Part 21

9.4K 574 30
                                    

Setelah beberapa jam yang memenatkan, akhirnya kami sampai juga ke destinasi kami. Semua pengawas turun daripada bas dengan muka yang baru bangun daripada tidur. Kasyaf pula sudah menguap sebesar-besarnya.

"Okay semua, cikgu nak kamu letak beg kamu di tepi dan kita akan mendirikan khemah. Satu khemah dua orang atau lebih. Dah siap nanti, pergi ambik air wudhuk dan gi solat berjemaah"Arah Syaqir manakala kami hanya akur.

Setelah siap mendirikan khemah, aku dan Azleen berehat sebentar di dalam khemah.

"Penatnya!"Kataku.

"Weh tengok Liyana dengan geng die, boleh lagi suruh Syaf dengan Irf tolong dorang. Pehlease, lemah giler dorang tu"Aku memandang ke arah Liyana.

"Terima kasih sayang~"Kata Liyana dengan kuatnya seperti mahu satu dunia dengar.

Sorry but do you think I will be jealous? Big mistake.

"Eh Tyra, kau dah siap ke?"Tanya Irfan dengan senyuman manis bak gula kasar. Kenapa gula kasar? Sebab dia jarang senyum. Jadi aku petiklah nama gula kasar.

"Eh tak la. Nak buat lagi ni"Kataku, berloyar buruk.

"Bagus la. Atleast korang lagi pandai dari sotong ni"Kata Irfan sebelum tunjuk ke arah belakangnya.

"You ni jahat la"Kata Liyana dengan gediknya.

"Ada aku kisah? Dah aku nak gi solat"Kata Irfan lalu beredar bersama Kasyaf dan aku serta Azleen mengikuti mereka daripada belakang.

Skip

Setelah habis solat, kami makan di bawah sebuah pondok yang agak besar. Aku, Azleen, Irfan dan Kasyaf duduk di bawah pokok. Malas mahu duduk di tempat yang sempit.

"Aku dengar lepas makan ni kita gi daki bukit"Kata Kasyaf.

"Memang favourite kitorang ah kalau pasal daki bukit ni"Kata Azleen sinis.

"Tulah, pastu waktu malam ade night walk atau burung hantu. Yang tu aku lagi suka sebab boleh dengar budak² gedik menjerit. Gentle lawak duh"Kataku.

"Tantah korang yang jerit"Kata Irfan manakala Kasyaf menahan gelak.

Aku dan Azleen membaling kotak air yang sudah kosong ke arah mereka berdua.

"Adui! Okay² I'm sorry!"Kata Irfan, cuba menahan dirinya daripada disakiti.

"Weh cikgu dah panggil"Kata Azleen setelah nampak cikgu Mia melambai ke arah kami.

Kami ke arah kumpulan yang sudah beratur.

"Baik semua, kita akan masuk ke dalam hutan secara berkumpulan. Cikgu taknak masuk dalam je terus tergedik-gedik terutamanya Liyana and the gang. Faham?"Kami menahan gelak manakala Liyana dan pengikutnya menahan malu.

And that's why I love my bro!

"Faham!"Kata kami serentak sebelum mula bergerak.

Syaqir berada di hadapan manakala cikgu Mia berada di belakang sekali. Kasyaf dan Azleen berada di belakang Syaqir manakala aku dan Irfan berada di hadapan cikgu Mia.

"Cikgu, malam ni ada ape je?"Tanyaku sambil memandang ke arah cikgu.

"Makan barbeque. Athirah suka?"Tanya cikgu Mia.

"Not really tapi ade kentang ke?"Tanyaku lagi.

"Ade. Nanti cikgu simpan banyak² untuk Athirah"Kata cikgu Mia sambil tersenyum.

"Yes, sebab ni saya sayang cikgu"Kataku sambil tersengih.

"Aku ni taknak sayang?"Tanya Irfan dengan muka tidak malunya.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now