Part 3

16.4K 929 64
                                    

Irfan berhenti di hadapan sebuah pintu sebelum memulas tombol pintu dan memandangku.

"Masuk la, yang kau jadi tunggul kat situ pahal?"Eh mamat ni, cakap bebaik tak boleh ke?

Aku masuk ke dalam dan tidak lupa juga untuk menjeling Irfan.

"Pengetua, saya telah bawa Athirah Qistina ke sini"Kata Irfan setelah menutup pintu di belakangnya dan berdiri di hadapan seorang lelaki. Aku juga berdiri di sebelahnya.

Pengetua memandang atas sebelum memandang aku.

"Ah baik. Athirah Qistina, betul?"Tanya pengetua yang duduk di kerusinya sambil meletakkan pen di atas meja.

Dah sape lagi orang nama Athirah Qistina kat dalam sini selain aku?

"Ye saya. Kenapa pengetua panggil saya? Saya ade buat salah ke?"Tanyaku, sudah gelabah. Mampos aku kalau first day je aku dah buat hal. Mahu kena lesing dengan Syahir.

"Oh kamu takde ape2 kesalahan. Tapi saya berharap agar kamu boleh jadi penolong pengawas di sekolah ini, boleh?"Mataku membuntang luas.

Nani?!

"Ha?!"Tanya aku dan Irfan serentak. Makin besar betul bala aku lepas aku pindah ke sini.

"Pengetua, boleh saya tau kenapa pengetua pilih saya? Ade ramai pelajar dekat sekolah ni yang lebih bertanggungjawab daripada saya"Kataku.

"Oh? Tapi mengikut kertas kerja yang saya dapat daripada sekolah lama kamu, kamu banyak membantu sekolah kamu. Kamu menjadi wakil atlet, penolong pengawas serta kamu sangat aktif dalam setiap aktiviti"Terang pengetua sambil melihat kertas yang diambil daripada bawah mejanya.

Note to myself,jangan aktif dalam sekolah lagi.

"Pengetua, kenapa kita kena pilih die?Die budak baru dan mungkin die buat benda tu tak ikhlas"Oi oi oi, best betul kau cakap aku tak ikhlas buat kerja eh?

"Sesedap ajinamoto kau je nak cakap aku buat kerja tak ikhlas. Aku ikhlas tak ikhlas, itu Tuhan je yang tau. Kau Tuhan ke?"Kami menjeling antara satu sama lain.

"Kau-"

"Sudah! Kamu akan jadi penolong pengawas. Dan kamu Irfan, jangan bergaduh dengan die dan jaga kelakuan. Faham?"Tegas suara pengetua menyebabkan kami berdiri tegak.

"Faham..."Tutur kami, perlahan.

Kami keluar daripada bilik pengetua sebelum sambung menjeling antara satu sama lain.

"Weh kipas!"Jerit seseorang di bahagian koridor. Wait kipas?

Kami memandang kanan dan terlihat seseorang yang aku kenali datang ke arah kami.

"Alin?"Bisikku perlahan. Azleen bertembung mata denganku.

"Uit, Tyra!"Jerit Azleen gembira sebelum menepuk belakangku dengan kuat. Nasib baik aku tak jatuh tergolek kat sini, merana satgi aku.

"How do you know her?"Tanya Irfan kepada Azleen.

"Die kawan aku sebelum kitorang tadika lagi kot. Weh asal kau sekolah kat sini? Kenapa kau tak call aku? Kenapa kau dengan si kipas ni?"Soal Azleen bertubi-tubi.

"Aku sekolah sini sebab abang aku naik pangkat, aku lupe nak beli kredit and aku jadi penolong pengawas so sebab tu la kitorang berdua kat sini"Jawabku acuh tak acuh. Masih tidak berpuas hati dengan jawatanku.

"I'll be going then. Aku nak lupakan yang kau wujud"Kata Irfan sambil menjelingku sebelum beredar.

"Don't care!"Jeritku kepadanya sambil mendengus geram. Nak aje aku baling kasut dekat muka mamat tu. Biar berhias sikit muka dia tu.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now