His 35

227 6 0
                                    


Aku memerhati Aira yang lena tidur di katil biliknya. Selimut itu ditarik ke atas sedikit sebelum aku keluar menuju ke ruang bawah. Sampai sahaja di dapur, botol air dicapai dan aku teguk.

' I love you Daniel, I really do.'

Arh... kenapa aku tak mampu cakap apa-apa? Dari tadi aku hanya tergamam dengan kata-kata dan perbuatannya. Adakah sebab aku tak kenal dirinya begitu dalam, atau aku takut lukakan dia kerana aku bukan Daniel yang dia cari. Haish Harriz.

Tangan aku kemudian membuka telefon dan melihat ke dalam gallery. Mungkin ada gambar-gambar yang boleh mengingatkan ingatan aku. Buka sahaja apps gallery, terpampar 1847 photos dalam folder album. Dari atas aku menscroll ke bawah, dan majority itu ialah gambar Aira.

Gambarnya bermain bersama kucing, menghidu flowers bouquet, tertidur di bahu aku, naik merry go round dan pelbagai lagi. Kebanyakkannya diambil secara rawak dan spying mode.

Heh, she's incredibly beautiful. Aku tak boleh nafi itu.

Jari aku kemudian berhenti pada satu gambar kami berdua. Melihat latar belakangnya, aku tahu tempat itu ialah Big Ben, London. Kami berdua mengambil gambar bersama, dengan aku mengucup pipi kirinya.

' Encik, encik tidak apa-apa? Tangan encik berdarah,'

Bayangan seorang perempuan tiba-tiba muncul di minda aku. Hah?

' Encik ambillah ubat ini sekali. Saya harap encik sembuh, InsyaAllah.'

Aku melihat tangan aku berbalut dengan kain kasa. Botol ubat kecil di tangan kiri aku digenggam kuat. Aku lihat perempuan itu semakin menghilangkan diri ke arah tempat bercahaya. Badan aku tak mampu bergerak waktu itu, dan aku hanya bersandar di dinding. Buat pertama kali, aku lihat diri aku menitiskan air mata.

Ini....memori aku? Apa yang aku lihat ini ialah cebisan ingatan dari Daniel?

Aku cuba memicit kepala kuat untuk mengingati seluruh kejadian yang berlaku. Tolonglah ingat Daniel Harriz. Siapa, kenapa di mana aku sewaktu itu. Beberapa kali aku cuba mengingat, namun bayangan tadi tidak muncul.

Just why, I cried that much?

HersWhere stories live. Discover now