Part 20

9.8K 582 9
                                    

Sabtu

"Hurry up woman! We're late!"Jeritku dari tingkat bawah.

"Sabo nenek! Aku tak jumpa phone aku!"Aku menepuk dahiku. Mahu aje aku seret minah sekor ni.

"Malam semalam taknak kemas beg. Pukul 6 baru nak kemas"Kata Syahir sambil menggelengkan kepalanya. Yes guys, kami sudah lambat. Si alien ni tak bangun-bangun masa aku kejutkan dia. Sekarang dah pukul berapa? 6.30, tepat-tepat nak kena gerak.

"Okay jom!"Azleen turun dengan begnya. Kami terus masuk ke dalam kereta milik Syahir.

Setelah sampai di sekolah, kami mengeluarkan beg kami daripada but belakang.

"Call abang kalau ade masa"Pesan Syahir kepadaku.

"I know. Bye abang Add"Kataku sebelum menyalami Syahir dan kami beredar masuk ke dalam sekolah.

Kami ke arah kantin dan terlihat ramai pengawas sudah berkumpul.

"Eh, kenapa lambat?"Tanya Syaqir sinis manakala aku menjelingnya. Dah tahu buat bodoh pulak.

"Ade alien buat hal"Azleen menyiku pinggangku manakala Syaqir menggelengkan kepalanya.

"Dah², kamu berdua kumpulan 8"Kami hanya akur lalu beredar ke kumpulan kami.

"Oooh~ Kita sama group la"Kata Kasyaf sambil tersengih.

"Kau ni macam budak² la"Kasyaf menjeling Irfan yang berada di sebelahnya.

"Asal sotong panas ade kat sini? Dorang bukannye pengawas"Tanyaku pelik sambil memandang ke arah Liyana yang mengipaskan dirinya yang kepanasan dek kerana cahaya matahari.

"Parent Liyana arahkan. Sebab ni aku tak suka spesis die"Kami tergelak kecil.

"Baik semua. Ade yang tak berpuas hati dengan group?"Tanya cikgu Khairil.

"Cikgu, kalau saya nak tukar group boleh?"Tanya Liyana sambil membuat muka seposennya.

"Kenapa?"Tanya cikgu Khairil, pelik.

"Saya nak dengan bakal tunang saya"Irfan buat-buat muntah manakala aku tergelak kecil.

"Maaf Liyana Batrisya tetapi tidak boleh. Ini pengetua yang aturkan"Liyana mencebikkan bibirnya. Ingat cantik la buat macam tu? Dengan beg beroda lagi. Ape kau fikir kita nak gi luar negara ke?

Cikgu terus mengarahkan kami beratur untuk menaiki bas. Aku dan Azleen sudah bercadang untuk duduk di belakang sekali. Masuk sahaja ke dalam bas,cepat-cepat kami ambil tempat. Hampir-hampir sahaja budak lelaki mahu mengambil tempat di belakang tetapi Azleen sempat membaling begnya yang bagaikan lontar peluru itu. Beg kami diletakkan di tengah kerana kami mahu duduk di tepi tingkap.

Kami tergelak.

"Lawak giler duh bile kau baling beg kau macam lontar peluru"Kataku, masih lagi mempunyai sisa tawaku.

"Eh biase ah, nombor satu dalam lontar peluru ni"Kata Azleen sinis manakala aku hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Okay semua, saya akan menjadi guru bertugas kamu bersama cikgu Mia"Cikgu Mia melambaikan tangannya ke arah kami sambil tersenyum manis.

Aww cikgu is so cute!

"Abang kau bertuah sebab dapat dengan cikgu Mia. Cikgu dah la comel"Bisik Azleen kepadaku.

"Tulah, umur dorang pon takde la jauh mana"Bisikku pula.

"Perjalanan kita akan mengambil masa 2 jam jadi kite akan berhenti untuk solat dan makan. Kalau nak tidur dipersilakan"Kata Syaqir lagi.

Selepas Syaqir memberitahu peraturannya, maka bertolaklah kami ke destinasi yang dituju. Azleen berswafoto denganku. Selepas itu, Azleen bermain dengan telefon pintarnya manakala aku mendengar lagu. Aku dan Azleen memang tidak boleh tidur. Nak tau Kasyaf dengan Irfan duduk mana? Di hadapan kami sahaja, tidur nyenyak lagi. Terdapat 5 gambar mereka yang Azleen ambil semasa mereka sedang tidur.

Azleen membuka Instagram dan meletakkan ayat :

Az_leen: Tidur seperti baby.Nasib baik cute😂

"Caption die"Kataku sambil tergelak.

"Cute ape dorang tidur. Hilang kelelakian dorang"Kami tergelak lagi menyebabkan kami menumbuk tempat duduk kami sendiri.

Setelah beberapa minit, kami berhenti di suatu taman.

"Cikgu, kita nak makan ke?"Tanya Azleen.

"Eh tak la, kita nak berkhemah kat sini"Syaqir berloyar buruk.

Azleen berpeluk tubuh manakala Syaqir menggelengkan kepalanya sahaja.

"Dah tak payah nak berpeluk tubuh sangat, nanti jadi tua baru tau. Tolong bangunkan kawan² yang lain"Kami akur lalu membangunkan rakan-rakan kami tetapi malang, semua masih tidak bangun-bangun.

Aku membuka lagu rock serta menguatkan kelantangan lagu tersebut. Syaqir, cikgu Mia dan Azleen sudah keluar terlebih dahulu. Buka sahaja, semua terlompat dek kerana terkejut. Kasyaf menjerit seperti perempuan manakala Irfan terjatuh daripada tempat duduknya. Aku tergelak kecil.

"Dah bangun², taknak makan sudah. Berkurun la korang kat dalam bas ni. Cikgu bawak nasi goreng~"Kataku sebelum berlari keluar daripada bas. Semua dengar sahaja perkataan nasi goreng terus berlawan mahu turun sampai ada sahaja yang tergolek di hadapan pintu bas. Orang terakhir yang keluar merupakan Irfan dan Kasyaf.

Mereka semua terus duduk di hadapan kami berdua. Cikgu Mia mengeluarkan nasi goreng lalu beri bekas makanan tersebut kepada setiap seorang dari kami.

"Habis terkeluar suara kelelakian kau Kasyaf"Kataku sinis manakala Kasyaf menggaru rambutnya yang sedikit kusut.

"Sebab kau aku jatuh tau tak?"Irfan menjeling Kasyaf.

"Eh asal aku lak?"Tanya Kasyaf pelik.

"Masa kau terkejut sampai terkeluarkan suara pondan kau tu, kau tolak aku sampai punggung aku cium lantai"Marah Irfan lagi.

"Dah tak payah nak bergaduh, makan nasi tu sebelum sejuk. Sesiape yang mahu ke tandas boleh ikut cikgu Syaqir"Beberapa pelajar termasuk aku dan Azleen mengikuti Syaqir ke tandas. Aku dan Azleen masuk ke dalam tandas perempuan. Nasib la bersih kalau tak, kena ambil minyak wangi Febrese.

Kami keluar daripada tandas sebelum ke arah bas. Masuk sahaja ke dalam bas, Kasyaf dan Irfan memandang kami dengan pandangan tidak berpuas hati.

"Aku rasa dorang dah tahu gambar 'kejantanan' dorang tu"Bisikku kepada Azleen.

"Weh tangkap gambar kitorang tak bagitau, banyak like kot"Kata Kasyaf sinis sambil menunjukkan telefon pintarnya.

"Ha?"Kami memandang mereka pelik lalu kami melihat Instagram dan mata kami terbuntang seluas-luasnya.

"Duuuude!400 like kot!"Kataku, terkejut.

"Famous I"Kata Azleen sambil mengipaskan dirinya dengan telefon pintar miliknya.

"Ep, kitorang yang famous. Engkau hanya tukang tangkap gambar je"Irfan tersengih.

"Eh tanpa aku, korang takkan famous tau"Kata Azleen, cuba menegakkan keadilan.

"Merajuk ke sebab kitorang lagi famous?"Tanya Kasyaf sinis.

"Buat pe nak merajuk? Aku rasa abang Tyra lagi hensem"Kata Azleen selamba.

"Kejam!"Jerit mereka berdua manakala aku dan Azleen tergelak sebelum kami duduk di tempat kami yang asal.

Semua sudah masuk semula ke dalam bas yang disayangi. Kami pun teruskan perjalanan kami yang terbantut.



Please vote, comment and follow. See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now