Part 17

9.9K 604 23
                                    

Rabu

Aku datang awal ke sekolah lalu aku bersama Azleen bertugas di belakang sekolah. Sedang kami berbual tentang topik yang tiada kaitan dengan sekolah, Ameira dan El datang ke arah kami.

"Eh asal korang datang awal ni?"Tanya Azleen pelik.

"Boring ah duduk dekat rumah, kitorang lepak sini jelah. Cikgu tak marah punya"Kata Ameira sambil tersengih manakala kami hanya menggelengkan kepala sahaja.

El dan Ameira sedang bermain dengan telefon pintar mereka manakala aku dan Azleen berbual kosong. Tiba-tiba kami terdengar seperti sekumpulan lelaki datang ke arah belakang.

"Nyorok la beruk!"Bisikku sebelum melompat ke arah pagar belakang sekolah dan menyorok di sebalik semak diikuti rakan-rakanku.

Kami mengintai di celah-celah pagar. Betul tekaanku, terdapat 5 lelaki dan 3 perempuan.

"Tu bukan Liyana, Mimi and Aleya ke?"Bisik El kepada kami.

"Asal dorang kat situ?"Tanya Ameira pelik.

"Kita dengar je ape yang dorang bualkan"Mereka hanya akur lalu kami cuba mendengar perbualan mereka dengan lebih teliti.

"So, kau nak aku belasah Wings Of Freedom?"Tanya ketua kumpulan mereka yang bernama Syakrul, samseng di sekolah.

"Yep, I akan bagi sebanyak mana pon duit yang you nak. Asalkan dorang cedera sampai tak dapat datang ke sekolah"Kata Liyana sinis.

"Ade sesiapa rakam semua perbualan dorang?"Tanyaku.

"Aku"Kata Azleen sambil menunjukkan telefon pintarnya.

Kami terus sambung mendengar perbualan mereka.

"Kalau kitorang masuk penjara?"Tanya rakan Syakrul, Zafrin.

"No worries, I dah rosakkan CCTV sekolah and you guys akan pakai mask supaya dorang tak kenal you"Kata Aleya pula.

Syakrul berfikir sebentar.

"Deal"Kata Syakrul sambil berjabat tangan dengan Liyana. Loceng sekolah akhirnya berbunyi. Mereka terus beredar ke kelas mereka.

Setelah kami melihat mereka beredar, kami keluar daripada tempat persembunyian kami.

"Weh, kita kena bagi ni dekat pengetua. Kita boleh masuk hospital kot"Kata Azleen, sedikit takut setelah mendengar perbualan mereka.

"Okay, but kita kena berhati-hati gak. Stay in a group, jangan terpisah"Kami menganggukkan kepala lalu beredar ke kelas.

Masuk sahaja ke dalam kelas, terlihat Liyana sedang memakai gincu merahnya. Aku merampasnya lalu aku membuang gincu tersebut ke dalam tong sampah.

"Eh ape masalah kau ni ha perempuan?!"Marah Liyana, sudah berdiri.

"Peraturan ke-5, jangan bawak makeup ke sekolah. Lagipun bukannya kau kat KLCC kan? Pakai mekap pon buruk gak"Kataku sinis manakala semua tergelak.

Liyana baru sahaja mahu menumbukku tetapi aku sempat berundur menyebabkan dia tersasar. Aku mengeluarkan telefon pintarku.

"Kau nak ke aku tunjuk 'makeup' terbaru kau ni?"Tanyaku sambil mengangkat kening sebelah.

"Kau masih ade gambar tu?!"Liyana panik.

"Eh mesti, kalau kau cari masalah aku boleh je rosakkan kehidupan kau yang indah ni" Kataku sinis.

Liyana duduk di tempatnya semula sambil mengomel sendirian. Kami terus memulakan pembelajaran setelah cikgu masuk ke dalam kelas.

Skip masa rehat

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now