Part 48

5.4K 353 17
                                    

Sabtu

Aku berpakaian pengantin yang telah dihiaskan oleh rakan-rakanku.

"Nak kawin dah kawan kita ni. Aku doakan korang bahagia hingga Jannah"Kata Ameira.

"Haha thanks, korang bila lagi?"Tanyaku sinis.

"Kitorang takpe kalau lambat, kau ni yang sepatutnya kawin dulu dari kitorang. Kau kan kak long dalam geng kita"Kata Azleen sambil tersengih.

"Serious aku rasa nervous sekarang ni"Kataku sambil tergelak, mahu menghilangkan perasan gugup di dalam badanku.

Pintu dikuak dan terpapar wajah mak long ku, iaitu ibu kepada Moon.

"Dah siap ke belum? Pengantin lelaki dah tunggu ni"Kata mak long.

"Ye mak long, dah jom kita gi"Kami keluar lalu turun ke ruang tamu. Kelihatan Irfan segak memakai baju melayunya.

Aku duduk di tempat yang disediakan bersama rakan-rakanku di sampingku.

"Baiklah, mari kita mulakan"Tok kadi dan Irfan mula berjabat tangan.

"Tengku Muhammad Irfan Bin Tengku Zainal"

"Ye saye"Kata Irfan.

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Athirah Qistina Binti Tengku Syahrul Nizam dengan mas kawin lima ribu ringgit tunai"Irfan mengikut kata tok kadi dengan sekali nafas sahaja. Maka dengan itu, aku telah menjadi isteri Irfan yang sah. rfan datang ke arahku sebelum duduk di hadapanku.

Aku mengambil cincin biru sebelum menyarungkannya di jari manis milik Irfan. Mereka tergelak tatkala melihat tanganku yang sudah menggeletar apabila aku mahu menyarungkan cincin di jari Irfan. First time pegang tangan lelaki weh, memang aku mula gabra overdose la.

Irfan yang juga perasan menahan dirinya daripadamentertawakanku. Aku menjeling Irfan sebelum mencium tangannya. Semua orang apa lagi, terus menangkap gambar kami dari setiap sudut.

Selepas itu, Irfan pula menyarungkan cincin putih di jari manisku. Dia mencium dahiku dan kaku sahaja kerana semua orang mahu mengambil gambar kami, terutamanya rakan-rakan kami. Dorang ambik lagi melebih, siap suruh kitorang buat pose bagai lagi.

"Dekat² sikit!"Arah Kasyaf dengan kamera digital sudah berada di tangannya.

"Okay, korang saling berpandangan lak"Aku menjeling Kasyaf yang tersengih.

"Buat je la, korang dah official kan?"Aku mengeluh lalu akur sahaja.

"You look cute with the flower crown"Bisik Irfan kepadaku. Mukaku memerah manakala Irfan tergelak kecil.

Fine then, revenge time.

"You look handsome too, my love"Bisikku semula sambil tersenyum sinis.

"Asal muka kau tu merah, Irf?"Tanya Syamer sambil mengangkat kening sebelahnya.

"Apa yang korang menggatal tu ha?"Tanya Syaraf sinis.

"Shut it!"Marah Irfan manakala aku tergelak kecil. Kau usik la aku lagi, dua kali ganda aku balas balik.

Skip di hotel 5 Bintang

Semua tetamu sedang makan dengan berselera manakala rakan-rakanku dan Irfan makan bersama kami di meja panjang. Setelah habis makan, kami berbual dengan saudara-mara yang hadir bersama mereka yang bekerja bersama kami.

Kelihatan makcik Lisa, cikgu Laila atau Puan Laila, Liyana dan Diyana datang ke arah kami.

"Heh, korang kawin tapi tak semestinya korang akan bahagia"Kata Diyana sinis.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now