Hers 33

217 7 0
                                    


Jam di dinding menunjukkan pukul 9 malam. Sejak pagi lagi, Harriz sudah keluar pergi ke pejabat. Mula-mula aku hairan, kerana dia tak suka bekerja. Hidupnya dari pagi sehingga malam ialah bersukan atau lepak bersama rakan-rakan. Mungkin kerana tempoh hari papa memaksa dia. But it's fine, ini untuk kebaikan dia juga.

Aku keluar ke laman rumah lalu mengambil tempat duduk di buaian. Udara dingin membuat diri aku selesa dan tenang. Waktu itu aku mendongak ke langit, melihat bintang yang bertaburan berkelip-kelip.

" Out of all the stars in the world, Ai, you shine the brightest. Awak bercahaya ketika saya dalam kegelapan nyata. Thank you Aira, sebab hadir dalam hidup saya,"

Kata-kata Daniel terngiang dalam minda aku. Sehingga kini aku masih terfikir, kenapa Daniel berkata begitu. Mungkin dia cuba bermulut manis atau ada maksud di sebalik nya?

"Baby, cantik kan bintang-bintang kat langit itu. Setiap kali mummy lihat langit malam, mummy mesti teringatkan daddy. Sebab hobi lain daddy ialah mencerap bintang. Baby mesti nak jumpa daddy kan? Mummy pun rindu daddy,"

Aku mengusap perut sambil menyandarkan diri pada buaian. Sejak berbadan dua, aku perasan belakang aku berasa sedikit sakit. Cepat sangat lenguh. Aku menutup mata untuk merehatkan minda. Mungkin terlalu selesa sehingga aku tertidur di situ.

______________________________

Harriz membuka pintu rumah lalu merebahkan badan di atas sofa. Seharian kerja hari ini buat dia terlalu penat, dan stress kepala.

Sedang-sedang dia baring, baru dia teringat akan Hana yang tidak memunculkan diri. Selalunya kalau dia balik lewat, Hana pasti setia menunggu dirinya pulang.

"Sliding door tu terbukak?" gumamnya sendiri.

Harriz pantas bangun dari baring lalu menuju ke laman rumah. Dari pintu, matanya menangkap figura Hana sedang duduk di buaian.

"Hana, aku lapa—"

Harriz berhenti berbicara apabila sampai di hadapan Hana. Kelihatan wanita itu sedang lena sambil bersandar di buaian. Eh, tidur?

Harriz perlahan-lahan mengambil tempat duduk di sebelah isterinya. Dia melentokkan kepala Hana ke bahu. Harriz terus merenung Hana Aira yang masih tidak terjaga. Rambut panjang miliknya disisih ke belakang telinga, menampakkan wajah bersih wanita itu lebih jelas. Tanpa sedar, Harriz mengukir senyuman nipis melihat Hana Aira.

Harriz POV

She's damn beautiful. She is like a dream that too good to come true. Bila lihat wajah dia, aku tak tipu aku rasa suka untuk terus merenung. Hati aku berdebar tak tentu arah. Daniel Harriz, kenapa kau kahwin dengan dia? You know yourself. Kau hanya akan terus berkasar dengan dia, dan tak mampu buat dia bahagia. Tapi setiap kali aku sakitkan hati dia, at the end, hati aku turut menghakis.

Aku mungkin tak ingat memori aku secara penuh. Banyak aku tak tahu pasal dirinya, persekitaran aku, malah diri sendiri. Cuma satu perkara yang aku tahu.

Sehingga nafas terakhir, aku akan lindungi dia dengan segala kudrat yang ada. Itu janji aku.

HersWhere stories live. Discover now