Part 25

9K 521 5
                                    

Isnin

Kami mengemas barang setelah habis solat Zohor. Selepas siap mengemas, aku dan Azleen ke arah bas. Kami naik ke dalam bas dan ke arah belakang sekali setelah mengembalikan khemah kepada cikgu. Adam duduk di hadapanku manakala Irfan dan Kasyaf duduk di hadapan Azleen.

Untuk pengetahuan anda, kereta Adam tu sebenarnya kereta sewa masa dia datang.

"Okay semua dah ade? Takde barang yang tertinggal ye?"Kami menggelengkan kepala kami.

"Baiklah, mari kita bertolak!"Kata Syaqir teruja. Ini kes rindu rumah ke ape?

Bas terus keluar daripada tapak kem. Semua membuat aktiviti harian mereka di dalam bas iaitu, tidur sehingga sampai ke sekolah.

"Weh Syaz, kau ada phone?"Bisikku di belakang Adam.

"Ade, asal?"Tanya Adam setelah memalingkan wajahnya ke arahku.

"Meh jap, nanti aku bagi balik"Adam mengeluarkan telefon pintarnya daripada beg lalu menghulurkan kepadaku.

Setelah memasukkan nomborku dan nombor Syahir serta Syaqir, aku beri semula telefon pintarnya.

"Kau buat ape dengan phone aku?"Tanya Adam pelik.

"Secret~"Kataku sinis.

"Ade² je la kau ni. Dah gi sana, aku nak tidur"Halau Adam.

"Eh, halau kita pulak"Kataku sebelum kami tergelak kecil.

Akhirnya kami dibuai mimpi.

2 jam kemudian

"Semua bangun!"Kami semua berdiri tegak seperti tentera setelah dikejutkan oleh cikgu Khairil.

"Kita dah sampai. Kamu semua dah boleh balik and Adam, hari Rabu kamu dah boleh mula sekolah di sini"Adam menganggukkan kepalanya sebelum menguap kecil.

Kami semua turun daripada bas. Aku, Azleen, Irfan, Adam dan Kasyaf menunggu di tempat perhentian bas.

"Kau tunggu sape Alin?"Tanya Kasyaf.

"Tunggu Add, aku tumpang rumah Tyra sebab abang aku gi outstation"Mereka hanya menganggukkan kepala mereka sahaja.

"Kau balik dengan sape Dam?"Tanya Irfan lalu memandang Adam.

"Aku-"

"Cikgu hantar die balik rumah"Kami memandang Syaqir yang baru sahaja muncul. Nice timing ah bro!

Akhirnya kereta Syahir sudah sampai. Aku dan Azleen memasukkan beg ke dalam bonet kereta lalu masuk ke dalam mereka. Kami berdua melambaikan tangan kepada Irfan dan Kasyaf dan mereka membalasnya.

Akhirnya kami sampai di rumahku syurgaku. Azleen berlari masuk ke dalam rumah terlebih dahulu sebelum melompat di atas sofa. Apa la nasib sofa aku tu.

"Qis, tadi lelaki sebelah Id tu Adam kan?"Tanya Syahir setelah menutup pintu rumah.

"Yep, kitorang jumpa die semalam kat tapak perkhemahan kitorang"Pintu rumah terbuka dan terserlah muka Syaqir dan Adam.

Syahir berlari ke arah mereka sebelum memeluk Adam dengan erat. Mati jugak la anak orang tu.

"Adam! Rindunya abang dengan kau!"Kata Syahir gembira.

"Erm Add, aku rasa die tengah sesak nafas"Syahir cepat-cepat melonggarkan pelukannya.

"Oh sorry. Tapi gentle rindu giler abang dengan kau ni"Kata Syahir sambil memegang bahu kiri Adam.

"Syaz pon rindu korang, dengan masakan korang yang sedap tu"Kata Adam sinis.

"Dah tak payah nak berhindustan kat sini sebelum terkeluar 'hindustan' korang bila aku baling kuali ni"Kataku manakala mereka hanya tersengih sahaja.

"Syaz nak tidur kat mana?"Tanya Adam.

"Kat bilik aku"Kata Syaqir manakala Adam hanya akur lalu naik ke tingkat atas.

"Weh shuriken! Kau tau tak selok-belok rumah ni?!"Jeritku daripada bawah.

Adam turun semula lalu menarikku manakala aku menarik Azleen.

"Ape main tarik² ni? Kau fikir aku ni tali ke?"Marah Azleen kepadaku.

"Aku nak tunjuk bilik abang Id kat Adam je, kau temanlah aku. Lagipon kau nak masuk bilik aku kan?"Azleen hanya akur. Selepas aku menunjukkan bilik Syaqir, kami berdua terus bergerak ke arah bilikku.

Aku membuka pintu bilikku dan kucing kesayanganku berada di atas katil, terbaring sambil bermain dengan bebola tali.

"Snow! Rindunya aku dengan kau!"Kataku sambil memeluk kucingku.

"Tadi Add, sekarang kau lak yang nak bunuh kucing kau"Aku tersengih.

"Aku rindu dengan bulu die yang fluffy ni"Kataku sebelum membelainya.

Aku terus membawa Snow ke arah tempat makanannya berada.

"Penat giler sebab malam semalam"Kata Azleen lalu baring di atas katilku.

"Kan, aku asyik terdengar aje si Liyana and the gang terjerit-jerit sebab ade belalang dalam khemah dorang"Kataku sambil mengeluh.

"Mata kita ni pon dah bengkak macam baru habis bertumbuk"Kata Azleen sambil tergelak kecil.

"Aku nak tidur sepuasnya!"Jerit kecilku sambil menggeliat di atas katil empukku.

"Tadi kau buat ape dengan phone Adam?"Tanya Azleen.

"Oya oya? Jealous?"Muka Azleen berona merah sebelum dia membaling bantal ke arahku.

"Don't joke around!"Aku tergelak.

"Aku check aje kalau² die ade instagram. Follower die dah berapa K weh, kalah kite"Kataku.

"Die ade satu account je, aku banyak. Kalau campur, lagi banyak followers aku daripada dia"Kata Azleen, bangga dengan dirinya.

"Kalau orang yang sama follow kau pon tak berguna jugak. Then aku cari la nama aku lepastu tekan follow and aku letak nombor phone aku, abang Add and abang Id"Kataku panjang lebar.

Azleen menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk.

"Dah aku nak tidur, selamat malam and assalamualaikum!"Kataku sebelum menarik selimut hingga ia menutup mukaku.

"Waalaikumussalam and untuk pengetahuan kau, sekarang ni petang"Kata Azleen sebelum tidur sekali di sebelahku.



Please vote, comment and follow. See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now