Aku ke semak pertama dan langsung tiada apa-apa. Aku pelik, ada orang nak mainkan aku ke? Kedudukan aku yang melutut tadi aku bangun dan berura-ura mahu melangkah pergi.

"Si-sini..." suara itu. Lagi.

Aku meliaukan mata dan aku dapat rasakan bunyi tersebut datang daripada semak yang paling belakang. Aku terus ke bahagian itu dan ternampak tangan orang.

Aku menolak daun daun itu dan aku hampir mati melihat apa yang aku sedang lihat sekarang.









"NOAH! AIZAT! COME HERE!" Jeritku seraya berlari menuju semula ke stor sukan.

"Kenapa?" Noah keluar dahulu dan berdiri dihadapanku.

Aku cuba melepaskan lelah akibat berlari sebelum membuka mulut.

"Tadi... tadi..."

Noah dan Aizat mengangguk. "Ha tadi..."

"Aku nampak Wardina."

"Wardina? Bila? Ala biar jelah dia. Dia pun dah lama tak datang sekolah." Balas Aizat selamba dan mahu keluar dari stor sukan.

Cepat cepat aku menahan Aizat dan menarik tangannya.

"Tak! Aku nampak Wardina terbaring bogel kena tikam dekat semak belakang bilik you, Noah!" Akhirnya terkeluar juga apa yang aku mahu cakap.

"Tikam? Siapa?!"

Aku mengeluh penat. Pekak betul lah diorang ni!

"Wardina! I nampak dia bogel kena tikam dekat semak belakang bilik you Noah!" Sekali lagi aku mengulang kata kata aku tadi.

"Wardina? Tikam? Jomlah pergi, tunggu apa lagi?!" Celah Laura dan dia berlari mendahului kami bertiga.

"Noah, you pergi cari Mr Vlad. Aizat kau ikut aku. Tadi dia macam dah breathless." Ajakku dan Aizat dan Noah mengangguk. Noah berlari menuju ke blok utama sekolah.








AKU mundar mandir di hadapan bilik surgery Hospital Columbia Asia ini buat kali ke 12. Aku amatlah risau tentang keadaan Wardina di dalam. Kata kata doktor tadi memang membuat kami berempat dengar Mr Vlad terkejut.

"Mangsa dirogol dan ditikam di dada kirinya. Memang sikit lagi nak kena jantung dia. Kemungkinan orang yang rogol dia tak berpengalaman dan mahu membunuh mangsa." Kata doktor tadi.

Aku menggigit jariku dan masih berdiri. Aku amatlah gelisah. Aku tiba tiba rasa tanganku ditarik perlahan.

"Al, duduklah. I pening tengok you dok jalan depan belakang." Noah cuba memujukku dan dia menguap dihujung kata.

Mahu tak mahu, aku duduk bersebelahan Noah dan melihat Laura dan Aizat yang duduk tidak jauh dari aku. Comel betul diorang tidur. Laura siap terlentok di bahu Aizat lagi.

"Noah..."

"Hm apa dia?" Balasnya dengan mata tertutup. Mesti ngantuk. Mana tak ngantuk kalau jam dah menunjukkan pukul 11 malam dan kami masih di sini dengan baju sekolah.

"You kesiankan Wardina tak?" Entah kenapa soalan itu terpancul dibenakku.

Serta merta Noah membuka matanya dan dia memandang aku dengn wajah keliru.

"Come again?"

"You kesiankan Wardina ke?"

Noah diam seketika sebelum menjawab.

"Well, Al. I kesiankan dia as a human being. As friends. Between me and Wardina, that was long gone. So please jangan fikir macam macam." Noah mengusap rambutku dan mencium pipiku.

Aku mengangguk faham. Tiba tiba ada satu suara wanita memecah kesunyian bilik operation itu.

"Wardina? Mana Wardina?" Ujar wanita itu.

Mr Vlad bangun dan menahan wanita itu daripada berlari masuk ke bilik operation.

"Datin, saya harap datin bersabar ya. Wardina dekat dalam." Mr Vlad cuba menenangi ibu Wardina.

Datin Lila jatuh terduduk dan nangis mengngoi. Aku kesinkan sangat dengan ibu Wardina.

"Kenapa dengan anak aunty?" Dia meraih tanganku dan aku terkejut dengan tindakannya.

"Er... er... di-dia ke-kena rog-rogol pastu kena ti-tikam." Tergagap gagap aku berkata.

"Alissa!" Noah menjerit kepadaku dan menggeleng kepalanya tanda jangan.

Aku terlepas cakap. Lagilah terduduk Datin tu dibuatnya.

Suasana senyap dan hanya kedengaran suara Datin Lila menangis.

Tiba tiba pintu automatic dibuka dan doktor yang membuat pembedahan kepada Wardina keluar. Kelam kabut Datin Lila menuju kearah doktor tersebut.

"Doktor macam mana dengan anak saya?"

Doktor itu diam dan memandang kosong wajah Datin Lila.

"Awak ibu kepada Wardina?"

Laju Datin Lila mengangguk.

"Anak awak..."

Mendengar penjelasan doktor tadi, aku jatuh terduduk kerana aku tak tau nak bersyukur atau menangis.

Wardina...









Hi korang hehe lama dah senyap. Finally I dah habis exams and expect updates throughout this month tapi tak janji akan selalu since I dah start busy dengan cover shop I. Sesiapa nak request, bolehlah ke Book Covers by Starrgalaa! And as usual, please leave a vote sebab kita dah dekat SANGAT dengan 1k votes! It'll mean the world to me kalau kita dapat 1k votes and 30k views before I habiskan cerita ni. Bye ✨✨

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now