambil tersenyum.

"Yep, lama tak jumpa akak"Kata Ira sambil tersengih.

"Bukan harini Ira sekolah ke?"Tanyaku.

"Cuti seminggu je sebab semua cikgu ada khursus"Macam tu pulak?

Aku membuka pintu dan kucingku yang aku tinggal berlari ke arah kami.

"Comelnya kucing ni. Apa nama dia?"Tanya Ira sambil membelai kucingku.

"Kembar"Kataku.

"Peliknya nama. Kenapa bagi nama dia kembar?"Aku tersengih.

"Cuba tengok muka dia betul². Macam Garfiel kan?"Ira menganggukkan kepalanya.

"That's why akak panggil dia kembar"Terangku sebelum mengambil baju kemeja berwarna putih.

"Dah berapa tahun?"Tanya Ira sambil mengangkat kucingku.

"Dua tahun I guess"Kataku.

Pintu dikuak dan terpapar wajah Azleen.

"Assalamualaikum"Kata Azleen.

"Waalaikumussalam, panjang umur kau"Kataku.

"Eh Ira, kerja sini ke?"Ira menganggukkan kepalanya.

"Kau kenal Ira?"Tanyaku pelik.

"Ha'ah. Aku kerja dekat office Irf and Ira kadang² datang sebab Irf boleh pulak lupa fail penting"Azleen mengeluh manakala aku tergelak kecil.

"By the way, mana makanan aku?"Tanyaku.

"Nah"Azleen menghulurkan nasi goreng yang aku minta kepadanya..

"Thanks, sayang kau"Kataku sambil menghadiahkan flying kiss kepadanya.

"Eww, sape je sayang kau?"Tanya Azleen jijik.

"Abang² aku"Kataku sambil tersengih.

"Kak, ada orang datang"Aku menganggukkan kepalaku ke arah Ira.

"Kau tunggu aku, jangan makan lagi"Aku memberi amaran kepada Azleen.

"Cepat sikit, aku dah lapar ni"Kata Azleen manakala aku hanya akur sahaja.

Aku terus memulakan kerja harianku seperti biasa.

Skip

Setelah siap melayan mereka yang datang, aku dan Ira duduk di meja bersama Azleen.

"Tak boleh lama lagi ke?"Perli Azleen.

"Nak boleh je. Biar aku habis bersihkan najis arnab dulu"Kataku sambil berdiri.

"Ep, kau nak kena tampar dekat atas dahi kau tu ke?"Tanya Azleen sambil menjelingku.

Aku menggulingkan bebola mataku.

"Kau kata kau lapar kan? Makan la"Arahku sebelum mengambil sesuap nasi dan masuk ke dalam mulutku.

Azleen hanya diam membisu lalu mengambil nasi goreng kampungnya dan Ira makan makanan yang dibekalkan oleh Izran.

8.30 malam

"Dah masa tutup kedai"Kataku riang.

"Akak dah cek semuanya?"Aku menganggukkan kepalaku.

"Ira balik naik ape?"Tanyaku.

Tiba-tiba pintu dikuak dan terpapar wajah Irdam.

"Ha Ir, panjang umur"Kata Ira.

"Ey Irdam, lama tak jumpa. Makin tinggi eh?"Kataku sambil tersengih.

"Hai kak Tyra"Kata Irdam, menghadiahkan senyuman ke arahku.

"Irdam sama umur macam Ira kan?"Tanyaku.

"Eh tak, saya baru 16 tahun"Kata Irdam.

"Ouh, sebab masa korang kecik dulu macam kembar"Kataku sambil tersengih.

"Sebab Irdam dulu pendek"Ira tergelak.

"Dah jom balik. Izran dah masak makan malam"Terang Irdam.

"Oh okey, bye kak Tyra~"Ira melambaikan tangannya lalu beredar bersama Irdam.

Aku menutup semua suis dan mengunci pintu sebelum terus balik ke rumahku. Home Sweet Home.

Irfan Pov

Sedang aku membuat kerja di bilik bacaan, telefon pintarku berdering. Aku mengambil telefon pintarku yang berada di sebelah lalu menekan punat hijau.

"Hello, who is this?"Tanyaku sambil mengangkat dokumen di tangan.

"Jangan nak buat² tak kenal, Irfan. Jadi bagaimana?"

Aku memegang dahiku. Masalah muncul sudah.

"Makcik Lisa, saya tetap takkan kawin dengan anak kawan makcik. MUK. TA. MAT!"Kataku, sedikit geram dengan makcik ku yang memang kepala batu.

"Eh kau fikir aku kisah? Lagi seminggu ni kalau kau tak bawak bakal isteri kau, kau tetap akan kawin dengan Liyana, faham?!"Kata makcikku sebelum talian terus ditamatkan.

Aku membaling telefon pintarku ke lantai. Nasib baik telefon pintar itu tidak retak kerana diselamatkan oleh tikar.

Aku mengeluh sambil mengurut batang hidungku. Tiba-tiba mentol menyala muncul di atas kepalaku.

"I know who to call..."Omelku perlahan.

"Call who?"

Aku memandang di hadapanku. Terlihat Izran yang memegang beberapa dokumen di tangannya.

"Someone who can save me from this forced marriage"Terangku sambil menunjukkan senyuman sinis.



Siapakah gerangan yang akan Irfan bawa? Sila vote, comment and follow. See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now