Her 29

216 7 0
                                    


Jam loceng yang berdering dimatikan selepas aku bangun dari katil. Aku mengusap mata beberapa kali sebelum melihat sekeliling aku. Ini,.. bilik aku?

Seingat aku malam tadi aku berbaring di sofa menunggu Harriz balik. Dan bila bangun, aku sudah berada di atas katil. Jam dilihat menunjukkan pukul 6.15 pagi, waktu subuh.
Aku berjalan keluar dan menuju ke bilik Harriz.

"Harriz, bangun subuh."

Aku mendekatkan diri ke katil king bed itu. Ternyata Harriz masih tidur nyenyak. Aku duduk di tepi birai katil lalu mengejutkan dia bangun.

"Awak, bangun solat." aku menggoncangkan badannya. Namun dia tidak membalas.

Mata aku memerhati Harriz yang masih tidur lena. Rambutnya yang sedikit serabai aku rapikan ke belakang. Kini aku dapat lihat muka Harriz lebih jelas. Mukanya bersih dan raut wajahnya yang tenang. Sama seperti Daniel Harriz dahulu.

"Five more minutes sayang,.." kata Daniel.

"Daniell. Bangunnn. Nanti awak lambat siap," aku goncang badannya sekali lagi.

"Okay." Daniel bangun dari pembaringan lalu memeluk pinggang aku. Dia terus mengucup pipiku.

"A-awak ni kan," muka aku mula memerah.

"Heee. Good morning Ai," Daniel tersenyum menampakkan gigi.

"Daniel. Saya rindu awak," ucap aku tanpa sedar.

Aku cepat-cepat mengelap air mata yang mahu jatuh. Kenapa dengan aku ini? Tahu-tahu cepat sahaja hati ini beremosi. Tak apalah, mungkin Harriz akan bangun sebentar lagi. Baru sahaja aku ingin berdiri, aku dapat rasa tangan aku ditarik dari belakang.

"Ha-harriz," aku menundukkan kepala memandang lantai.

"Kau buat apa kat sini?" suaranya kedengaran dingin.

"Saya nak kejut awak subuh,"

"..."

"Urm takpelah, saya nak pergi solat dulu." aku cuba melepaskan genggaman tangan Harriz. Namun dia tidak bereaksi.

"Siapa buat kau menangis ni?" tanya Harriz. Dia menarik tangan aku kuat sehingga aku terduduk di sebelahnya.

"Mana ada saya menangis. Dah la, saya nak solat dulu," aku memberi alasan.

Mata Harriz memandang tajam aku di hadapannya. Aku terdiam melihat dia yang bereaksi serius pagi-pagi buta ini. He looks mad.

"Answer my question. Siapa buat kau menangis?"

"Takde siapa pun. Mata saya masuk habuk, that's all."

"Haha, really funny. I'm not stupid, Hana."

" Awak ni kenapa ? Saya cakap takde siapa, takde siapa la!"

Suara aku dinaikkan. Suasana bertukar sepi buat seketika. Tanpa sedar, aku memarahi Harriz. Lelaki itu kelihatan terkejut dan terdiam melihat reaksi aku. Ah,..great Aira. Sekarang kau pandai tinggikan suara kepada dia. Terus aku bangun dari katil dan berlari meninggalkan biliknya.

Hana Aira, you really bad at lying.

HersWhere stories live. Discover now