Part 22

9K 551 5
                                    

Ahad

Aku bangun pada pukul 5 pagi.

"Aduh, asal aku bangun awal sangat ni?"Omelku sendirian.

Aku mengikat rambutku lalu memakai tudung. Aku memandang Azleen yang berada di sebelahku sebelum menggerakkannya. Azleen akhirnya tersedar daripada mimpinya.

"Dah subuh ke?"Tanya Azleen dalam keadaan masih mamai.

"Belum. Aku terbangun awal so aku bangunkan kau sekali"Kataku sambil tersengih.

"Eh kau ni, dah la aku mimpi benda indah tadi"Azleen menjelingku tidak berpuas hati.

"Dah jom gi mandi. Nanti kalau semua dah bangun susah hidup"Azleen hanya akur lalu mencapai tudungnya.

Kami mengambil baju dan tuala sebelum keluar daripada khemah. Tiba-tiba kami terserempak dengan Irfan dan Kasyaf.

"Eh korang pon bangun awal?"Tanya Kasyaf.

"Tyra ah yang bangunkan aku awal². Aku nak tidur, budak ni kacau"Aku tersengih.

"Kalau aku, Syaf yang bangunkan aku. Dia ni memang selalu bangun awal"Kata Irfan.

"Aku kadang² je"Kataku.

"Dah jom², aku dah tak sabar nak mandi ni"Kami akur lalu bergegas ke arah bilik mandi lelaki dan perempuan.

Skip

Aku dan Azleen keluar daripada tandas setelah selesai mandi. Kelihatan semua sudah bangun daripada tidur. Cikgu Mia memandang kami berdua.

"Eh, kamu berdua dah bangun awal rupanya"Kata cikgu Mia.

"Takut tandas kena rembat"Kata Azleen sambil tersengih.

"Dah pergi ke dewan, rasanya cikgu Syaqir dah ade dekat dalam"Kami akur lalu beredar ke arah dewan.

Another Skip

Setelah habis solat, semua berehat di dalam khemah manakala Irfan, Kasyaf, Azleen dan aku menolong Syaqir dan cikgu Khairil memasak. Nasib baik kaum Adam ni pandai memasak, tapi gaya dorang masak tu dah serupa macam BTS Fire.

"Awat hang semua masak macam BTS ni?"Tanya Azleen pelik.

"Best ape. Terasa macam kat dalam Masterchef gitu"Kata Irfan sinis manakala kelihatan Kasyaf meletakkan garam ke dalam masakan seperti SaltBae.

"Dah cepat sikit masak tu. Semua tengah tunggu makanan ni"Arah cikgu Khairil manakala Irfan dan Kasyaf tersengih sebelum sambung memasak manakala aku dan Azleen menolong Syaqir membancuh teh.

Baru sahaja kami mahu meletakkan makanan, kelihatan semua sudah terbaring di atas lantai dan di atas meja kerana terlalu lapar.

"Woi korang, makanan dah sampai!"Jerit Kasyaf, menyebabkan semua duduk bersopan-santun.*uhuk*

Kasyaf meletakkan makanan ke dalam pinggan mereka. Mereka terus menikmati makanan diikuti kami setelah Kasyaf habis membacakan doa makan.

"Cikgu, lepas ni ade ape?"Tanya Irfan.

"Lepas ni kita ade treasure hunt, ikut kumpulan. Siape sampai dulu die dapat makanan percuma"Semua bersorak kecuali kumpulan Liyana.

"Cikgu, kalau sesat cemana?"Tanya Aleya, sedikit takut menyebabkan semua orang berhenti daripada bersorak.

"Jangan risau. Kalau kamu sesat, kamu ade cikgu² yang akan menjaga kamu"Semua menghembuskan nafas lega.

"Cikgu akan edarkan kertas yang terdapat nama kumpulan kamu dan cikgunya"Kata cikgu Maizati lalu mengedarkan kertas kepada ketua kumpulan.

"Kita dapat cikgu Syaqir"Mata kami bersinar.

"Nice!"Kata kami manakala Syaqir tersengih.

Setelah setiap kumpulan masuk ke dalam hutan, akhirnya kumpulan kami pula yang masuk ke dalam hutan. Irfan melihat peta yang diberikan oleh cikgu Khairil.

"Okay so kita kena cari ranting kayu yang diikat di pokok"Kata Irfan.

"Tu kan?"Kasyaf menunjukkan ke arah pokok yang berada di atas kami.

"Oh~Nice eyes you got there"Kasyaf tersengih kepada Syaqir.

"So, cemana kita nak ambik?"Tanya Azleen.

Aku memanjat pokok tersebut lalu aku ambil ranting kayu yang diikat.

"Catch!"Jeritku sebelum baling ranting tersebut ke arah Azleen. Azleen menangkapnya dengan cantik sekali.

"Now what?"Tanyaku setelah turun daripada pokok tersebut.

"Cari sebuah sangkar yang di dalamnya terdapat beberapa pokok bunga. Ambil bunga tulip dan masukkannya ke dalam plastik yang telah disediakan"Irfan membaca arahan yang tertulis di atas kertas.

"Meh jap peta"Irfan memberi peta tersebut kepada Azleen.

Azleen membacanya dengan teliti sebelum memerhati persekitaran kami.

"That way"Azleen menunjukkan ke sebelah kirinya. Kami hanya akur sahaja lalu mengikuti Azleen daripada belakang.

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya kami sampai di hadapan rumah hijau.

"Berkunci dari dalam, cemana?"Tanyaku.

"Move"Syaqir dengan senang-lenangnya terus menyepak pintu tersebut sehingga kuncinya rosak.

Syaqir masuk ke dalam rumah hijau lalu memetik bunga tulip.

"Kalau ye pon jangan la sepak, mati kita dikerjakan dengan cikgu Khairil"Kata Azleen sambil menepuk dahinya.

"Dah pintu berkunci. Lagipon Khairil kasi aje sebab Khairil yang bina sendiri. Memang dah nazak pon benda ni"Kata Syaqir sambil tersengih.

"Now kita kene cari jalan keluar. Cikgu kata ade anak panah dekat pokok"Terang Irfan.

"Found it"Kasyaf tunjuk ke arah pokok yang terdapat ukiran anak panah.

Kami mengikut anak panah tersebut sehinggalah kami berjaya keluar.

"Tahniah, kamu kumpulan pertama yang sampai. Sekarang, kamu boleh duduk di bawah pokok sana"Kami hanya akur lalu duduk di tempat yang telah disediakan.

Setelah beberapa jam, semua sudah sampai. Semua pengawas berpeluh dek kerana penat.

"Kenapa lambat keluar ni?"Tanya cikgu Khairil pelik.

"Susah saya nak jaga kumpulan 5 ni, bising aje memanjang"Kata cikgu Maizatul sambil mengeluh.

"Cikgu, boleh tak kita jangan masuk hutan lagi? Geli la saya tengok lipan tadi"Kata Liyana dengan gediknya.

"Sekarang ape cikgu?"Tanya Azleen, menukar topik.

"Sekarang, kita bebas. Kamu boleh ke mana sahaja walaupon di dalam hutan tapi kalau nak masuk hutan mesti kena ade cikgu yang teman. Dah kamu semua boleh bersurai"Kami akur lalu masuk ke dalam khemah.

"Aku nak gi bersiar-siar kejap, nak ikut?"Tanyaku kepada Azleen.

"Gi mana?"Tanya Azleen.

"Dekat² sini je"Azleen hanya akur. Malas nak duduk dalam khemah la tu.

Sedang kami bersiar-siar, aku ternampak seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan kami sedang merenung pokok yang agak besar tetapi cantik.

He looks familiar, but where?

Lelaki tersebut perasan akan kehadiran kami sebelum memandang ke arah kami dengan sebelah matanya. Dia dengan pantas menghadap kami dan memandangku dengan riak yang terkejut diikutiku.


"...Adam?"



Siapa Adam? Wait for the next chapter~! Please vote, comment and follow. See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now