Part 27

8.8K 524 9
                                    

4 petang

"Dah 4 petang girls! Jom masuk!"Kedengaran suara gedik berada di luar kedai.

Mereka masuk ke dalam dan memandang Syaraf yang datang ke arah mereka.

"Assalamualaikum semua, saya akan melayan kamu pada hari ini. Sila ikut saya"Kata Syaraf dengan senyuman manis.

"Kacaknya!"Jerit mereka. Nak aje aku tumbuk muka diorang biar sampai masuk hospital, takde la dengar dorang memekak je dekat dalam kafe ni.

Semua daripada sekolah menengah masuk ke dalam kafe. Kami terus keluar daripada bilik rehat untuk melayani pelanggan.

"Weh, Adam mana?"Tanya Kasyaf.

"Jap aku panggil"Aku terus masuk ke dalam dapur.

"Weh Syaz, jadi la pelayan. Boleh tahan ramai dekat luar ni"Kataku kepada Adam yang sedang membersihkan pinggan dan cawan.

"Takpelah, sape nak bersihkan pinggan mangkuk ni kalau bukan aku?"Tanya Adam sambil tersengih.

"Good point. Fine then, aku chau dulu"Kataku sebelum keluar daripada dapur.

Sedang kami melayani pelanggan, El diganggu oleh beberapa pelajar lelaki.

"Nak nombor phone awak boleh?"Tanya salah seorang daripada mereka.

"Maaf tapi itu hal peribadi"Kata El, tidak selesa dengan mereka.

"Kalau selfie sama² nak? Come on la"Baru sahaja lelaki tersebut mahu memegang lengan El, aku mencengkam lengan lelaki tersebut. Mungkin sedikit kuat kerana dia mengadu kesakitan.

Aku melepaskan cengkaman mautku.

"Ape masalah kau ha?!"Marah lelaki tersebut sambil memegang pergelangan tangannya.

"Kalau kau pelanggan, buat gaya macam pelanggan and bukan jadi lelaki dayus"Kataku dingin.

"Ape kau kata?!"Lelaki tersebut berdiri di hadapanku.

"Kau pekak ke? Aku kata lelaki dayus!"Kataku keras sambil menjeling lelaki tersebut.

"D-Dah la, kitorang takkan makan dekat tempat buruk ni lagi!"Kata lelaki tersebut sebelum beredar bersama pengikutnya.

"Sapa je ajak kau"Omelku perlahan.

"You okay El?"Tanya Azleen.

"I'm fine, thanks Tyra. You're the best"Kata El sambil menunjukkan ibu jarinya kepadaku.

"I know. Kau gi layan pelanggan perempuan je dengan si Alin. Aku dengan Am layan pelanggan lelaki"Mereka hanya akur lalu kami sambung membuat kerja kami yang terbantut.

7 Malam

"Baik semua, kedai sudah ditutup. Sila datang lagi~"Kataku dengan senyuman.

Semua pelanggan keluar daripada kafe dengan perasaan puas.

"Penat giler duh"Kata Kasyaf sebelum terbaring di atas kerusi panjang.

"Nanti dapat gaji jugak"Kata Syamer.

"Oh ya, esok sukan dan permainan kan?"Tanya El.

"Yep. Korang sukan ape?"Tanyaku.

"Kitorang bola tampar and budak lelaki main bola sepak"Aku menganggukkan kepalaku.

"Datang sekolah tau? Kalau tidak, aku kerat jari kau satu persatu"Aku tersengih ke arah El.

"Mestilah. Dah berape hari kitorang tak datang"Kata Irfan.

"I'm gonna go. My bro just texted me"Kata Ameira, sudah berdiri daripada tempat duduknya.

"Aku tumpang sekali~!"Kata El riang. Suka la tu, tak perlu nak call abang dia.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now