Hers 5

570 12 0
                                    


"Good morning mama," sapa aku yang baru turun tangga. Puan Sri Clara yang di dapur sudah tersenyum sambil meneruskan kerja memasaknya.

"Morning sayang. How are you today?" tanya mama.

"Alhamdulillah just fine. Mama masak apa ni? Aira nak tolong boleh?" aku sudah mencapai potato peeler dan mengambil beberapa biji kentang.

"Mama nak masak grilled chicken dan mushroom soup. Makanan favourite Daniel," mama memasukkan cendawan dan susu dalam pan sauce. Now that,, speaking of Daniel mana dia pergi? Aku bangun-bangun saja tiada kelibat di sebelah.

Selepas kami selesai memasak, aku dan maid menghidangkan grilled chicken, mushroom soup dan garlic bread di atas meja makan. Waktu itu, aku lihat Daniel berada di muka pintu bersweater kelabu dan sweatpants. Earpod ditanggalkan dan peluh dilap. Oh, jogging ke?

"Morning Aira," Daniel tersenyum ke arahku. Aku membalas dengan senyuman nipis lalu bergerak ke dapur untuk mengambil minuman. Daniel menyejukkan diri dengan menikmati udara penghawa dingin di ruang tamu.

"Aira, Daniel baru balik ke tu?" mama bertanya pada aku.

"Haah ma. Dia duduk kat ruang tamu tadi, rehatkan diri sekejap," kata aku. Mama menggeleng kepala lalu membancuh kopi. Aku lihat hanya satu cawan sahaja dibancuh.

"Daniel tak minum kopi, dari dulu dia tak suka. Nanti kalau Aira nak buatkan dia air, Aira sediakan susu atau jus waktu pagi. Lidah anak mama ni western sikit, so kalau breakfast dia prefer makan roti atau cereal. Kalau lunch Daniel selalu makan dekat office. Dinner kalau boleh Aira sediakan nasi lauk ayam atau seafood. Kecuali udang. Daniel allergic udang,"

Bagai dapat menangkap isi hatiku, mama sudah panjang berjelar menerangkan pemakanan Daniel seharian. Aku mengangguk dan mengingati segala nasihat mama. So ayam is a yes and no-no for udang kan?

Aku dan mama mengatur langkah ke meja makan, dan lihat Daniel sudah tertidur di sofa. Tan Sri' Ray yang baru turun menggeleng melihat anak tunggalnya.

"Ya Allah, perangai siapa la yang dia ikut ni?" kata papa.

"Perangai U la. U kan suka tidur ? Dah kejutkan Daniel tu" kata mama tegas.

"Eh kita pula yang dipersalahkan." papa menghela nafas manakala mama hanya menjeling. Aku tertawa kecil melihat perangai kedua-dua orang mertuaku. Umi pun selalu membebel dekat ayah, tapi ayah tak pernah marah. Agak-agaknya boleh ke hubungan aku dan Daniel boleh menjadi akrab seperti ibu bapa kami?

Kami empat sekeluarga menikmati breakfast pagi itu. Daniel makan dengan berselera, nampak kebulur sungguh.

"Sedap mama masak harini," Daniel sudah mengelap mulutnya dengan tisu. Mama menggeleng kepala dan memandang aku.

"Siapa kata mama masak? Hari ini Aira yang masak ya. Mama hanya tunjuk resepi dan buat garlic bread. The rest Aira yang masak," kata mama.

"Aira tak buat banyak pun, mama yang ajar juga," kata aku jujur. Mama banyak tolong aku ketika kami masak bersama tadi.

Daniel pandang aku tidak berkelip. Aku pula sudah memandang mama sambil tersengih.

"Oh patutla I rasa lain sikit dari biasa. Anyway, it's delicious my child," papa memuji masakan aku.

"Thank you papa," aku tersenyum.

Selepas kami habis makan, aku menolong maid mengangkat pinggan-pinggan ke dapur. Mama dan papa sudah ke atas bersiap-siap untuk keluar ke mall. Katanya mama nak shopping, dan papalah peneman setianya.

Daniel masih tidak berganjak dari meja makan. Sewaktu aku ingin mengangkat pinggan kotornya, Daniel tiba-tiba bangun dan memegang tangan aku dari mengambil pinggannya. Mukanya didekatkan ke telinga aku dan berbisik.

"Your cooking extremely delicious, Hana' Aira,"

Daniel mengenyitkan mata sebelum berlalu pergi ke dapur. Aku berdiri kaku dan masih terkedu. Jantung aku sekali lagi berdebar laju.

Ini kali pertama dia memegang tangan aku.

HersWhere stories live. Discover now