Part 31

8.9K 519 15
                                    

Sabtu

"Boringnya!"Jeritku sebelum menghempaskan diri ke sofa.

"Baca la buku, periksa dah kirim salam tu"Kata Adam, tidak memandangku.

"Malas la. Jom main sesuatu? Buat kerja secara berkumpulan pon jadi la"Tiba-tiba loceng pintu rumahku berbunyi.

Aku membuka pintu setelah menutup aurat dan terpapar muka hodoh Moon.

"Ey Moon, lama tak jumpa kau"Kataku sinis.

"Salam mane salam? Nak aku tampar kau sampai ke matahari ke?"Aku tersengih.

"Assalamualaikum ya ukhti. Apakah hajat kamu ke mari?"Tanyaku.

"Waalaikumussalam. Saya berhajat mahu belajar bersamamu"Kata Moon sambil tersengih.

"Ha okey je, jap aku mesej yang lain datang rumah. Lepastu kita gi kafe Id"Kataku sambil mesej kesemua rakanku.

"Kafe Id? Okay jer"Kata Moon sebelum masuk ke dalam rumah.

Baru sahaja beberapa minit, rakan-rakanku akhirnya sampai di rumah. Aku membuka pintu dan terlihat mereka menggoncangkan pagar rumahku seperti monyet belanda.

"Woi, bagi la salam kalau ye pon!"Marahku.

"Assalamualaikum! Dah cepat bukak, aku nak makan ni! Aku tak breakfast lagi"Kata Syaraf.

"Makanan aku baru nak buat. Korang sampai awal sangat pahal?"Mereka mengeluh.

Mereka masuk ke dalam rumahku setelah aku membukakan pagar untuk mereka.

"Moon right? Cousin Tyra"Tanya Irfan kepada Moon.

"Yep, kau kan lelaki yang suka cari pasal tu? Irfan"Irfan menganggukkan kepalanya.

"Dah², korang gi duduk dulu. Aku nak masak"Kataku.

"Aku tolong"Adam berdiri daripada tempat duduknya.

"Aku pon tolong"Izran mengikuti Adam.

"Abang² sado kita nak memasak woo. Sesuai jadi husband material"Kata Moon sebelum tergelak apabila melihat Adam dan Izran yang memakai kain di pinggang mereka.

"Pink bhaii apron korang"Kata Kasyaf sambil tergelak.

"Apron kau kan Moon? Kau tertinggal kat sini"Kalini Izran dan Adam pula yang tergelak.

"Diam la setan!"Marah Moon kepadaku.

"Eh betul kan?"Tanyaku sinis sambil membasuh pinggan manakala Adam memotong bawang dan Izran memotong ubi.

"Weh, takde dessert ke?"Tanya Ameira.

"Weh Alin, ambik kek dengan aiskrim dalam peti sejuk"Arahku.

Azleen mengambil kek coklat dan aiskrim lalu dibawa ke ruang tamu. Mata Syaraf dan Ameira sudah bersinar melihat makanan.

"Aku ambik lu!"

"Eh aku lebih tua dari kau! Tepi!"

"Aku lahir bulan 2 so aku lu!"Maka mulalah perebutan makanan antara mereka semua.

Syamer merampas kek dan aiskrim daripada Kasyaf.

"Kita dekat rumah orang, bukan dekat rumah sendiri. Korang dah baca doa makan ke belum?"Mereka terus duduk sopan sebelum membaca doa makan.Sentap ke tu?

Aku hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Dah biar aku yang bahagikan"Kata El lalu memotong kek dan beri kepada mereka yang kelaparan. Setelah dibahagikan, mereka terus makan dengan berseleranya.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now