Hers 8

447 11 0
                                    



Aku pegang kepalaku dan berhenti mengayak tepung. Sejak aku bangun pagi tadi, kepalaku tidak berhenti berdenyut. Terasa berpusing dan pening. Mungkin sebab aku tidur terlalu lewat siapkan assignment Prof. Gavin semalaman. Aku kembali mengayak tepung dan memasukkan bater ke dalam pan.

"Aira," Daniel menyapa aku dari belakang. Aku hanya membalas dengan anggukan sambil terus menflipkan pancake. Tiba-tiba Daniel mematikan electric stove dan memegang kedua dua tanganku.

"Ai, awak okay tak?" Daniel bernada risau. Aku tersenyum lemah lalu menganggukkan kepala.

"Saya okay. Awak sediakan meja makan boleh?" pinta aku. Daniel masih memegang tangan aku namun terus bergerak ke meja makan.

Aku meneruskan kerja di dapur. Tiba-tiba sakit kepalaku datang kembali. Aku rasa seperti dihantuk dari belakang, dan aku tidak dapat mengawal keseimbangan badanku.

"Aira!" Daniel terus berlari ke arahku dan menyambut badan aku yang hampir rebah. Tangannya terus diletakkan atas dahiku.

"Aira awak demam ni," Daniel mengusap kepalaku.

"Taklah. Sakit kepala je ," aku cuba melepaskan diri dari pelukan Daniel, namun dia terus mendukung tubuhku.

"Daniel, saya.."

"Aira, awak sakit. Jangan buat kerja boleh?" nada Daniel kedengaran tegas . Aku lihat muka Daniel yang bertukar serius. Serta merta aku mengunci mulut dan menurutinya. Sampai di bilik, Daniel meletakkan aku di atas katil dan memasang aircond bersuhu 25 C。. Kain yang dibasahkan diletakkan atas dahiku, selimut dinaikkan sehingga paras bahu.

"Awak tunggu sekejap, saya panggilkan doktor," Daniel laju mengambil telefonnya dan menekan nombor telefon doktor peribadi keluarga mereka. Belum sempat dia mendail doktor, aku memegang pergelangan tangannya.

"No need to call doctor," kata aku lemah.

"Ai, I need Dr. Adlin to check on you. It's going to be okay," kata Daniel lembut. Namun aku terus menggeleng.

"Saya demam sekejap saja. Ambilkan ubat demam biasa dan air mineral. And please... can you stay for awhile?"

Aku mengenggam tangannya erat. Aku bukanlah jenis demam panas yang kritikal, tetapi dengan rehat dan ubat aku boleh cepat sembuh. Daniel menghela nafas dan mengambil tempat di sebelah aku.

"Okay. Anything for you Aira," Daniel mengucup tanganku dan meletakkan ke pipinya. Setelah makan ubat, aku menutup kedua-dua mata. Aku tertidur dalam masa yang agak lama.

-3 jam kemudian-

Aku cuba membuka mata yang terasa berat. Arh, aku tak sangka sakit kepala aku kali ini agak berat. Perlahan lahan aku membuka kelopak mata dan melihat Daniel, di tepi aku. Betul betul di sebelah aku. Aku hanya memerhati wajahnya yang tertidur menghadap diriku. Ini kali pertama, aku dan Daniel tidur bersebelahan dalam jarak yang dekat. Aku tak berasa gementar, malah tenang di sisinya. Tangan aku kemudian didekatkan ke mukanya dan mengusap pipi Daniel. Tak lama selepas itu, Daniel turut membuka mata dan terkedu melihat aku.

"Good afternoon," aku tersenyum manis. Daniel membalas senyumanku dengan mukanya yang sedikit merah. Tangan Daniel kemudian merasai dahiku yang sudah mula kebah.

"Are you feeling any better?" tanya Daniel. Aku membalas dengan anggukkan.

"Yes, thanks to you," kata aku ikhlas. Daniel mengangguk lalu bangun dari pembaringan.

"Saya ada buat sup ayam tadi. Saya panaskan sekejap,"

Setelah menghidangkan sup ayam bersama nasi di bilik, aku letakkan pinggan di meja tepi katil dan memandang Daniel yang setia melihat aku makan.

"Sedap tak saya masak?" Daniel tersengih.

"Tawar," kata aku bersahaja. Daniel tertawa sambil menggelengkan kepalanya.

"Tawar pun awak dah habiskan semua sup saya tahu," kata katanya buat aku mengalihkan pandangan dan memuncungkan mulut. Ehem, nampak sangat ke aku kebulur. Tangan Daniel kemudian memegang dagu aku dan membuatkan aku pandangnya semula. Riak wajah Daniel bertukar lembut lalu memegang kedua dua tanganku.

"Aira, jangan paksa diri awak kalau penat. Kalau awak tak larat, minta tolong saya. I'll always be there for you. I don't want you to get sick again . Promise?" kata Daniel.

Aku dapat lihat mata Daniel menunjukkan yang dia sangat risau dan ambil berat tentang diriku. Sejak hari pertama aku menjadi isterinya, Daniel tidak pernah gagal untuk buat hati aku berdebar. Dia menjadi suami yang sangat prihatin dan baik bersama diriku. Aku tersenyum sambil mengeratkan genggaman tangan.

"I promise,"

HersWhere stories live. Discover now