Hers 43

218 9 0
                                    


Aku terjaga dari tidur lalu terus berjalan ke bilik air. Sejak dua minggu ini, kerap kali aku terbangun pagi kerana mual.

Selepas sahaja membersihkan mulut, aku kembali ke katil dan melihat jam. Sekarang pukul 3 pagi, dan kini mata aku tak boleh lelap semula.

"Ai, muntah ke?" Harriz terbangun dari tidur.

"Haah. Sorry, saya terbangunkan awak."

"Apa pula. Are you okay? Nak makan ubat?" Harriz sudah membuka lampu tidur di sebelah.

"Tak serius pun. Awak pergi la tidur balik,"

Harriz mengusap mata beberapa kali lalu menyandarkan diri ke bedframe. Dia duduk di situ tanpa sebarang reaksi mahupun pergerakan.

"Awak mamai ke ni?" tanya aku sambil melambai tangan ke hadapan mukanya.

"Aira. Aku mimpi lagi."

"Ouh. Mimpa apa?"

Harriz pandang aku lama sebelum mengambil tanganku. Dia mengenggam erat lalu melentokkan kepala ke bahu aku. Tangannya membelek cincin pada jari manis yang tersarung.

"I dreamt of the day we got married. Hari kita bernikah, bertarikh 7/11. Dalam mimpi itu, aku berjabat tangan dengan ayah yang menjadi wali kau. Dengan satu lafaz, you have become my wife. Perasaan aku waktu lihat kau, couldn't be more nervous but happier. My wife is incredibly beautiful, as if you were an angel came down straight from heaven.

Dan waktu aku sarungkan cincin ini, kau kata kau akan jadi isteri terbaik kepada aku. Dan waktu itu aku sedar.

Aku tahu aku perlu pertahankan rumah tangga kita sehingga ke akhirnya. No matter how hard it be, aku takkan mengalah. Because I love you from before, now and hereafter.

So tell me Ai,.. adakah itu hanya mimpi? Atau ingatan aku?"

Mata Harriz pandang dalam ke arah aku. Dia bagai menunggu jawapan, ke atas memorinya yang dianggap mimpi. Buat seketika kami berdua kekal senyap sepi.

" Tak. Ia bukan mimpi. Itu ialah cebisan memori dari Daniel, dan awak sedang mengingati semua itu."

Aku tersenyum nipis. Sesungguhnya aku gembira mendengar mimpinya, kerana ia ialah ingatan Daniel yang semakin pulih. Harriz menghembus nafas lega lalu mencium tangan aku.

"Thank god. At least I remembered our wedding,"

"Hmm?" aku pandang hairan.

" Nothing. Cuma aku nak tahu, macam mana kita kahwin. Like I was there, tapi aku tak ingat. It stressed me out sebab aku hilang ingatan. How lucky Daniel can remember all the moments, when I don't."

Aku tertawa kecil.

"Awak kan Daniel. You don't missed anything,"

"As if. I didn't even know when we have one-night sta—"

"Haa. Mulalah perangai dia itu," aku mencuit lengannya. Dia mengaduh sakit sebelum mengusap beberapa kali.

"Ala. Betul apa. Tahu-tahu je, Baby A dalam perut. Anak daddy pandai main sorok-sorok ya?" Harriz mengusap perut aku.

"Baby A?" tanya aku.

"Yup. Since baby takde nama lagi, I called her Baby A,"

"Dan awak rasa ini baby girl?" aku mengangkat kening.

"Why not. Kalau baby girl, she must be so spoiled like her mummy here. And your thoughts. Kau nak baby girl or boy?"

" Saya tak kisah. Asalkan bayi ini sihat dan sempurna."

"Betul. Kesihatan baby A paling penting,"

"Tapi kan. Saya rasa.. kita dapat baby boy?" kata aku agak yakin. Bukan apa cuma sejak kebelakangan ini aku rasa jantinanya ialah lelaki.

"You think so?"

" I dunno. Tapi kalau baby ini ialah boy, I want him to look just like his father." aku tersenyum nipis.

" Orang hensem kan, femes pulak itu." katanya bangga.

" Yup, handsome and kindest man I ever met."

Aku mengucup pipi kiri Harriz. Jujurnya, aku tidak kisah sama ada boy or girl. Rezeki tuhan beri, aku terima dengan hati terbuka.

Kalau baby A ialah girl, aku mahu dia membesar dengan cerdik seperti ayahnya. Curious, passionate dan cheeky. Tak mengalah dan menjadi perempuan tabah. Manakala kalau boy, aku mahu dia menjadi lelaki seperti Daniel Harriz. Lelaki yang baik, hormat kedua-dua orang tua, dan menyayangi seorang wanita dalam hidupnya.

Semoga doaku dan harapanku, boleh membimbing anak kami ke syurgamu.

Aamin yaa Rabb.

HersWhere stories live. Discover now