Hers 34

225 8 0
                                    


Aku membuka kelopak mata perlahan-lahan. Allah, aku tertidur ke? Tak sangka duduk di buaian boleh buat aku terlena.

"Dah bangun?" satu suara menyapa telinga aku.

Harriz. Dia sedang memandang aku sambil memeluk bahuku. Baru aku sedar, aku tidur di bahu Harriz. Entah bila dia balik pun aku tak tahu.

"Bila awak balik?" aku mengusap kedua-dua belah mata.

"30 minutes ago,"

"I see. Awak nak makan? Saya sediakan,"

Aku bangun dari duduk untuk berjalan ke dapur. Biasanya Harriz akan terus menyerbu meja makan bila balik rumah. Belum sempat aku berjalan, tangan Harriz terus menarik aku sehingga aku terduduk atas ribanya. Dia memeluk erat pinggangku.

"Da-daniel, lepaskan saya," muka aku mula memerah.

"Daniel huh..."

"Sorry, Harriz. You let me go now?"

" Can we stay like this for awhile ."

Suara Harriz kedengaran perlahan. Dia menekup mukanya di belakang bahu, dan aku boleh rasa nafasnya. Aku perlahan-lahan menenangkan diri, dan kekal posisi seperti itu. Jarang Harriz bersikap begini, kenapa agaknya?

"Hana, kau boleh beritahu aku tentang diri aku? Maksudnya, Daniel Harriz yang kau kenal,"

"Why so sudden?"

"Aku just wondering,,"

Aku memalingkan kepala memandang dia. Mata Harriz seperti menundukkan pandangan, dan aku tahu dia tertanya. Perlahan-lahan aku mengambil nafas, dan menghembus lembut.

" Daniel Harriz yang saya kenal, seorang lelaki paling sempurna di mata saya. Dia seorang yang ambil berat, prihatin, rajin, suka menolong, dan bergurau senda. Tak pernah dia buat perkara yang saya tak suka. Dan setiap perkara saya lakukan, dia akan sokong saya sepenuhnya. Tapi paling penting, dia jaga agamanya.

Daniel ialah lelaki pertama buat saya jatuh cinta. Dia anugerah terbesar tuhan kurniakan kepada saya.

I love you Daniel, I really do."

Kedua-dua belah tangan aku mengusap pipinya. Aku turut tersenyum memandang muka Harriz yang terkedu dengan perlakuan aku. Ia berlaku spontan. Tanpa sedar aku mengusap wajah yang sentiasa aku rindu. Daniel Harriz, cinta hati ini.

"Ai, aku tak tahu kalau aku boleh jadi Daniel itu. I am Harriz, not Daniel." ucap Harriz perlahan.

"Awak..awak panggil saya apa tadi?"

"Ai. Aira. Nama kau kan?"

Ai. Nama panggilan aku. Hanya Daniel sahaja panggil aku dengan nama itu. Adakah sedikit ingatannya kembali? Aku terus memeluk lehernya erat. Harriz nampak terkejut dengan reaksi aku.

" Harriz, walau apa pun jadi, awak masih Daniel saya. Mungkin bukan sekarang, tapi awak akan ingat satu hari nanti,"

Ya, aku percaya. Harriz pasti ingat satu hari nanti. Selama mana dia ambil, aku tetap akan tunggu.

Daniel, saya tunggu awak.

HersWhere stories live. Discover now