Part 11

12K 700 104
                                    

Irfan Pov

"Weh asal bahu kau berdarah ni?!"Tanya Izran panik sambil membelek-belek bahuku.

"Aduh. sakit la bongok! Cikgu tu baling pisau lipat je, lek ah"Kataku, buat-buat kuat. Padahal dalam hati aku sudah menyumpah cikgu itu.

"Lek kepala hotak kau! Nasib baik aku bawa aid kit!"Woah, first time nampak Athirah dalam ketakutan. Azleen pula jangan cakap, sudah tutup mata terlebih dahulu kerana dia fobia dengan darah.

Athirah Pov

Aku mengambil air mineral sebelum mencurahkannya di bahu kiri Irfan dan mengikatnya menggunakan kain. Nasib baik lengan baju dia pendek jadi mudah sedikit kerjaku

Setelah selesai, aku menyimpan semula alatan sebelum ke arah Farisya yang berdiri di sebelah El.

"Isya masih takut ke?"Tanyaku prihatin. Apa kau fikir aku ni jahat sangat ke?

Farisya menganggukkan kepalanya sedikit.

"Isya kalau duduk dengan kitorang Insya Allah Isya selamat"Kataku manakala Farisya tersenyum kecil.

Aku ke arah Azleen yang memasukkan video ke dalam USB.

"Kau dah siap ke belum?"Tanyaku.

"Dah, baik kita cepat bagi bukti ni dekat pengetua sebelum terlambat"Kata Azleen sambil memegang USB.

Semua cepat-cepat kemas bahan bukti.

"Salah seorang dari kita kena pegang bukti"Arah Irfan.

Syamer tunjuk ke arah El.

"Aq cadangkan El yang pegang"Mata El membuntang luas.

"Ha?! No, no way! Kau fikir aku ni ganas macam korang ke? Tantah cikgu tu target yang lemah"Kata El, panik.

"Relaks ah, Syamer ikut kau sekali. Kitorang lak alih perhatian cikgu tu"Rancang Ameira.

El hanya mengeluh sebelum menganggukkan kepalanya.

"Tapi kalau cikgu tu nampak muka korang cemana?"Tanya El.

"No worries, aku bawak topeng~!"Kata Ameira sinis sebelum mengeluarkan topeng daripada beg galasnya.

"Topeng macam Naruto bhai"Kataku sebelum memakainya.

"Korang bawa Isya sekali, takut die cedera pulak"El dan Syamer menganggukkan kepala mereka.

Setelah kami berbincang, kami terus ke posisi masing-masing. El, Syamer dan Farisya sudah lari terlebih dahulu manakala kami bermain kejar-mengejar antara cikgu tersebut. Sampai cikgu itu minum air sambil berlari.

"Weh bila nak habis ni, aku dah penat lari!"Tanya Syaraf sambil mencari nafas. Kitorang lari selama 15 minit kau rasa?

Kepada cikgu Farid, sila ke bilik pengetua dengan segera. Saya ulang. Kepada cikgu Farid, sila ke bilik pengetua dengan segera. Terima kasih.

Dia berhenti mengejar kami dan memperbetulkan tali lehernya yang longgar sebelum beredar ke bilik pengetua. Fuuh nasib selamat.

Kami berhenti berlari sambil mencari nafas. Nasib baik semua pelajar masih berada di dalam kelas. Kalau tidak, mesti mereka akan tergelak melihat cikgu yang sudah seperti steamroll.

"Weh, aku nak pistol mainan aku balik"Aku menghulurkan tangan, meminta pistol air milikku.

"Baru je nak main"Kata Ameira sambil memuncungkan bibirnya.

"Nak bayar la"Kataku sinis. Mereka memberi pistol mainanku semula manakala aku menyimpannya di dalam begku yang juga terdapat komputer riba.

Kami terus masuk ke dalam kelas seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now