Part 2

16.8K 950 37
                                    

Sampai sahaja di kantin, aku baru sahaja perasan bahawa aku lupa membawa dompetku. Aku menepuk dahiku.

"Aku lupe nak ambik dompet pulak. Nanti aku cari korang tau?"Kataku.

"Okay, kitorang tunggu kau kat taman sana"Aku menganggukkan kepala sebelum beredar ke kelas.

Setelah mengambil dompetku, aku keluar daripada kelas. Tanpa sengaja, aku terlanggar seorang hamba Allah yang tidakku tahu jantinanya.

"Sorry!"Kataku menggelabah setelah aku sedar bahawa aku telah menjatuhkan buku manusia tersebut. Aku mengambil nota milik manusia tersebut sambil menepuk buku itu untuk membuang sebarang kekotoran. Rasa macam aku ni bodoh sekejap pulak.

Apabila aku memandang manusia tersebut, terus hilang segala kebaikanku.

"Ceh, kau rupanya. Nah"Aku menghulurkan nota itu kepada manusia tersebut dengan rasa malas.

"Tadi bukan kemain baik. Asal tetibe bertukar jadi setan?"Tanya Irfan, masih lagi memandangku seperti aku orang bawahannya.

Urat merah sudah muncul di kepalaku. Itupun jika boleh berlaku.

"Sebab kau yang mula jadi cam setan dulu. So kenapa aku nak kena jadi malaikat untuk kau?"Tanyaku sambil mengangkat kening sebelah.

Irfan terdiam sambil memandangku.

"Cat got your tongue?"Tanyaku sinis sebelum beredar. Daripada aku tunggu dia jawab, baik aku gi makan sebab aku dah kebulur.

Aku ke arah taman sekolah yang terdapat pelbagai bunga dan tempat tersebut juga agak terpencil daripada penglihatan pengawas atau guru.

"Sorry sebab lambat, ade setan halang laluan aku"Kataku selamba setelah melabuhkan punggung di hadapan El yang membuka plastik makanannya.

"Takpe, aku baru je nak makan"Kata El sebelum mengunyah roti coklat miliknya.

"Am mana?"Tanyaku sambil melihat persekitana kami. Batang hidung dia pun aku tak nampak.

"Dia ade hal kat padang pulak. Die tu masuk larian 100 meter"Terang El setelah habis mengunyah makanan di dalam mulut.

"Dia masuk larian 100 meter?Kalah aku woii"Kataku dengan muka yang terkejut manakala El tergelak kecil.

"Ini kalau main kejar2 dengan die, confirm die menang"Aku menganggukkan kepalaku tanda setuju.

Habis sahaja masa rehat, kami berjalan ke arah kelas untuk memulakan pembelajaran yang seterusnya. Dalam perjalanan ke kelas, kami terdengar beberapa pelajar perempuan menjerit seperti terkena histeria.

"Ape hal dorang tu?Ade orang kena rasuk ke?"Tanyaku pelik melihat perangai mereka. Sekolah ni pun berhantu macam sekolah aku ke?

"Hottest Guy la tu"Kata El sambil mengeluh.

"Who?"Tanyaku pelik. Ape kebende nama kumpulan macam tu.

"Hottest Guy ade 5 ahli and that is Irfan, ketua pengawas dan juga dikategorikan sebagai pelajar paling famous dekat sekolah ni"Aku hampir tercekik air liur dengan penerangan El.

Mamat tu, hensem?Nenek aku yang dalam kubur pon boleh bangkit semula tahu?

"Then kita ade Izran, adik Irfan dan ketua pelajar dekat sekolah ni. Kasyaf lak ketua bola sepak, Syaraf ketua bola keranjang and Syamer pengerusi dalam kelab seni. Aku selalu panggil die Levi sebab muka die nak dekat serupa dengan anime favourite aku"Terang El dengan panjang lebarnya.

"Dah la weh, sampai tua pon takkan habis cerita kau pasal Levi kau tu"El tersengih.Kami masuk ke dalam kelas sebelum duduk di tempat sendiri dan sambung belajar.

Sedang kami tekun belajar, seorang hamba Allah tekah mengetuk pintu kelas kami.

"Assalamualaikum"Suara yang garau kedengaran di telingaku.

"Waalaikumussalam, oh kamu rupanya Irfan"Dengar sahaja nama Irfan, semua pelajar perempuan daripada kelasku sudah berasa segar. Waktu belajat tadi bukan kemain mengantuk.

"Kenapa ye?"Tanya cikgu, masih lagi memegang buku teks Sejarah di tangan kirinya.

"Saya mahu berjumpa dengan Athirah Qistina, boleh?"Tanya Irfan dengan sopan-santunnya.

"Bala dah sampai lak"Omelku perlahan tetapi didengari oleh rakanku yang berada di hadapan. Mereka menahan tawa mereka yang akan meletus.

"Ha Athirah, pergi ikut Irfan"Aku mengeluh perlahan.

Aku nak lari boleh tak? Atau lompat dari tingkap ke?

"Baik cikgu"Aku hanya akur lalu berdiri. Aku pun beredar mengikuti Irfan dari belakang.

Beberapa jelingan telah dihadiahkan kepadaku sebelum kami keluar. Apa korang fikir aku nak ke jantan ni?Nak gi la ambik die.



Maaf jika pendek. Please vote, comment and follow~ See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now